April 4, 2011

Istimewa Reunion Cinta



Bismillahirrahmanirrahim~
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.



"WANITA KESAYANGAN TICHER INA"
itu adalah nama yang diberikan untuk group kami. Dan buat pertama kali nya kami berjumpa dan bersua muka. Namun perkumpulan itu tetap indah.



Ditambah pula, yang mengikat kami adalah keimanan.
Jangan tanya ana gembira atau tidak.
Ana seakan merasa ana telah berada di syurga apabila bersama mereka.
Musafir bersama 1
Reunion kami agak kelakar sikit. Ada intro dan outro. Pelbagai perkara dikongsi. Itu dan ini. salah seorang sahabat kami, tidak henti-henti dengan ulahnya yang membuatkan gusi kami tidak pernah kering.
Tidak dapat ana nyatakan betapa bahagianya ana melihat senyuman mereka. Sedangkan melihat mereka itu sihat walafiat sahaja sudah membuatkan jiwa ini berbunga ceria. Apatah lagi apabila mereka bersuara mesra dan tersenyum bahagia. Pastinya jiwa dan hati ana senang dan tenang berkali ganda.
Berkumpul lah jiwa-jiwa itu
Ana mendambakan, perhimpunan kami pada 03hb April itu, adalah yang dikira Allah sebagai apa yang disabdakan Rasulullah SAW:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naunganNya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab: Aku takut kepada Allah, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Bermula dengan berkumpul dan sarapan pagi sementara menanti satu persatu kami tiba menghadirkan diri, masa-masa berlalu sangat indah buat hati ana ini. Seronok. Setiap kali ada yang muncul, hati akan berkata: Waa… rindunya. Bibir tak henti-henti menarik sengih.
"laa.. harlina ke ni.. kecil je orang nyer" T_T
MasyaAllah.
Pengisian renuion kami tak banyak yang formal. Majoritinya informal.
Aktiviti disambung selepas Zohor dengan BBQ. Masak pakai belasah sahaja. Target utamanya adalah ukhuwwah bukannya menjamu juadah. Sambil melayan asap dan api, pelbagai lagi perbualan menarik mengiringi.
Akhirnya, selepas usai BBQ, kami berkumpul untuk sharing. Dan ana diberikan peluang untuk menjadi ‘perkongsi’ yang pertama. Tiada apa ana mampu katakan apabila melihat wajah-wajah sahabiah-sahabiah ana.. Kalau bukan kerana control COMEL, ana mungkin sudah mengalirkan air mata kerana merasakan diri ini terlalu mencintai mereka.
Maka ana lafazkan cinta ana kepada mereka dengan berkata:
“When I say: I Love You, itu maknanya ana nak masuk syurga dengan antunna. InsyaAllah selepas ini kita akan ada banyak lagi reunion. At least masa salah seorang kita buat majlis kahwin, kita berkumpul dan bertemu. Tapi harapnya, reunion kita yang terakhir adalah syurga.”
Hati berat hendak meninggalkan.
Tapi sebab janjinya bertemu di syurga.
Maka ‘tiket’ hendak ke syurga itu perlu ana utamakan juga.
salah seorang sahabat kami yang ada bersama, mengingatkan kami dengan Sabda Rasulullah SAW:
“Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhir, maka berkatalah yang baik sahaja atau diam” Riwayat Bukhari.
Terus perjalanan kami diisi dengan pelbagai program. Bermula dengan ceramah seorang demi seorang. Masing-masing memberikan peringatan walaupun ada juga yang segan-segan. Indah, indah. Bila tiba giliran ana, ana tidak mampu menyatakan yang lain selain ana cintakan mereka.
“Ana ni, hajat nak masuk syurga dengan antunna. Tak mengapa antunna tak sayang ana. Tapi sayanglah diri antunna. Biar nanti kita jumpa di syurga. Maka ana wasiatkan diri ana dengan diri antunna: Usikum bittaqwallah(aku wasiatkan kamu dengan ketaqwaan kepada Allah). Janji, kita takkan biar diri kita masuk neraka!”
MasyaAllah. Tak tahu hendak ana kata apa. Ana sangat cintakan mereka.
Terus jari jemari ana menari di atas telefon bimbit, menulis bait-bait cinta dengan memandang mentari senja.
Dan kemudian ana bersuara:
Mega merah mentari hari,
Kawanan hati di langit tinggi,
Kukarang kata sahabat hati,
Mendekat rapat di sisi Ilahi,
Merah cair remang senja,
Senja ummah belum tiba,
Gerak gerak duhai pemuda,
Sinarkan dunia dengan cahaya,
Nyahkan gelita,
Padamkan kelam,
Buangkan hitam,
Sebarkan cahayamu dan pancar,
Dari diri kita membias pelangi,
Buat rawatan ummah ini.
Dan ini adalah satu janji.
~HARLINA~
03hb April 2012
Bersama sahabat-sahabat tercinta
Puisi MENTARI



Penutup: Usia mungkin tua. Tetapi bukan sesekali ukhuwwah
Makan-makan sambil sempat lagi bercanda sedas dua, selepas habis mereka bangun dan pulang. Berpisah kami dengan pelukan, lagaan pipi penuh kecintaan.
“Jumpa lagi, jumpa lagi”
“Kalau rindu, boleh sms”
“Ramadhan nanti kita kumpul, BBQ”
MasyaAllah. MasyaAllah. MasyaAllah.
Hei, siapa kata ukhuwwahfillah itu kelas rendah?
Boleh menembus syurga tahu. Bahkan sedari dunia lagi jiwa bahagia dengannya. Moga Allah redha dengan sahabiah-sahabiah ana itu. Sahabiah-sahabiah, terima kasih kerana membahagiakan jiwa ini. Ya Allah, terima kasih kerana menghadiahkan mereka dalam kehidupanku. Wahai Rasulullah dan para sahabat, terima kasih kerana memberikan contoh kepada kami dalam mendidik kami berhubungan sesama kami penuh cinta.Moga reunion akhirnya nanti di Syurga.












April 2, 2011

HATI gulana kalau BERDOSA



Bismillahirrahmanirrahim~
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Semak mesej di dalam e-mail, kebanyakan e-mail datang dari akaun facebook, pelbagaigroup yang ana sendiri pun tak terbaca. Selalunya, ana lebih gemar menyemak mesej di dalam e-mail sebelum membalas di dalam akaun facebook, sudah memilih mesej mana yang mahu dibalas terlebih dahulu mengikut keutamaan.




عن ‏ ‏جابر ‏ ‏قال ‏: قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إذا استشار أحدكم أخاه فليشر عليه
Dari Jabir r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda : Apabila salah seorang dari kamu meminta nasihat dari salah seorang saudaranya hendaklah (saudara tadi) memberi nasihat (pandangan).


Selalu ana gigit kuku, kadang tak sedar habis kuku digigit semasa menjawab soalan-soalan tersebut. Banyak yang ana tak tahu cara nak jawab tetapi apabila melihat hadith sekali lagi dan berkali-kali dibaca, diusahakan juga untuk berkongsi pendapat BUKANNYA nasihat seperti yang diharapkan kerana ana bukanlah insan yang layak untuk menasihati mereka, ada yang jauh lebih berpengalaman (berusia) tentang kehidupan berbanding ana.

Rasa pelik apabila adik-adik memanggil "ustazah" bahkan bertambah pelik perasaan ini apabila kakak-kakak memanggil "ustazah".

Antara soalan yang ana ingin bincangkan di sini ialah berkenaan HATI. Ramai sahabiah ana terutama adik adik yang masih muda selalu mengalami masalah hati.. hati yang tidak menentu. adakalanya sedih, gembira, marah.





SOALAN: APA ITU DOSA, APA PULA PAHALA?

Amat mudah mengenali dua perkara ‘sinonim’ ini, namun ianya tidak pernah akan sekali dan terus berbeza. Tetapi jarang sekali manusia mahu mengambil salah satu daripadanya dan meninggalkan satu daripadanya. Apa yang terjadi Pahala sering diabaikan dan menjadikan dosa sebagai kesedapan serta ditunggang untuk menurut hawa nafsu.

Bahasa mudahnya, Pahala - apa saja kebajikan yang digariskan syara’ serta disuruh untuk diamalkan adalah berupa ganjaran yang baik. Sebaliknya dosa, segala apa larangan yang ditegah oleh ALLAH daripada melakukannya.
SOALAN: BAGAIMANA MAHU MENGENAL DOSA DAN PAHALA?

Ada beberapa jalan mudah untuk mengenali dosa dan pahala ini, dan Nabi saw pernah memberitahu sifat dan naluri manusia jika kita mahu mengenalnya. Kata Nabi saw:


‘Apa sahaja yang kita lakukan jika hati merasakan tidak tenang dan kita malu untuk menzahirkan (mempamerkan) di hadapan manusia tentang perbuatannya itu adalah dosa. Sebaliknya apa sahaja perbuatan yang hati merasakan tenang dan gembira untuk melaksanakannya adalah berupa jalan kepada pahala’ .

Itu jalan awal dan mudah untuk mengenal dosa, hati akan rasa tidak damai dan gundah jika melakukan dosa, kerana fitrah hati mahukan yang baik-baik sahaja. Percayalah, hati anda tak akan pernah menipu walau sekali, walau anda memaksanya hati tetap berkata yang benar sahaja.
SOALAN: BETULKAH HATI SUKAKAN YANG BAIK-BAIK?

Dalam banyak-banyak anggotan yang ALLAH jadikan, semuanya mungkin boleh menipu dan tertipu oleh hawa nafsu. Tangan misalnya boleh mencuri, kaki pula boleh membunuh dan sebaginya. Hati bukan itu sifatnya. Kerana itulah hati menjadi rebutan oleh Syaitan, Nafsu dan Malaikat supaya dapat menguasai anggota badan. Nabi pernah menyebut:
‘jika baiklah darah itu, maka baiklah seluruh anggotanya, jika buruk maka akan buruklah anggotanya. Dan seketul darah itu adalah Hati’

Anda boleh melihat, bila hati sudah ditutup dan dihalangi dengan kotoran hitam, maka Hati sudah tidak lagi mampu menyalurkan kuasa kebaikkannya ke seluruh anggota badan, lalu jadilah manusia tadi terjerumus ke lembah yang tidak baik. Hidup penuh dengan dosa dan tidak nampak jalan kebaikkan selagi hati tidak dibersihkan.

Percayalah, walaupun kita sedang melakukan kesalahan dan keburukkan, ketika itu pasti akan ada sekelumit rasa tidak tenang dan rasa bersalah di dalam hati. Itu adalah fitrah hati kerana dia adalah ‘budak’ yang baik!

Tiada hati yang sukakan atau cenderung kepada keburukan melainkan syaitan dan nafsu. Jika hati sukakan yang baik-baik, syaitan dan nafsu pula adalah sbaliknya. Mana ada lalat yang hinggap pada botol minyak wangi, kalaupun ada cuma segelintir dan barangkali ia tersilap atau akan berasa kurang selesa, akhirnya kepada najis juga ia akan hinggap.
SOALAN: KENAPA HATI SUKA PADA KEBAIKKAN?

ALLAH taala ciptakan Hati untuk mengawal manusia dan mengajak manusia kepada kebaikkan. Fitrah hati dan manusia adalah sukakan kepada kebaikkan. Suka yang indah, suka yang bersih, suka yang tenang dan banyak lagi perkara baik yang menjadi kesukaan hati, kerana hati itu fitrahnya suci.

Sebab itulah telah terbukti, apabila seorang manusia yang berdosa dan mencari kebenaran ia akhirnya akan kembali ke jalan yang baik kerana dia telah menurut kehendak hati. Ketika dia melakukan kejahatan dahulu, hati tidak akan putus-putus dan meronta-ronta menyuruh supaya jangan melakukannya dan segera kembali semula kepada kebaikkan.

Hati itu baik maka ia akan kembali kepada kebaikkan. Seorang pencuri yang kerjanya mencuri sepanjang hayat pasti tidak mahu anak-anak atau keturunannya menjadi seorang pencuri juga sepertinya, kerana dia tahu perbuatan mencuri itu tidak baik dan berdosa.
SOALAN: ADA MANUSIA YANG SELESA MELAKUKAN DOSA, SETIAP HARI DIA TIDAK MERASA BERSALAH DAN SERONOK MELAKUKANNYA. APA SUDAH TERJADI PADA HATI MEREKA?

Kalaulah ditanyakan kepada hati, adakah hati mahu berbuat dosa? Pasti hati akan menangis dan menolak sekeras-kerasnya untuk terjebak kepada dosa, apatah lagi bersekongkol dengan perbuatan itu.

Bila selalu melakukan dosa, hati sikit demi sedikit akan dijangkiti penyakit. Jika tubuh badan manusia, ibaratlah seperti kudis dan luka-luka. Semakin hari semakin parah sehinggalah hati menjadi kritikal dan tidak mampu lagi menguasai dan menyalurkan naluri kebaikkannya ke seluruh anggota badan.

Ketika itu, manusia akan mula terpesong kerana sudah hilang kawalan diri, dan juga hilang pedoman untuk melakukan kebaikkan. Ketika hati sudah semakin parah, manusia tidak lagi akan rasa berdosa apabila berbuat dosa dan selesa melakukan kejahatan sedangkan hati ketika itu meronta-ronta mahu supaya dikembalikan ke jalan yang benar.

SOALAN: HATI JUGA SAKITKAH? APAKAH UBATNYA?

Hati juga seperti anggota tubuh yang lain. Setiap hari perlunya ia kepada makanan dan minuman. Jika perut, tangan, mata, kaki, hidung dan lain-lain anggota memerlukan makanan, maka hati jua begitu. Anggota yang tidak diberi makanan harian serta ubat ketika sakit, maka ianya akan terus menjadi tidak sihat dan akhirnya akan mati.

Hati yang tidak sihat dan lemah itulah akan diserang dengan penyakit seperti malas, kedekut, tamak, dengki, pemarah, dan lain-lain sifat Mazmumah. Jangan berikan sifat Mazmumah ini menguasai hati manusia, kerana ia amat sukar untuk dibuang dan diubati jika tiada kesungguhan.

Ubat hati yang sakit adalah mudah, jika sebelum ianya sakit kita sudah mula mencari punca-punca penyakit dan segera mengubatinya, ia akan menjadi sihat seperti sediakala. Ubat yang mudah adalah selalu berzikir kepada ALLAH taala. Jika mampu dengan amalan yang lain, boleh melakukan amal kebajikan pada setiap hari.

Apa yang terpenting untuk ubat bagi hati adalah memohon ampun kepada ALLAH selepas melakukan dosa samada ketika sengaja ataupun tidak iaitu istighfar. Juga tidak salah jika mahu beristighfar setiap hari walaupun tidak melakukan dosa.


Bila di'suruh' (baca : kena paksa! :p) berkongsi ilmu dan diminta nasihat dari ana, macammana kuku di jari tak habis digigit, ana bukanlah insan yang sepatutnya menasihati tetapi apabila diminta, sebagai seorang saudara seagama maka wajiblah dipenuhi hajat saudara seagama tersebut dalam lingkup apa yang ana tahu. T__T

Allahummar hamna bil Quran...

"Jadilah kamu seorang yang alim. Sekiranya tidak mampu maka jadilah seorang penuntut ilmu. Sekiranya tidak mampu maka jadilah seorang yang mendengar ilmu."

Wallahua'lam.


April 1, 2011

"Tuhan, aku bukanlah Nabi-Mu untuk layak diuji seberat ini"




Bismillahirrahmanirrahim~
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.




Persahabatan, pengorbanan dan kecintaan


JAGA TUTUR KATA & PERASAAN

“Assalamualaikum, boleh ana tumpang duduk di sebelah?” sapa ana petang kelmarin, 1 dan 2 tahun yang sudah.

“Eh kakak, duduklah,” dia terkejut kedatangan ana di taman itu. Tempat selalu kami ‘lepak-lepak’ raih ketenangan di hujung minggu.

“Redupkan petang ni kak?” dia memulakan bualnya. Ana lirik-lirikkan mata melihat wajahnya. Semacam ada masalah yang sengaja disembunyi dari ana.

“Yah! Redup-redup. Tapi wajah Alia tak seredup petang ni ana tengok,” ana memancing. Alia gugup.
Dia terdiam. Tersipu-sipu memalingkan wajahnya ke arah lain.

“Eh akak ni, ke situ pula. Ada-ada aja, Alia ok je kak,”

“OK yang buat-buat atau ada apa-apa yang Alia sembunyikan daripada ana?”

Selepas puas ana memancingnya dengan pelbagai selok-belok, akhirnya Alia membuka cerita sebenar. Oh! Rupanya Alia ada salah faham dengan seorang sahabat karibnya, Sakinah.

“Apa Alia kata pada Sakinah, sampai dia merajuk macam tu sekali?” soal ana. Dia diam lagi, mungkin dia cuba mengingati semula peristiwa yang terjadi semalam. Pudar saja matanya. Barangkali menggamit sedikit sesalan.

“Alia dah minta maaf pada Sakinah?” ana menambah, cuba mahu meredakan sedikit hati kusut Alia.

Dia menggeleng. Diam Alia petang itu terus digamit perasaan.

“Akak rasa Alia yang salah ke kak?” soal Alia ingin kepastian. Ana gembira, kerana dalam kata-kata yang terlontar oleh Alia tadi sudah nampak ada sedikit keterbukaan.

“Dalam hal ini, bukan soal siapa yang bersalah, tapi siapa yang dahulu mahu meminta maaf, dia yang dikira teman terbaik dalam persahabatan,”

“Kalau Alia tak bersalah sekalipun, apa kurangnya kalau Alia yang dahulukan untuk memohon maaf?” lembut ana menyatakan pada Alia. Agar dirinya tidak tersinggung dan supaya hatinya terus terbuka untuk merapatkan jurang.

“Tapi kak....”

“Hmmm, Tapi apa?”

“Tak akan teguran macam itu pun Sakinah nak ambil hati. Lagipun saya dan dia dah lama sangat berkawan, kena fahamlah,” Alia menyambung kata-katanya yang terputus tadi. Nampak berangnya.

“Faham yang macam mana Alia maksudkan?”

“Iyalah, takkanlah kerana teguran yang sikit tadi, menyebabkan dia merajuk sampai nak abaikan tanggungjawab?”

“Alia rasa macam itu?” soal ana.

“Hmm.. maksud ana, tanggungjawab lebih utama daripada melayan perasaan sendiri atau merajuk, begitu?” tambah ana. Alia cepat-cepat mengangguk, wajahnya serius memandang ana menunggu jawapan.

“Kalau Alia duduk di tempat Sakinah, agak-agak apa Alia rasa?” ana menduga seketika. Alia diam lagi.

“Masakan Alia tidak tahu perasaan Sakinah, 3 tahun ana lihat Alia rapat dengan dia,”

Ana pula diam, membiarkan Alia berfikir. Dia kelihatan sedih.

“Alia tak setuju dengan pendapat ana? Marah dengan ana?” soal ana. Perlahan-lahan dia menggeleng. Ana merapatkan duduk ana disebelahnya.

“Ingat lagi kisah Nabi Yunus a.s.? Masa mula-mula berdakwah dia sangat konsisten dalam kerja dakwahnya. Lama-kelamaan bila umatnya tak mahu terima dakwahnya. Nabi Yunus a.s. meninggalkan kampung tersebut. Agak-agak Alia, kenapa Nabi Yunus buat begitu?”

Sunyi.

“Tak akan seorang Nabi bersifat dengan sifat putus asa?” ana memecahkan kebuntuan agar Alia dapat mencari jawapan yang sudah ada pada ana.

“Nabi merajuk ke kak?”

“Lagi?” ana mengorek. Alia terkedu tak menemui jawapan yang sebenar.

“Kalau ana kata Baginda berkecil hati, Alia setuju?” soal ana.

“Sebab kaumnya tak menerima Nabi Yunus, lalu baginda pun berkecil hati. Macam itu ke maksud akak?” jawapan tepat yang saya cari sudah jumpa.

“Sekarang Alia sudah akui bukan? Yang Nabi pun ada perasaan, kadangkala gembira, adakalanya pula bersedih dan berkecil hati. Dalam kisah tadi adakah Nabi Yunus tak sedar akan tanggungjawab dia sebagai rasul? Sedangkan tanggungjawabnya sebagai seorang rasul lebih besar daripada melayan rajuknya tadi?”

“Sudah tentu bukan kak!” Alia sudah mulai faham topik yang ana cuba sampaikan

“Dia cuma berkecil hati dengan kaumnya yang tidak mahu menerima dakwahnya. Sebab apa nabi merajuk? Kerana dia pun ada perasaan macam Alia juga, macam Sakinah juga,” pantas saja jawapan ana.

“Dalam persahabatan begitu juga, Sakinah bukan tidak tahu tanggungjawab dia pada Alia dalam gerak kerja, tetapi cuma berkecil hati sedikit. Manalah tahu kalau-kalau Alia ada berkasar bahasa yang menyebabkan dia tersentuh dan merajuk,” tambah ana.

“Alia tak rasa macam tu?” ana menduganya semula.

PADA BERLAPANGNYA DADA...

“Hmm..saya tak berapa fahamlah antara maksud perasaan dan tanggungjawab tadi. Mana satu yang perlu didahulukan ye kak?" ana nampak dia mulai faham konsep yang ana mahu sampaikan.

“Dua-dua penting Alia!”

“Ibarat seperti makan dan minum. Kedua-duanya perlu ada beriringan, kadangkala bila dahaga kita minum dulu kemudian barulah kita menjamah makanan. Adakala bila terlalu lapar kita terus makan dan kemudiannya baru menguk air. Dan kalau dah stabil, mana-mana sahaja boleh didahulukan. Kalau perasaan dan hati telah lapang, kerja dan tanggungjawab jadi mudah dan senang, justeru mudah nak perolehi Ikhlas. Baru persahabatan berpanjangan,” tambah ana lagi.

“Habis tu saya kena minta maaf pada Sakinah?”

“Siapa-siapa pun tak apa. Kalau Alia rasa ini jalan terbaik untuk ukhwah Alia dengan Sakinah. Teruskan,” cadang ana.

“Alia kenalah berlapang dada,”

“Berlapang dada?” Dia terkejut. Mungkin pertama kali mendengar perkataan itu.

“Maksudnya, lupakan saja apa yang berlaku untuk menjaga maslahat yang lebih besar, PERSAHABATAN dan UKHWAH,” jelas ana. Alia nampak sedikit ceria. Mungkin sudah mulai faham.

Petang yang damai itu, ana puas dapat mengikat semula dua hati. Juga dapat memahamkan yang ukhwah itu memerlukan perasaan dan hati yang perlu di jaga serta di pelihara. Hati dan perasaan itu halus, lalu ia perlu dijaga dengan rapi. Bukan sekadar berlapang dada, tapi juga perlu memahami di antara satu sama lain.

“Mahu ke mana tu Alia?” tiba-tiba saja Alia bangkit mahu meninggalkan ana.

“Nak cari Sakinah lah kak,”

“Tinggalkan ana sorang-sorang ke?” ana bergurau.

“Aduh. Manja sangatlah akak ni. Dah kahwin nanti susahlah suami akak nak kena angkat macam ni,” dia mencapai tangan yang ana hulurkan.

Berderai hela tawa kami. Petang itu menjadi saksi usia persahabatan kami.

______________________________

Nota Kehidupan (1): Ana acapkali berdoa agar TUHAN tidak menimpakan sesuatu yang luar dari kemampuan diri ana atau sesuatu yang boleh meleraikan iman. Kerana ana tahu, ana bukanlah sekuat itu.

Nota Kehidupan (2): "Tuhan, aku bukanlah Nabi-Mu untuk layak diuji seberat ini"


Jangan selalu ucap sayang, nanti.....


Bismillahirrahmanirrahim~
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Kemesraan Itu Perlu

Setiap sesuatu punyai nadi yang menguatkannya. Ia mengikat dan menjadi tunjang selagi sesuatu itu hidup, apabila hilang nadi atau tunjang tersebut, maka ia ibarat sudah tidak bernyawa lagi - mati. Mati untuk segalanya, menjadikan seolah tidak berharga atau hilang kuasa dan spirit.

CINTA – segalanya akan hidup dan mekar dengan cinta. Selagi cinta itu disemai, selama itulah KEHIDUPAN akan bahagia dimeterai. Cinta seperti sudah menjadi nadi dan nyawa sepenuhnya kepada syarat sebuah kebahagiaan manusia. Ia tamsilan sebuah rumah bahagia yang didiami dan ditumpangi oleh sesiapa sahaja yang mahukan kebahagiaan dan keseronokkan rumah tangga. Cinta akan memberikan apa sahaja kepada pasangannya (suami & isteri).

Namun itulah lumrah, semakin meningkat usia perkahwinan, apa yang sering dilihat pasangan sudah jauh daripada bunga-bunga kecintaan. Pasangan bukannya tidak tahu bagaimana mahu menyuburkannya tetapi semakin hilang cara untuk mendapatkannya. Suami yang dahulunya hero dalam kemesraan di rumah akhirnya menjadi penurut sahaja, diam seribu bahasa. Mengiakan segala kerenah isteri, alasannya sudah bosan dengan cara hidup.

Si isteri yang di awal perkahwinan adalah seorang suri yang sopan serta pandai menjaga tutur kata, telah berubah penampilannya, dari seorang yang halus budi bahasanya kepada yang ‘banyak bercakap’. Pantang silap atau ditegur, ada saja alasan yang mahu dileteri. Anak-anak dijadikan alasan kesibukan dan penghalang kepada kemesraan. Kalau dahulu selalu ber’sayang’tetapi kini mahu bertanyakan khabar sudah tidak sempat, dalam hati berkata: ‘menyampah!’

Akhirnya terbukti, kemesraan telah hilang akibat kehilangan nyawanya iaitu saling menyintai. Bak kata orang: cinta setelah lama berkahwin tidak lagi sehangat seperti di alam bulan madu. Ya, anda perlu mengakuinya, kerana ramai pasangan telah ‘membuktikan’. Kalau tidak percaya, tunggulah nanti, selepas 10 tahun usia perkahwinan anda, bukalah semula tulisan yang telah ana karang hari ini, samakah situasinya atau lebih dasyat daripada itu.

Cukup.

Persoalannya, Salah suamikah? Atau si isteri yang tidak tahu dia bersalah?

Kadangkala si isteri mahu dibelai oleh suami seperti di awal musim bertentang mata di hening malam pertama, tetapi suami hanya buat tidak tahu. Si isteri selalu sahaja mahu mencari masa agar dapat meluahkan masalahnya kepada buah hatinya, namun sering sahaja lelaki yang bernama suami ini menutup mood cinta yang cuba dibina dan dihangatkan. jawapannnya amat menyakitkan hati isteri:

‘You fikir masalah you je. I punya masalah yang bertimbun ni siapa nak ambil tahu?’


‘Sudahlah, I tak mahu dengar dah. Problem kecil macam ni pun awak tak boleh nak selesaikan sendiri? nak mengharapkan saya juga?’

Langsungnya, baru sahaja bunga cinta yang dulu pernah mekar hendak disulam kembali, suami seolah tidak mahu semua itu. Tidak mahu lagi romantik, katanya ‘gelilah, dah tua-tua pun nak manja-manja lagi’. Semberono saja, yang penting anak-anak dapat membesar dengan sempurna pun sudah cukup baik. Tetapi, apa yang mereka tidak sedar (pasangan), semakin bertambahnya tanggungjawab, semakin hilang nilai cinta dan kemseraan antara mereka. Anak-anak telah bertukar ‘profession’, daripada seorang anak kepada seorang pendengar setia dan tempat meluah perasaan oleh ibunya kerana si ayah sudah tidak mahu mengambil tahu.

Ya, ana menegaskan sekali lagi, kemesraan yang perlu tadi sudah hilang keperluannya. Hambar rumah tangga kerana penghuninya sudah tidak mahu akannya (cinta). Tinggallah ia sebatang kara. Tetapi CINTA tidak pernah rasa rugi dan terbuang, kerana siapa yang mahu akan kebahagiaan akan mencarinya semula suatu hari nanti.



Jangan Selalu Ucapkannya

Di awal perkahwinan, semuanya indah-indah belaka. Tiada yang buruk. Kalau adapun, ia dibuat-buat tidak nampak dan berusaha untuk menjadikan yang buruk itu sebagai yang 'indah' juga. Patah kata yang keluar dari mulut isteri lebih banyak YA daripada TIDAK. Sampaikan suami mengidamkan kijang masak lemak pun si isteri sanggup menyajikannya. Kalau sudah cinta apa sahaja sudah tidak dipandang susah, biarpun menyusahkan diri-sendiri, asalkn orang yang dicintai bahagia.

Di awal hangat perkahwinan lagi, pantang sahaja si isteri mengadu sakit, pantas suami datang membantu. Baru sahaja kepala berdenyut sedikit, beria si suami mencarikan bermacam-macam ubat, mengurut lembut kepala si isteri. Yang kelakarnya, suami sentiasa di sisi intan payungnya, seolah isteri tadi sedang berhadapan dengan sakaratulmaut, pening kepala je pun! Apa boleh buat, sayang punya fasal.

Mesti Orang akan marah ana dan berkata: ‘enti mana tahu erti sayang, enti tak kahwin lagi. sudah mahu nasihat kami? Dah ada suami nanti enti tahulah’

Ana diam sahaja. Kalau menjawab, nanti orang marah lagi.

Habis.

Ada pasangan, kesungguhannya mahu menunjukkan cintanya dia kepada si isteri atau si suami, dia mahu mencuba kelainan. Katanya mahu mengubah suasana supaya kekal bahagia. Lalu setiap hari ia mencuba kelainan. Tetapi dia tersilap, kelainan tidak akan menjadi ‘lain’ jika ia sudah menjadi kelaziman. Ayam goreng KFC tidak akan menjadi makanan special apabila setiap hari ia menjadi hidangan harian. ia telah bertukar kepada kejemuan. Akhirnya kebosanan dan kebencian.

Ada suami, nama di dalam kad pengenalan isteri ialah Rogayah binti Sugiman, tetapi oleh kerana mahukan kelainan dan kemesraan, setiap ketika dan waktu dipanggilnya isterinya dan diucapkan dengan kata ‘Sayang, Ayang atau Yanggg’. Ketika itu, sayangnya amat melimpah ruah. Isteri rasa dihargai, suami pula rasa mempunyai. Kerana ketika itu masih segar dengan‘suasana kelainan’.

Lama-kelamaan dan tanpa sedar, kelainan itu mula surut dan hilang dek kerana setiap waktu dilafazkan-lafazkan. Istilah sayang masih melekat dibibir suami tetapi ‘kelainannya’ sudah tiada. Sayang yang dahulunya beristilah 'sayang' sudah lain maknanya. Tidak mustahil, gelaran sayang yang ada pada Rogayah binti Sugiman itu sudah bertukar hakikatnya. Akhirnya ‘sayang’ itu tidak ada kemanisannya dan paling teruk ia digunakan ketika marah pula:

‘Ayang, kan I dah kata, I tak suka tengok semua ni. Kenapa You degil juga?’

‘I dah fed-up lah dengan masakan You ni sayang. Elok I makan di kedai jelah’

Itulah yang ana mahu ceritakan di awal tadi. Jangan terlalu ringan menyebut ‘sayang’ sehingga hilang nikmat sayang. Simpanlah ia di waktu-waktu yang memerlukan saja. Atau mahukah ana sebutkan di mana masanya yang sesuai melafazkan ‘sayang’ ini? anda yang sudah berkahwin pastinya lebih arif daripada ana. Kalau ana sebutkan, takut tersalah.

Nanti ana dimarah orang lagi. hehe ..

Ana tak mahu mengajar, tetapi mahu mencadangkan agar ucapan ‘sayang’ ini dilafazkan ketika masa mahu menghargai pasangan. Jangan selalu menggunakannya takut ia kehilangan power.Jangan kerap ‘bersayang-sayang’ tetapi jarakkannya agar hangatnya dapat dirasa.


Segar dan Baharukan Cinta Anda

Dan masa yang paling sesuai untuk anda menguntumkan atau melafazkan kata sayang ini adalah di waktu ini. ketika anda mahu memperbaharui sebuah cinta anda agar kembali segar. SAYANG dan CINTA inilah dan ketika inilah yang akan menjadi seperti bateri yang mengecas semula ion-ion kemesraan.


Bagi suami yang selalu bekerja di luar (out station) dan jarang bertemu isteri, masa inilah sesuai untuk menyegarkan cinta anda. Tidak hairanlah cereka malam pertama akan berulang lagi di kamar tidur anda. Masa ini kalau si suami menyebut sayang, hati isteri seolah terasa 'dikoyak-koyak' dengan perasaan. Indah sangat! Mana tidaknya, kali terakhir si suami memanggilnya sayang kira-kira 5 bulan yang lalu.

Sayang - Biarlah tidak selalu, janji tidak jemu.

Baharukan kebahagiaan anda yang lama dahulu pernah subur dengan ‘baiah cinta’ kepada pasangan. Lafazkan sahaja ‘I Love You’ atau 'Abang sayang awak' jika sudah lama ia membeku. Belai mereka dengan kasih sayang yang sepenuhnya. Buatlah kelainan untuk mereka jika itu sahaja jalan yang boleh membahagiakan dan menerbitkan semula kemesraan.

Kelainan dalam KEHIDUPAN adalah suatu yang unik. Anda bisa membina kemesraan melalui kelainan ini. tetapi ingat pesan ana, jangan kerap mengulangi kelainan nanti ia akan kehilangan manisan.

Sayang isteri tinggal-tinggalkan, jarakkan pertemuan, di situ ada kebahagiaan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pesanan ibu buat diriku yang juga akan menjadi Zaujah kepada Encik Zauji :


Isteri solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.
isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’


Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.

**SAYA BERAZAM DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH BUAT SUAMIKU KELAK.
Khair, insyaAllah .. :)

nota kehidupan : jam dah menunjukkan pukul 2:12 pagi. kena cepat cepat tidur ni. nanti ada orang bising . hehe.. Selamat Malam ! :)