April 29, 2011

"Apa yang membuatkan Harlina bangga menjadi wanita?"


Bismillahirrahmanirrahim :)

"Apa yang membuatkan Harlina bangga menjadi wanita?"


Jujur. Ana menggaru kepala seketika. Bangga jadi wanita. Apa faktor rasa bangga ye. Sebenarnya, jawapan semalam adalah dari tahap 'kekeliruan' minda . Hihi, jawapan karutan adalah:

"Saya berbangga menjadi seorang wanita kerana... doa seorang wanita (ibu) lebih makbul dari lelaki (ayah) kerana wanita lebih penyayang dari lelaki. Selain itu, perempuan berjiwa halus dan empati yang lebih tinggi berbanding lelaki. Perempuan juga dikenali sebagai makhluk 'rabun jauh' dan lelaki pula makhluk 'rabun dekat' kerana perempuan suka (tak semestinya) memikirkan perkara yang remeh temeh sebaliknya lelaki tak suka perkara remeh temeh kerana lelaki banyak berfikir perkara yang besar dan penting."

Tetapi apabila pandangan remeh dan besar digabungkan insya Allah tak perlu 'pakai spec', perempuan adakala tak ingat tarikh lahir atau ulangtahun perkahwinan ianya menjadi satu isu yang sangat hebat untuk berperang mulut dan muka dengan suami, muka yang ayu boleh muncung seperti Donald Duck hanya kerana isu remeh temeh yang mana bagi lelaki ia tidak penting. Pertembungan 2 watak ini... Sebaliknya apabila diambil disisi positif, insya Allah menjadi saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Sunnatullahnya begitu, iye dak? :)

Perempuan seorang makhluk yang berjiwa halus, FIKIRAN ADALAH PADA HATINYA... Oleh itu, sekiranya mahu menasihati ataupun berbincang dengan makhluk bernama wanita (eh, ismi Harlina okay! :P) lihat pada emosinya. Kalau emosi baik insya Allah lebih mudah untuk menegur atau menasihati, sekiranya emosi terganggu biarkan sejenak untuk berfikir (menenangkan gelodak emosinya) kemudian barulah berbincang. Wanita beriman mudah untuk menenteramkan emosinya kerana baginya Allah adalah segala-galanya.


p/s : hehe. bagi sesiapa yang mengenali siapakah Harlina, berapa lama jangka masa Harlina beremosi/merajuk

A : 4 jam
B : 24 jam ( 1 hari )
C : 48 jam ( 2 hari )
D : 168 jam ( 1 minggu )

wanita juga kekutannya adalah ketika melahirkan anak. Pengorbanan yang tidak dapat dilafazkan kecuali dengan tanda syukur kepada Allah kerana telah menciptakan ana sebagai seorang WANITA.
Lelaki mengandung tak beranak-ranak *sigh BUNCIT* hehe.. Wanita mengandung lepas beranak terus slim gitu. kuikuikui. jangan marah yer kaum lelaki yang membacanya. Tak pasal pasal ana digigit nanti :P

Hati yang tenang juga insya Allah akan melahirkan pemikiran yang hebat, tidak mudah tersinggung dengan sikap 'rabun dekat' lelaki, hihihi. Oleh itu, sebagai wanita peliharalah hati sebaiknya. Al-haya' uminal imaan. Malu itu sebahagian dari iman, kalau lihat perempuan yang tidak menutup aurat itu tandanya tidak malu, tidak malu pula adalah ciri tidak beriman dengan sempurna. Wallahua'lam.

"Tokoh wanita yang memberi sumbangan kepada Islam?"

Hihi, ana terpaksa membuka buku sirah kembali. Maklum la dah tua-tua ni ingatan pun tumpul. Selain tokoh srikandi Islam yang mahsyur seperti Saidatina Khadijah, Aisyah r.a, Fatimah r.a, ana sengaja mencungkil bingkisan sejarah seorang wanita mulia.

Atikah Binti Zaid Bin Amru Bin Nufail. Saidina Ali pernah berseru : "Barangsiapa yang ingin mati syahid dengan cepat, kahwini Atikah!"

Wanita hebat ini sangat terkenal sebagai wanita yang pintar, cerdas, fasih dan juga cantik. Beliau pernah berkahwin dengan Abdullah Bin Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Umar Al-Khattab, Zubair Bin Awwam, *Atikah pernah menolak lamaran dari Saidina Ali* dan akhirnya menikah dengan Husin Bin Abi Thalib.

Husin Bin Abi Thalib adalah suami terakhir Atikah, apabila dilamar oleh Marwan Atikah berkata : "Aku tidak ingin lagi mempunyai mertua setelah Rasulullah."

Wanita hebat ini menjadi sayap kiri yang istimewa dimata ana pada seorang lelaki kerana SEMUA yang pernah menjadi suaminya gugur sebagai syuhada. Subhanallah, sebaik-baik kematian. Alhamdulillah.

Seorang wanita yang lemah sebenarnya mampu mengalahkan seorang lelaki gagah hanya dengan kuasa pujuk rayuannya. Oleh itu, alangkah indahnya hai wanita sekelian andai pujuk rayu itu mampu menambah cas pada iman seorang lelaki bernama suami untuk thabat dalam perjuangan.

Teori 'rabun jauh' dan 'rabun dekat' itu tak semestinya diaplikasi dalam sebuah baitul muslim (nanti salah sangka pula) tetapi ianya boleh diaplikasi dalam perjuangan, jemaah, adik-beradik, rakan sepejabat dan semua sudut selagi ianya untuk dijadikan manfaat bersama.

Ini hanyalah sedikit dari 'syarahan' ana . Urm, masih pening mahu menaip panjang, apapun semoga kita menjadi MUSLIMAH yang sangat mementingkan akhlaq islami. Peliharalah malu... :)


April 27, 2011

Bahagia bukan ada di hujung jalan, bahagia ada di sepanjang jalan



Posting ini tidak perlu dibaca oleh mereka yang berhasrat untuk membaca tulisan ilmiah, tulisan ini juga bukan berbentuk ilmiah. Ia hanyalah pandangan peribadi seorang faqirah. Ia juga sebenarnya adalah pemikiran seorang kanak-kanak riang yang belum cukup umur, ia juga hanyalah sudut pandang dan juga kesengalan seorang insan. Kesimpulannya, tulisan ini hanyalah sesuka hati untuk memeriahkan blog dan secara pendeknya orang Perak kata ;meraban teben. Ha, amik ko dah start keluar loghat pelik-pelik nih... Lalala.

Dahulu, bila orang katakan "Untung siapa yang dapat Harlina" ana terfikir untungnya di mana?


Ya Allah, mujahadah itu tidak mudah. Didiklah hati kami untuk tenang dalam mujahadah kami... Bantulah kami dalam mendidik nafsu kami. Terima kasih ya Allah atas segala yang Engkau pinjamkan untukku.


* Bahagia bukan ada di hujung jalan, bahagia ada di sepanjang jalan *



"Siapalah yang bertuah memiliki Harlina?" Menelan air liur.

Mereka mengulang ayat yang sama. Bertuah? Ditelek-
telek diri sendiri.




Aku hanya seorang Harlina. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain. Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Harlina yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.


Bicara soal jodoh. Wah, sukanya! Sukanya... Ada yang sudah pasang cita-cita dan panjangkan angan-angan. "Aku nak kawin dengan orang yang begini, orang begitu dan begitu serta begini." Bahkan bicara soal perkahwinan juga boleh menjadi satu isu yang sungguh tak lapuk dek hujan panas. Evergreen gitu, bagi mereka yang terasa nak kahwin la. Bagi yang tidak pula berniat nak berkahwin dalam masa terdekat juga masih memanjangkan angan-angan mat jenin mahu perkahwinan begitu dan begini. Terpulang lah, sesekali berangan kan seronok!

Sejak beberapa ketika ini, ana dapat soalan yang pelbagai mengenai Jodoh dan Perkahwinan. Oleh sebab itulah, galak semacam nak menaip tentang jodoh dan perkahwinan. Tidaklah bermaksud ana akan berkahwin dalam masa sehari dua ini, atau tidak juga bermaksud yang ana akan menamatkan zaman bujang pada hujung minggu ini.Posting ini hanya sesuka hati ana untuk menarikan jari jemari supaya boleh ana melayan emosi depan PC. Pada yang tidak sudi, ana tidak pula memaksa untuk membaca. Holalala...

"Macammana lelaki yang enti nak sebagai pasangan hidup (suami)."

Ana tersenyum. Bicara jodoh tidak merobekkan hati ana kerana persoalan jodoh bukan perkara penting untuk ana. Tidak penting bagaimana jodoh yang kita impikan, yang penting bagaimana kita mempersiapkan diri untuk berkahwin. Tidak penting bagaimana lelaki yang datang melamar, yang penting bagaimana untuk menerima lelaki yang Allah hadirkan.

Ramai orang yang terlalu merisaukan kenapa belum berjodoh, bahkan terlalu sibuk memikirkan ciri-ciri yang perlu ada pada bakal suami TANPA melihat kepada diri sendiri. Hanya melihat kenapa belum berjodoh tanpa berfikir apakah diri sudah bersedia untuk menghadapi 'kerenah' dalam rumahtangga. Hanya memandang apa yang perlu ada pada bakal suami tanpa melihat apa yang perlu diperbaiki.

Tersenyum melihat mesej yang pernah diberikan, wanita perlu bertanya kepada lelaki apakah solat fardhunya cukup? Apakah solat berjemaah? Apakah itu dan ini... Tetapi adakah ditanya kepada diri sendiri. Lelaki dan perempuan sama sahaja, selepas berkahwin ana melihat konteks kedua-dua pertembungan yang menjadikan ana seorang kanak-kanak yang terlalu cepat tua (er, dewasa).
Soalan pelik yang buat ana kebingungan, kenapa agaknya sahabat ana tanya soalan begini. Sudah mahu menikahkah dirimu wahai sahabatku? Ana husnudzon saja lah. Melayan je, meraikan sahabat-sahabat dengan kesengalan ana.

"Entahlah... Ana tak pernah meletak apa-apa syarat untuk seseorang menghuni hati ana. Tak pernah pula buat senarai lelaki bagaimana dan begitu begini yang ana mahu jadikan calon zauj. Tak ada jawapan lah soalan ni..."

Bagi ana, realistik! Ana tidak pernah meletakkan apa-apa syarat ataupun ciri-ciri tertentu untuk seseorang lelaki. Belum terfikir barangkali. Bagi ana, tujuan ana untuk MENJADI bukannya MENCARI. Ana yakin, wanita yang solehah untuk lelaki yang soleh. Dan tugas ana hanyalah perlu menjadi solehah agar mendapat yang soleh. Pelik sungguh perangai ana sejak dua menjak ini, kuikuikui.

"Apa takrifan wanita solehah?"

Ana menghantar sms secara rambang dan kepada ramai orang. Macam-macam luahan pendapat sahabat. Ana ukur pada diri ana, entah. Susah nak cakap, semacam tak layak saja diri yang hina dina ini untuk memanjangkan angan-angan pada lelaki yang soleh. Kalau dibiarkan angan-angan, barangkali sepanjang Sungai Nil disyarahkan ciri-ciri calon idaman.

"Ana nak lelaki yang alim dalam urusan agama, tapi ana juga nak dia seorang yang kaya... Kiranya hidup ana tak la susah."

Berkerut dahi ana dengan respon seorang muslimah dalam sesawang internet. Allah... Apabila bersama sepupu, ana seringkali tersenyum mendengar celoteh makcik-makcik dan juga sepupu (perempuan) berbicara mengenai jodoh.

"Aku nak arkitek. Semua cari yang engineer, aku cari arkitek la pulak..."

"Cari orang beriman yang kaya..."

"Aku nak yang macam ni... Aku nak macam yang tu..."

Ana tersenyum. Dalam hati hanya satu ungkapan "Hebatnya..." Iya, ana merasakan setiap orang yang meletakkan ciri-ciri spesifik untuk bakal isteri/suami itu seorang yang hebat! Kerana, dia turut sama meletakkan dirinya sebaris dengan ciri-ciri yang dia letakkan kepada bakal pasangannya. Hebat kerana dia memaksa dirinya supaya lebih bergerak secara produktif. Hebat... Hebat... Kerana ana sangat yakin, pasangan kita adalah sebahagian dari diri kita.

Kerana apa? Kerana ana sangat yakin akan janji Allah yang tidak pernah memungkiri janji bahawa lelaki yang soleh hanya untuk wanita yang solehah.

"Habis tu enti tak terfikir nak berkahwin ker? Memang tak nak kahwin?"

Subhanallah. Terperanjat juga ana dengan soalan ini, sungguh menikam kalbu. Berlagak macho (hahaha) dan pura-pura tenang walaupun hati menggerutu macam nak sekeh-sekeh je orang yang tanya, kui kui kui.

"Dalam setiap perkahwinan itu ada keberkatannya. Keberkatan dalam sebuah perkahwinan itu bukannya bermula dari akad nikah yang termeterai sebaliknya ia bermula sedari sebelum pernikahan lagi. Ana mencari sakinah dalam sebuah baitul muslim, untuk mendapat sakinah ana perlu mencari barakah. Barakah dalam sebuah perkahwinan titik tolaknya ialah keredhaan ibubapa."


Mungkin ada yang tidak setuju dengan pandangan ana, kerana ia hanyalah pendapat peribadi ana.

"Siapa dalam istikharah enti?"

Ana yakin, yang bertanya ini adalah orang yang barangkali baru mendengar talk "Siapa Dalam Istikharahku?" jadi ana husnudzon lagi...

"Biarlah rahsia hati ana menjadi rahsia antara ana dan Allah... Bila termeterai akad dan nikah, insya Allah itulah yang memenangi dalam istikharah ana. Wallahua'lam."

Setiap dari lelaki dan perempuan (wallahua'lam) pasti mempunyai angan-angan mengenai pasangan dan juga bagaimana perkahwinan mereka diraikan. Tema ala tepi pantai, dalam taman, dalam hutan dan pelbagai.

"Ibu boleh tak kalau kahwin nanti nak buat......." (sensor)

"Ibu ikut jer... Tak kisah."

Alhamdulillah. Ana juga pernah mengada-ngada bertanya pendapat orang ramai. Pelbagai reaksi yang ana dapat, tergelak juga dengan pendapat orang ramai tetapi bagi ana, ikut suka hati masing-masing la nak kahwin macammana pun selagi tidak berlaku syirik pada Allah. Tafaddhal...

Ana pernah mengusik sahabiah... "Ana nanti kalau nak kahwin, ana nak pakai warna pink lah..."

Sahabat ana yang tahu dan faham akan ana yang agak taksub dengan warna pink dan ungu menempelak "Eh Harlina, nanti pengantin laki lari gara-gara baju pink baru tahu!"

Ana yang memang terkenal dengan kesengalan yang nyata menambah... "Ah, takde. Kalau tak nak pakai pink, tak payah kahwin." Hahaha... Agak radikal pula permintaan ana. Sangat tidak patut memaksa kaum Adam memakai warna pink yang sinonim dengan perwatakan feminin.

"Kahwin nanti aku nak buat tema ala dalam taman, sure cantik kan!"

Memang seronok rupanya berangan yerk? Entah... Ana menyampuk pula...

"Kalau ana kan, ana lah... Orang lain ana tak tahu la pula. Ana pakai je baju mana-mana yang ada jer, yang pastinya baju tu ana nak pakai berkali-kali selepas kahwin. Baru boleh bangga, riyak dan takbur yang baju ana pakai masa hari perkahwinan boleh dipakai sampai berzaman. Hahaha. Pastikan juga saiz baju tu besar supaya lama boleh dipakai..."

"Enti ni memang sengal lah! Ada ke pakai baju yang sedia ada. Kahwin ni sekali je seumur hidup tau."

"Eh, yakin ker yang kita kahwin sekali seumur hidup? Entah-entah suami nanti kahwin 2 kali ke, 3 kali ke, 4 kali ke..." Sengaja ana mamanaskan situasi.

"Enti sanggup ke bermadu?"

"Hehehe.. Siapa lah kita nak menolak ketentuan Allah. Sanggup atau tidak sanggup, itu bukan urusan yang berada dalam kekuasaan kita. Kita yakin ke hati suami tidak berubah? Kita pasti ke yang Allah akan suburkan kasih sayang hingga nafas terakhir tanpa ada sedikit gelora? Pendekkan angan-angan."

"Tapi kita harap perkahwinan yang satu kekal selamanya kan?"

"Benar. Itu harapan dan doa. Kerana itu pelihara hubungan sebelum berkahwin supaya keberkatan dalam perkahwinan akan kita rasai, manisnya sakinah, nikmatnya mawaddah dan bahagianya dengan rahmah. Boleh memilih tema apa untuk perkahwinan tapi jangan sampai membazir."

"Habistu enti nak kahwin macammana?"

"Enti jangan gelak yer! Ini angan-angan mat jenin ana saja... Selebihnya Allah yang lebih mengetahui. Pertama, ana tidak mahu tabarruj pada hari perkahwinan, kecantikan itu hak mutlak suami dan dia tidak perlu berbangga dengan kecantikan isteri yang telah halal baginya dan cukuplah kecantikan isterinya hanya untuk dia seorang. Kedua setidak-tidaknya ana akan meminta izin dari suami (selepas akad nikah la..) untuk memakai niqab supaya... Ana hanya miliknya dan untuknya. Ketiga, ada satu permintaan rahsia antara ana dan suami yang menjadi milik ana.."

Bicara soal kahwin, ana selalu tergelak dengan angan-angan orang lain. Ana pun turut berangan sama... Hahaha.



Sudah bersediakan menjadi ibubapa yang bertanggungjawab? Luaskanlah skop kalian. Buat air untuk SAHABAT pun dapat pahala, selagi mana kita melakukan kebajikan dan memberi manfaat kepada orang lain :) Apatah lagi buatkan ,akan dan minum untuk suami. berganda ganda pahala nya.

Kata seorang...

"Kami dah bercinta 3 tahun, dah kenal hati budi masing-masing jadi kami merancang untuk berkahwin."
Kata seorang lagi...

"Setelah mengenali hati budi masing-masing, kami mendapati kami serasi bersama. Jadi, kami nak ikatan ini hingga ke pelamin."

Kata seorang lagi dan lagi...

"Kami putuskan untuk berkahwin kerana saya melihat banyak persamaan antara kami."

STOP. Kalau ini yang berlegar dalam pemikiran kalian, berhentilah dari angan-angan tersebut. Kalau orang-orang veteran mendengar ungkapan ini, muntah hijau agaknya. Kalau ibubapa yang sudah berpuluh tahun kahwin mendengar kalimah ini, gelak terbahak agaknya.

Alahai, luaskanlah sedikit skop tentang kehidupan berumahtangga. Tidak mustahil, insan-insan yang kononnya serasi bersama semasa bercinta ini tidak panjang tempoh perkahwinan mereka. Tidak ada manusia yang sama dalam dunia ini. Setiap orang memiliki personaliti yang BERBEZA diantara satu dengan yang lain, maka usahlah dicari PERSAMAAN antara kita kerana memang takdirnya kita diciptakan tidak sama! Tetapi, adakah kita akan SERASI apabila bersama?

Alam percintaan sama sekali berbeza (ohhh, jauh sungguh bezanya!) dengan kehidupan berumahtangga. Ana tidak berhasrat membebel, kerana ana juga masih mentah tentang rumahtangga. "Sebagai isteri, kena banyakkkkk mengalah." Ana tersenyum, nasihat dari nenek yang dikasihi menusuk di dalam hati. Sebak rasanya tetapi masih tersenyum.

"Nanti dah kahwin, jangan buat itu, jangan begini, jangan macam tu..." Panjang lebar ibu tersayang memberi 'wasiat'.

"Nanti dah kahwin, sentiasalah alert perasaan suami adik.

"Nanti dah kahwin kena TAAT pada suami.. Apa suami minta keni beri. Tetapi akak tahu, Harlina kan nak muslimah solehah, pasti akan menjadi isteri yang SOLEHAH buat suami" Seorang kakak memberi peringatan.

*ana mengaminkan saje* Amiin Ya Allah..

MEMBERI LEBIH BAIK DARI MENERIMA. BELAJARLAH AGAR SENTIASA MEMBERI !


"Kami dah 40 tahun pun masih berkenal-kenalan lagi. 40 tahun tak cukup untuk kami berkenalan, sekarang pun masih juga berkenalan. Manusia sentiasa berubah, dan dari perubahan-perubahan itu kita akan sentiasa mengenali pasangan kita." Ana melopong di hadapan pak cik dan mak cik itu.


Mereka yang sudah lama hidup berumahtangga, katanya 40 tahun tidak cukup untuk mengenali pasangan dan sentiasa saling mengenali antara satu dengan yang lain. Allahu Rabbi. Ini yang selalu menjadi PUNCA keretakan rumahtangga, masing-masing merasa sudah mengenali pasangan sedangkan terlupa bahawa manusia sentiasa berubah dan setiap perubahan tersebut adalah proses mengenali sehinggalah nafas terakhir di bumi ini. 1,2,3 mahupun 10 tahun bercinta sekalipun tidak sama dengan kehidupan dalam rumahtangga.

Tetapi, Allah sudah berjanji bahawa Dia menciptakan isteri dari jenismu (lelaki) sendiri, supaya suami menjadi cenderung terhadap isteri dan berkasih-sayang terhadapnya. Subhanallah. Tempoh berkenalan bukanlah menjadi satu kata putus pada sebuah perkenalan lelaki dan perempuan dalam fasa membina rumahtangga idaman namun dengan ILMU, IMAN, TAQWA dan SABAR insya Allah rumahtangga sakinah, mawaddah wa rahmah akan terbina.

Situasi Satu :

Suami seorang yang mujahadah tinggi, sanggup meninggalkan isteri demi sebuah pengorbanan dakwah. Ya Allah, tak layak pun ana nak berfikir sebegini dibandingkan dengan diri yang serba kekurangan. Ana sangat khuatir, sekiranya ana tidak redha ditinggalkan sendirian kala sedang menanggung sakit yang singgah pada tubuh. Ana takut tidak redha dengan suami yang berjuang dan meninggalkan ana kerana ana sentiasa menerima layanan VVIP dari ibu dan ayah.

Situasi Dua :

Suami seorang yang mujahadah tinggi tetapi sangat kerdil jiwanya. Tidak sanggup membiarkan ana keseorangan menanggung kesakitan. "Maaf zaujah ana sakit ana tidak dapat ke sana." Dan pelbagai alasan yang bakal MENGHALANG perjuangan seorang mujahidin, tak sanggup rasanya. Menjadi sayap kiri pada seorang pejuang, sewajarnya membantu untuk mengukuhkan kedudukan suami, bukan meruntuhkan dirinya.

Kesimpulannya :

Tak tahu nak komen apa-apa, kerana ana hanya seorang faqirah. Kesimpulannya makin bersimpul urat saraf dalam kepala ana, kui kui kui.



Allahummaj'alni hubbak wa hubba man ahabbak waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi. Ameen... :)

------------------------------------------------------------

nota kehidupan 1 : haih. pandai juga ibu berjenaka yer. Saat budak mengaji datang selepas maghrib tadi.. " Ummi, kenapa ada 2 buaian kat rumah ummi ni ? siapa yang pakai. Anak anak ummi kan semua dah besar. Ibu menjawab " satu buaian ini untuk ummi, satu buaian ini untuk Pak Cik Mohd Nor. Kami tidur dalam buaian. Kalau tak tak boleh nak tidur. muekeke. Budak mengaji " waahh.. romantiknyer ummi ".. hehehe.. ana ketawa2 dalam bilik melihat gelagat ibu yang leka melayan anak anak yang datang mengaji.. :P