April 9, 2011

Kain Kecil di Wajahku



Bismillahirrahmanirrahim~
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.







Kepada Bakal Suami,

Andai purdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka. Andai itu lebih menyenangi hatimu.
Andai purdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah. Usah dipaksa mereka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasan tercalar.



Kepada Bakal Isteri,

Andai purdah menjadi pakaianmu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan dikau sesuai dengan malu yang ada pada dirimu.Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka kau memperlihatkan wajahmu. Lelaki yang soleh akan merasa cemburu bila dirimu menjadi perhatian umum. Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kau tidak mahu maka pilihlah lelaki yang lain. Pilihan ditanganmu.


Kepada Bakal Suami,

Jika kau memilih perempuan yang berpurdah maka kamu harus sentiasa menghembuskan semangat kepadanya agar terus istiqamah untuk berpurdah. Kerana wanita itu bisa berubah dek kerana faktor sekelilingnya.


Kepada Bakal Isteri,

Andai kamu sudah berpudah, bukan bermakna kamu sudah menyempurnakan semua kewajibanmu. Jagalah akhlakmu demi menjaga kehormatan suamimu.


Kepada Bakal Suami/Isteri

Suami menjadi pakain kepada isteri dan begitulah sebaliknya. Maka hendaklah kalian menutup keaiban suami/isteri.Jika kamu membuka aib suami/isteri sebenarnya kamu membuka aibmu sendiri


“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya ALLAH menciptakan isterinya; dan daripada keduanya ALLAH memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada ALLAH yang dengan (mempergunakan) namaNYA kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya ALLAH selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1)
--------------------------------------------------------

untukmu, Harlina...



الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على نبيه الأنبياء والمرسلين،والهادي إلى صراط المستقيم، وعلى آله المكرمين وصحبة الكريم، ومن تبعهم بإحسن إلى يوم الدين


Pakailah apa yg kamu rasakan baik utk dirimu dan yang boleh menggembirakan hati kekasihmu yaitu ALLAH..
berniqab la..
kerana ianya banyak mendatangkan kebaikan untukmu dan mampu mengawal tingkah dan lakumu..


di masa skrg ni,terlalu banyak fitnah2 yg di sebarkan oleh wanita2 berhijab...
mereka bertudung,
tetapi ada yg bebas bergaul dgn bukan muhrimnya,
mereka di tangkap khalwat,
mereka ke kelab malam,
menjual tubuh dan sebagainya,
semuanya telah di dedahkan oleh akhbar2
dalam diri mereka sudah tiada perasaan malu pada manusia apatah lagi kepada tuhan..


ada baiknya kamu tetap dgn niqab kamu..
dan jika ada org lain yg membahaskan bahawa niqab itu tidak wajib dan sebagainya,abaikan saja pendapat itu dan biarkan ia berlalu dari mengganggumu untuk beristiqamah..


tetaplah dgn niqabmu..
ALLAH lebih memahami kamu..


tetaplah dgn niqabmu..
kerana ia menggambarkan yg kamu masih ada sifat malu..


dan niqabmu itulah yg menzahirkan rasa malumu..
~فإذا عزمت فتوكل على الله~


2 comments: