April 13, 2011

Bila rindu menyapa





Bismillahirrahmanirrahim~
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.




* Redha PJJ *




Bila rindu menyapa…
Hati ini tiba-tiba kosong…
Kosong kerna disapa oleh sebuah kerinduan…
Rindu yang teramat sangat…
Bila rindu menyapa…
Hati tidak senang…
Pelbagai perkara bermain di fikiran…
Tercetuslah kerisauan…
Timbullah ketakutan…
Bila rindu menyapa…
Mulut hanya mampu berzikir…
Air mata mula mengalir…
Tangan diangkat memohon doa…
“Ya Allah…Tenangkanlah hatiku ini…Amin”
Bila rindu menyapa…
Ku sucikan diri dengan berwudhuk…
Ku tenangkan diri dengan bersujud pada-NYA…
Ku tenangkan hati dengan membaca Firman-NYA…
Bila rindu menyapa…
Kerinduan sebahagian dugaan…
Kerinduan perlu di atasi walaupun ianya hakiki…
Semoga kerinduan ini sebagai semangat untuk terus berjuang di jalan-MU…
Amin…


nota : lambatnya balik :(


No comments:

Post a Comment