Pada zaman Nabi Musa AS, bani Israil ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, “Ya Kaliimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami”. Maka berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh debu, haus dan lapar.
Nabi Musa berdoa, “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur ‘alaina rahmatak.. warhamnaa bil athfaal ar rudhdha’.. wal bahaaim ar rutta’.. wal masyaayikh ar rukka’..” Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, “Ilaahi.. asqinaa”..
Allah pun berfirman kepada Musa, “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian”.
Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, “Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, karena engkaulah hujan tak turun”. Seorang lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksud.
Ia berkata dalam hatinya, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”. Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , “Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”.
Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Musa pun kehairanan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia”. Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu”.
Musa berkata, “Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu”. Allah berfirman, “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaKu?”
---------------------------------------------------------------------------
Mengapa hatiku malam ini rasa tidak tenang ??? Memikirkan perkara yang akan berlaku…perlukah memikirkan itu??? Penuh kerungsingan bila terfikir semua itu…saya memikirkan perkara yang sepatutnya difikirkan…bukan sengaja untuk difikirkan tetapi benda itu sentiasa berlaga-lega didalam kepala…ye saya memikirkan untuk bersedia menerima dalam apa jua yang akan berlaku kelak…
Cepatnya waktu berarak pergi…sudah pun menghampiri dengan akhir tahun…umur sentiasa bertambah dan dosa sentiasa mengiringi umur…adakah kerna dosa-dosaku yang menyebabkan saya begini? sentiasa berusaha untuk menenangkan hati…namun saya tak terdaya lagi hanya mampu berdoa agar perkara yang akan datang kelak adalah yang terbaik buatku…apa-apa risiko yang akan datang terpaksa ku tempuhi jua,namun sebelum risiko itu bertandang masih ada waktu untuk ku berusaha supaya tiada risiko kelak
Entah mengapa hati ku tidak tenang seperti ia menangis sahaja…terasa tertekan pun ada , terasa tidak mampu pun ada,terasa sakit pun ada,dan terasa macam-macam pun ada…hmmm :(
Ya Allah tenangkanlah hatiku ini. aku tidak terdaya lagi Ya Allah. kuatkanlah semangatku tabahkanlah hatiku. Amin….
No comments:
Post a Comment