October 14, 2011

Antara Manusia dengan Tuhan


Saya pernah berjanji dengannya untuk memasukkan ini tulisannya di dalam blog saya. Sudah di taip, tapi langsung lupa. Maaf ye.
Jiwa setiap manusia berada di dalam genggaman-Nya. Apa yang terlintas dalam cepu fikiran, apa sahaja yang dibisikkan di dalam hati, semua itu tidak terlepas daripada pengetahuan-Nya. Dia menciptakan kita, dan digalaskan ke atas pundak kita tanggungjawab yang tidak mampu dilaksanakan oleh makhluk yang lainnya. Kita telah menerima watikah perlantikan untuk menjadi khalifah dan pemakmur di atas muka bumi Tuhan. Perjanjian telah termeterai di langit. “Kami bersaksi bahawa Engkaulah Tuhan kami.” Saat manusia dihantar ke dunia, dia telah terikat dengan sebuah janji kepada Tuhan. Keadaan sekeliling, kurang didikan dan pengaruh nafsu yang tidak terbatas telah mendorong manusia untuk melupakan sedikit demi sedikit janjinya kepada kepada PenciptaNya. Benarlah, pemurah dan pengasihnya Dia telah memberikan kita peluang untuk kembali menghadapkan wajah kusam ini kepadaNya dan bertaubat memohon keampunan dariNya yang luas dan tidak bertepian.
Dalam menyelusuri sebuah kehidupan, manusia diberikan kesempatan untuk membuat pilihan. Secara mudahnya, kehidupan terbahagi kepada dua keadaan. Mahmudah dan mazmumah. Keterikatan di antara Iman dan akal yang seimbang akan menjadikan seseorang mampu untuk memilih yang benar, kebaikan dan redha Allah. Hidupnya bahagia dan tenang, kerana dia mengerti, “Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.” Dia mengakui bahawa diri dan jiwanya adalah antara cebisan alam yang luas. Maka dengan itu, dia yakin dan amat mengingati bahawa Penguasa bagi diri dan jiwanya adalah Penguasa bagi sekalian alam. “Sesungguhnya dengan mengingati Allah, jiwa manusia akan tenang.”
Keterikatan antara nafsu dan akal yang tidak terlorong untuk melaksanakan perintah dari langit akan menjadikan seseorang itu lupa kepada kehidupan selepas kematian. Serta menjadikan dia lupa tentang kematian itu sendiri. Golongan ini adalah golongan yang telah melupakan ikrarnya kepada Tuhan. Mereka juga adalah manusia yang telah tersilap langkahnya dalam menyelusuri kehidupan. Maka bagi mereka adalah kehinaan, kerugian, dan kenistaan pada pengakhiran perjalanan mereka di dunia. Sekiranya mereka bertaubat dan menemui cahaya dalam kehidupan, ketahuilah bahawa sesungguhnya pengampunan Allah itu lebih luas dari dosa dan noda yang pernah mereka lakukan. Maka benarlah, kasih sayang Allah itu luas.
Kata Ali karamullahuwajhah, kehidupan adalah mimpi bagi manusia, dan dia akan terjaga dari mimpi saat maut menjemputnya.
Pilihlah, samada ingin menjadi seorang manusia yang berguna atau menjadi seorang manusia yang mendatangkan bencana………
Ilham ini datang dari Tuhan…….


October 11, 2011

Maafkan saya


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan memberi mu semangat ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

“Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati awak..sesungguhnya, saya hanyalah insan biasa yang tidak dapat lari dari kesilapan..maafkanlah saya..”





October 8, 2011

Nak Jadi ISTERI SOLEHAH

Assalamualaikum..
Salaam ceria buat sahabat semua..semoga dirimu semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah dan hatimu diterangi dengan Nuurullah...

Anda Nak Jadi Solehah?? Saya pun nak jadi solehah juga....tapi...bagaimana caranya ya??sahabat2 semua, di sini saya berikan seuntai kata berkalung mutiara putih solehahkhas buat gadis dan wanita yg ingin tahu cara untuk jadi SOLEHAH~~~







Tips Nak Jadi Isteri Solehah

10 Ciri-Ciri Isteri Solehah

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:


“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.



Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.




Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.





Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya.

Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya.
Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira.

Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”


Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.

Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

Saya sering mengingatkan diri sendiri dan semua bahawa kitai dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa: “Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif.



October 6, 2011

Sahabiah































" cuba teka, cuba teka. ini siapa ? "
" LINA a.k.a HARLINA AL-HAMRA kan ?? "
" eh, alaaa. mana akak tahu ni ? "
" mesti la akak tahu. siapa lagi kalau bukan harlina al-hamra yang kecik, putih dan halus kulitnya tu ! "

Begitulah mainan tekaan antara saya dan niqabis dalam meraikan kehadiran mereka. 
Allah. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberi kesempatan dan nikmat kesihatan untuk berjumpa dan mengeratkan ukhuwah antara kami. Alhamdulillah.

" Lina, buka la niqab. Akak nak tengok wajah kamu "
*senyap membisu* 

" Si Al-Hamra ni memang susah nak buka niqab nya kak "

okey. tidak dapat dinafikan. saya lah diantara kawan-kawan niqabis yang paling SUSAH nak buka niqab. Ye ! saya tahu wajah bukannya aurat. Dan salah satu asbab saya berniqab adalah untuk mengelakkan fitnah.


Kalau dengan wanita tak kan nak berniqab juga kut ?


err. ye. sangat-sangat dibenarkan. lagi-lagi sekiranya dalam satu kumpulan. hanya wanita sahaja. seperti ketika berusrah, bergathering sesama muslimah dan sebagainya. sebenarnya di antara asbab saya malu untuk membuka niqab saya di hadapan sahabiah2 adalah kerana tarbiyah. saya sudah ditarbiyah untuk kekal kan berniqab ke mana sahaja saya pergi. insyallah saya akan cuba untuk beristiqamah. jadi, sahabiah yang saya sayangi semua, terima kasih kerana memahami keadaan saya. saya perlu kan masa dan waktu yang tenang sekiranya ingin membuka niqab di hadapan antunna sekalian. Percayalah, jika antunna tidak memaksa saya, sabar menanti, antunna akan dapat juga lihat wajah saya secara live. yeaahaaa ! \^o^/

Syukran jiddan buat sahabiah yang saya sayangi kerana memberi ruang pada diri ini untuk bersahabat dengan antunna. 


Memilih Kawan

Hadith Nabi : "Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad).


Tukang Besi dan Penjual Minyak Wangi

Hadith Nabi : "Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

Cermin


Hadith Nabi : "Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud).

Rasa Sayang

Hadith Nabi : “Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)


Bermanis Muka

Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:


عن أبي ذر قال قال لي النبي صلى اللهم عليه وسلم لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق


“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat” (Riwayat Muslim)


Hadiah 

Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan persanggitan hati.” (Riwayat Thabrani)


Dalam hadith yang lain Baginda bersabda: تهادوا تحابوا


“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.” (Riwayat Malik).


Syukran Ticher Ina, Ain, Ticher Nur, Kak Tengku Anita, Kak Hajar, Kak Insyirah, Kak Zarizah, Kak Mawar, Husna dll. 






September 28, 2011

Cinta Sehujung Kuku




Pada suatu masa, tinggal sepasang suami isteri yang saling menyayangi
Pada suatu hari, si isteri membuat satu permintaan kepada suaminya untuk hidup tanpa dirinya. Dia meminta kepada suaminya untuk tidak menghubungi dia langsung  selama sehari..
Si isteri berkata kepada suaminya, “Bila abang dapat melepasi syarat  itu, saya akan mencintai abang selamanya”. 
Si suami bersetuju. Seharian dia tidak sms dan menelefon isterinya tanpa dia mengetahui bahawa isterinya hanya memiliki 24 jam untuk hidup, kerana si isteri terkena kanser..
Keesokan harinya si suami itu pulang ke rumah.
Air matanya menitis  melihat isterinya sudah terbaring dengan surat di tangan yang bertulis“Kamu berjaya sayang, bolehkah kamu lakukan perkara itu setiap hari..? Saya mencintai kamu selamanya..”
Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….

September 23, 2011

Sumthing bad was happened =(





Bismillahirahmanirahim...


Im not in a good mood actually guys. every single things i did seems like wrong and not going smooth at all. *sigh*




--------------------------------------------------------------------------------------




Peristiwa ketika hendak menjawab soalan EXAM-Statistic






Pengawas : You must open the niqab in this hall during the exam conducted 
Saya : I've opened the hall door just in time review the student dress 
Pengawas : I know, but you must also open this niqab 
Saya : No. I do not want 
Pengawas : if you do not want to, I will not go away from the table and you are not allowed to answer the exam  
Saya : But ............   
Pengawas : All the friends you have already opened the niqab, and they hear me but you do not


Me: hopeless is my least worry...
today i feel sorrow and pain in my veins
today i felt death
it came by me earlier
it spoke 2 me
it left me
its gone
i can even make a new layer of sorrow and pain
and still it wont be over
becuz thats me
thats my lifestyle
is the life i bringggg
it wont get better
because then that means im doing something right
and i can never do anything right
everything makes me feel numb
:(



Nukilan untuk kakak pengawas yang PAKSA saya buka Niqob. semoga kakak baca ye ! 


My name’s Harlina . I’m 19 years old. I was wearing hijab since child ….which I can not remember one. I wear because I believed that my Creator wants from me and I also believed that it benefits to myself.  By covering my face, I’m honoring myself. I’m presenting myself to the world. As a some of my character, as a some of my personality, my contribution towards society. And it is a little bit that I’m doing to enable me to go through path of spiritual discovery. And it’s something that I feel glad and happy. I feel so wonderful to having done it. And it just spiritual choice…  It just…example for the fact that I’m hornor muslim women, who has her own opinion. She has her own voice. I have my own personality, I have my character, I have everything that wonderful about me. The way I contribute towards society.And.. my beauty is wonderful part of me as well. But I don’t feel that I have to display to all over the world.   You know, muslim women who choose to dress this way, do that because they feel…you know, covering this way…first of all because they believed that God said to them. They believed that God knows better for them than they know. 



If you open your eyes a bit wider, you will realise how deep is God's love towards you.

 I Jazak Allahu koll Khair - May Allah reward you abundantly you for your concern… if anybody concern it. But I fine



Kehidupan : Mengalir air mata ketika menaip luahan hati ini. Terkenang peristiwa tadi dan terngiang-ngiang suara akak pengawas ='(


Dari jenismu Sendiri



Selamat pengantin baru HARLINA & XXXXXXX =)




kringg kringgg...
lina : Assalamualaikum
jannah : Waalaikumsalam. barakallah Lina 
lina : *err ? ana masih terkedu apa maksudnya* 
jannah : macam mana persiapan diri ? dah bersedia untuk jadi ISTERI ? 
lina : *senyap. masih terperanjat* 
jannah : Semoga Harlina menjadi ISTERI SOLEHAH buat SUAMI. Penyeri buat suami. Sejuk mata memandang untuk Suami. insyallah walimah Lina, saya datang. insyallah  
lina : Baik.


Terima Kasih yang mampu ku ucapkan. masih terkedu dan terperanjat. huhu. biasa lah. tiba-tiba orang call ucap SELAMAT PENGATIN BARU. 


erk ! adeh. belum apa-apa lagi dah ada sahabiah yang dari jauh hubungi malam semalam.
terkedu dengan ucapannya pada diri ini yang terlalu awal rasanya.  


*sigh* rasa dah besar. yeayyyyy ! Ibuuuu Ayahhh.. Lina dah besar dah boleh tawen \^o^/