April 12, 2011
8 rahsia kecantikan wanita
Bismillahirrahmanirrahim~
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
1. Jadikanlah menunduk pandangan itu sebagai hiasan mata supaya mata kelihatan bening dan jernih untuk selama-lamanya.
2. Gunakan sabun Istighfar setiap kali mandi. Kegunaan amat mujarab bagi menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan dan menghilangkan segala kekotoran yang sedia ada. Disamping itu, dapat menimbulkan kesucian diri anda supaya kelihatan bersih serta menyenangkan hati semua orang.
3. Selepas bersiap, anda boleh bedakkan wajah anda dengan 'bedak sejuk' Wudhu', yang menjadikan wajah halus dengan keserian semulajadi dan bercahaya serta anggun walaupun anda akan mengembara ke alam akhirat.
4. Selepas menyapu bedak di wajah anda, bolehlah memilih lipstick yang bersesuaian. Oleskan lipstick kejujuran pada bibir supaya bibir manis dan memikat hati semua orang.
5. Bagi merealisasikan impian anda, perlulah bijak memilih pemerah pipi dengan kosmetik yang diperbuat daripada rasa malu keluaran baru berjenama sopan supaya pipi putih bertambah gebu dan menjadikan kulit muka anda kelihatan lebih bermaya dan berseri.
6. Agar tampak berseri, anda mestilah merawat rambut anda dengan jilbab islam yang telah disyariatkan kerana melalui rawatan ini anda dapat dapat mengelakkan rambut anda dari pandangan lelaki bukan muhrim, jadi rambut anda akan kelihatan lebih bermaya dan berseri.
7. Untuk menampakkan keanggunan anda, hiasilah kedua-dua tangan anda yang lemah lembut itu dengan gelang tawaduk dan pakaikan di jemari manis anda dengan cincin Ukhuwwah supaya tangan kelihatan manis dan cantik.
8. Akhir sekali, persiapkan diri anda dengan kalung di leher yang permatanya bertakhtakan kesucian agar anda keliahatan lebih berseri.
SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA REMAJA WANITA UNTUK MENJADI MUSLIMAH.. =)
No comments:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment