Saya masih lagi terus mencari-cari
keberanian dalam diri ini..
Di mana kah kamu wahai cik berani
Kenapakah kamu tak cukup untuk diri ini
Saya perlukan kamu cik berani
Saya perlukan kamu untuk saya melangkah setapak kehadapan
Bila saya temui kamu
Saya akan berusaha untuk membina cik keyakinan diri
Kerana bila kamu berdua bergabung (berani dan yakin)
Baru lah saya terbebas dari belenggu yang selama ini menyekat saya
Dari terus ke hadapan
Hanya diri ku sahaja yang boleh membantu
Datang la kepadaku cik berani dan cik yakin
Saya harus mencari kekuatan itu
Harap ia akan muncul dan memberi saya sinar..
-----------------------------------------------
Nota kehidupan 1 : Ya Allah.. lunturkan lah keberanian dalam diriku.. andai malu itu hadir, ku terima seadanya kerana Malu adalah sebahagian anugerah yang Engkau berikan pada ku. Permudahkannya Ya Allah.. Hanya pada mu tempat pergantunganku..
Nota kehidupan 2 : Selagi " keberanian " masih belum lagi hadir, rasa bersalah kian menular dalam diri ini.. maafkan Harlina. Bukan harlina tidak mahu, tetapi Harlina memerlukan cik " berani " datang menjemput Harlina.. Maaf kan Harlina yer.. Beri Harlina masa dan tolong bantu Harlina untuk mencari cik " BERANI "
No comments:
Post a Comment