April 13, 2011

Buat diri ku dan diri mu, kuatlah tirai hari ini dan ingatkan diri




Bismillahirrahmanirrahim~
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.







Bijak pandai pernah berkata,


“we can’t direct the wind but we can adjust our sail

.” Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang menimpa tetapi

kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita. Inilah kelebihan

manusia, sebagai khalifah.


Ingat,setiap kali sesuatu menimpa kita, sama ada baik atau buruk… itu adalah

pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah

yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja

peristiwa yang akan kita hadapi… maka belajarlah secara berterusan, dan

berubahlah secara berterusan… Nanti kita akan mencapai kebaikan secara

berterusan pula.


Buat diri ku dan diri mu, kuatlah tirai hari ini dan ingatkan diri… saya adalah

pelajar di universiti kehidupan ini. Hari ini Allah pasti mengajar ku melalui

perlakuan-perlakuan manusia lain kepada ku. Dan saya mesti belajar dengan

orang lain, kejadian, peristiwa itu – pahit atau manis.



kehidupan di dunia ini adalah satu ujian. Buat diriku dan dirimu, semoga kita

berjaya dalam menempuh segala ujian dunia ini.

khair insyaAllah..


No comments:

Post a Comment