August 28, 2011

Selamat Mengerjakan Ibadah Umrah



Bismillahirahmanirahim..
Alhamdulillah.
Selamat menunaikan umrah buat adik Fadhilah Husna. Semoga ketenangan, kejernihan jiwa yang bakal diperolehi berupaya untuk diterjemahkan kearah perjuangan yang lebih mantap, berkesan dan penuh iltizam untuk membela ummah. Tidak lupa juga kepada Ticher Nur yang turut sekali mengerjakan ibadah umrahnya awal 2 hari sebelum keberangkatan Husna ke sana.

Hanya doa yang dapat saya panjatkan pada Allah agar para jemaah selamat pergi dan balik serta dapat menunaikan umrah dengan hati yang tenang dan moga ibadah mereka diterimaNya. Saya harapkan mereka gembira menyahut seruan Ilahi di samping dapat memantapkan iman dalam diri.

Berpeluang untuk menghantar Husna ke KLIA untuk berangkat. Sebak rasa hati ini. Terasa perpisahan menikam diri. Allah.

-saya, husna, ina-
*husna in the middle*


Selamat Tinggal, Husna =')


bersama sahabat tercinta
-ina, saya, husna, ain-


bergambar lagi untuk dibuat kenangan bersama

Wada' (ﻭﺩﺍﻉ)


Hanya satu ucapan yang dapat saya sampaikan kepada Husna :
Husna, sampai sana nanti tolong doakan untuk akak ya !
Hanya ucapan itu mampu dilafazkan tatkala airmata mula jatuh membasahi bumi *SEBAK*
*sigh* tak sabar nak tunggu Ticher Nur dan Husna pulang. sebab nak buahtangan dari mereka. especially KURMA \^0^/

Tiada siapa tahu tentang HATI




Bismillahirahmanirahim..
Hati…
Siapa yang mengetahui isi hati seseorang? siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia? bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah kenyataannya seperti yang kita lihat?
Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.
Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati. Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu.

Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih.

Begitu juga ketika hati kita merasa jengkel, jangan sampai orang lain kena getahnya. Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri.
Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”
Waktu ini, disuatu tempat ada hati yang begitu bahagia, seolah – olah ia ingin tersenyum setiap saat. Ya, di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini, dia sedang menunggu hari besar dalam hidupnya. Saya dapat membayangkan bagaimana hati yang dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan suka cita.
Tetapi sebaliknya, disini ada hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagiaan yang dirasakan olehnya. Tahukah dia bahawa ada hati yang sakit disaat dia sedang merasakan kebahagiaan yang sempurna? Tahukah dia bahawa ada seseorang ingin menangis ketika dia tersenyum dan ketawa?
Dalamnya hati siapa yang tahu? senyum kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan kepada setiap orang di dekat kita, tidak ada yang tahu bahawa disebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah & tingkah laku kita sebenarnya kita sedang terluka.

Kita ingin menangis saat itu, tetapi tidak ada yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan kita sahaja yang mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat kita mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit & lara hati ini. Hanya dengan mengingat Allahlah kita berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan seseorang merenggut kebahagian kita, ketika tidak ada seorangpun yang memahami perasaan dalam hati kita.
Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir kita, menggetarkan hati yang sedang kita pupuk kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata.

Sabda Rasulullah Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan 
(Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)
Hasbunallahu wa ni’mal wakiil ni’mal maula mani’man nashir
Ya Rabb…
Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku. Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu Amin Allahumma Amin

August 27, 2011

Berusaha lebih dengan apa yang kamu miliki saat ini




‎"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini.
Jika kamu menginginkan lebih dalam hidupmu, maka kamu harus mempunyai NIAT untuk
berusaha lebih dengan apa yg kamu miliki saat ini" ♥

Sakit Itu Kafarah Dosa



Sakit itu kifarah dosa buat hambanya.

Ada mesej yang ingin disampaikan melalui sakit itu.

Sakit itu akan mengajar erti kesihatan.

Sakit akan menyebabkan kita menghargai nikmat kesihatan.

Sakit mengajar kita supaya bersifat qanaah.

Sakit menginsafkan kita sebagai seorang hamba Allah.

Moga terus tabah menghadapinya....



Sakit apa pun yang saya lalui biarlah antara saya dengan Allah yang mengetahui. Apa yang sentiasa diharapkan ialah DOA-DOA kalian. Alfun syukran kepada mereka yang mendoakan kesihatan saya.
Buat keluarga yang bersusah payah untuk mencari penawar untuk mengubati sakit yang saya lalui tempoh hari.
Buat Ina, terima kasih kerana menemani saya ketika saya sakit. sanggup bermalam di rumah kerana risaukan kesihatan saya. Buat Awak, terima kasih kerana sentiasa memberi semangat buat diri ini di saat jasad mula rebah. berkali2 diri ini rebah, tetapi ku gagahkan semula.
insyallah. Harlina kena kuat kan \^o^/

*sigh* 1 minggu tidak hadir ke kuliah dan kelas.
.................................
Antara PENAWAR nya ialah :
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-











~ PULLMAN PUTRAJAYA LAKESIDE ~
30 JULAI 2011
nak pergi lagi tau ! :)

Terima kaseh teman, kerna mengingatkan. Terima kaseh Allah, atas ujian penguji kesabaran jua sebagai kifarah dosaku.


" Ya Allah! Aku ini hambaMu yang kerdil dan lemah. Sungguh terkadang aku lupa dan merintih, merungut dan mengeluh dengan ujianMu. Sedangkan ujianMu itu tanda kasih sayangMu terhadapku. Aku risau andai keluhan kesahku, rungutan dan rintihanku mengundang murkaMu.Aku takut andai keluhan kesahku, rungutan dan rintihanku membawa aku jauh dariMu, ya Allah! Lalu, dengan RahmatMu kupohon keberkatan insan-insan bernama teman dan sahabat sebagai penyeri hidupku dan pengingat aku kepadaMu di kala aku lupa."



Majlis Pertunanganku

Bismillahirahmanirahim..


Setelah sekian lama meninggalkan "PONDOK HATI" ini. dah bersawang ler nampaknya.
makanya, kena QADA' kan semula segala penulisan, pengalaman, luahan hati, serta memori terindah yang telah saya lalui sepanjang berkurun lama nya tidak dikongsikan bersama.

Alhamdulillah. hari ini sudah masuk 57 hari saya "diikat" menjadi tunangan si dia. Tarikh pertunangan kami di adakan pada 24 Julai 2011 yang lalu. Majlis pertunangan di hadiri oleh saudara mara dan jiran-jiran yang terdekat. Tidak lupa juga kepada sahabiah saya yang sentiasa menemani iaitu Azleena (Ina), Hurul Ain (Ain) dan Farhana (Nana). Alfun syukran kepada semua yang membantu dalam menjayakan majlis yang mudah dan ringkas. Alhamdulillah.

Syukur Ya Allah.
Kerana memudahkan majlis pertunangan kami. Moga majlis itu dipenuhi dengan keberkatan Illahi.

Antara perbincangan yang diadakan oleh kedua belah pihak lelaki dan perempuan ialah TARIKH PERNIKAHAN, JUMLAH WANG HANTARAN serta MAS KAHWIN. insyallah. semuanya telah dibincangkan serta disepakati oleh keluarga belah pihak.

buat pesanan untuk si dia :
Moga kita sama-sama tabah dalam menempuh segala liku-liku serta dugaan sepanjang tempoh pertunangan kita . Semoga hubungan ini diakhiri dengan sebuah pernikahan suatu hari ini. Khair insyallah.
JAGA DIRI, JAGA IMAN, JAGA PANDANGAN ya :)