Bismillahirrahmanirrahim~
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
itu adalah nama yang diberikan untuk group kami. Dan buat pertama kali nya kami berjumpa dan bersua muka. Namun perkumpulan itu tetap indah.
Ditambah pula, yang mengikat kami adalah keimanan.
Jangan tanya ana gembira atau tidak.
Ana seakan merasa ana telah berada di syurga apabila bersama mereka.
Musafir bersama 1
Reunion kami agak kelakar sikit. Ada intro dan outro. Pelbagai perkara dikongsi. Itu dan ini. salah seorang sahabat kami, tidak henti-henti dengan ulahnya yang membuatkan gusi kami tidak pernah kering.
Tidak dapat ana nyatakan betapa bahagianya ana melihat senyuman mereka. Sedangkan melihat mereka itu sihat walafiat sahaja sudah membuatkan jiwa ini berbunga ceria. Apatah lagi apabila mereka bersuara mesra dan tersenyum bahagia. Pastinya jiwa dan hati ana senang dan tenang berkali ganda.
Berkumpul lah jiwa-jiwa itu
Ana mendambakan, perhimpunan kami pada 03hb April itu, adalah yang dikira Allah sebagai apa yang disabdakan Rasulullah SAW:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naunganNya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab: Aku takut kepada Allah, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Bermula dengan berkumpul dan sarapan pagi sementara menanti satu persatu kami tiba menghadirkan diri, masa-masa berlalu sangat indah buat hati ana ini. Seronok. Setiap kali ada yang muncul, hati akan berkata: Waa… rindunya. Bibir tak henti-henti menarik sengih.
"laa.. harlina ke ni.. kecil je orang nyer" T_T
MasyaAllah.
Pengisian renuion kami tak banyak yang formal. Majoritinya informal.
Aktiviti disambung selepas Zohor dengan BBQ. Masak pakai belasah sahaja. Target utamanya adalah ukhuwwah bukannya menjamu juadah. Sambil melayan asap dan api, pelbagai lagi perbualan menarik mengiringi.
Akhirnya, selepas usai BBQ, kami berkumpul untuk sharing. Dan ana diberikan peluang untuk menjadi ‘perkongsi’ yang pertama. Tiada apa ana mampu katakan apabila melihat wajah-wajah sahabiah-sahabiah ana.. Kalau bukan kerana control COMEL, ana mungkin sudah mengalirkan air mata kerana merasakan diri ini terlalu mencintai mereka.
Maka ana lafazkan cinta ana kepada mereka dengan berkata:
“When I say: I Love You, itu maknanya ana nak masuk syurga dengan antunna. InsyaAllah selepas ini kita akan ada banyak lagi reunion. At least masa salah seorang kita buat majlis kahwin, kita berkumpul dan bertemu. Tapi harapnya, reunion kita yang terakhir adalah syurga.”
Hati berat hendak meninggalkan.
Tapi sebab janjinya bertemu di syurga.
Maka ‘tiket’ hendak ke syurga itu perlu ana utamakan juga.
salah seorang sahabat kami yang ada bersama, mengingatkan kami dengan Sabda Rasulullah SAW:
“Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhir, maka berkatalah yang baik sahaja atau diam” Riwayat Bukhari.
Terus perjalanan kami diisi dengan pelbagai program. Bermula dengan ceramah seorang demi seorang. Masing-masing memberikan peringatan walaupun ada juga yang segan-segan. Indah, indah. Bila tiba giliran ana, ana tidak mampu menyatakan yang lain selain ana cintakan mereka.
“Ana ni, hajat nak masuk syurga dengan antunna. Tak mengapa antunna tak sayang ana. Tapi sayanglah diri antunna. Biar nanti kita jumpa di syurga. Maka ana wasiatkan diri ana dengan diri antunna: Usikum bittaqwallah(aku wasiatkan kamu dengan ketaqwaan kepada Allah). Janji, kita takkan biar diri kita masuk neraka!”
MasyaAllah. Tak tahu hendak ana kata apa. Ana sangat cintakan mereka.
Terus jari jemari ana menari di atas telefon bimbit, menulis bait-bait cinta dengan memandang mentari senja.
Dan kemudian ana bersuara:
Mega merah mentari hari,
Kawanan hati di langit tinggi,
Kukarang kata sahabat hati,
Mendekat rapat di sisi Ilahi,
Merah cair remang senja,
Senja ummah belum tiba,
Gerak gerak duhai pemuda,
Sinarkan dunia dengan cahaya,
Nyahkan gelita,
Padamkan kelam,
Buangkan hitam,
Sebarkan cahayamu dan pancar,
Dari diri kita membias pelangi,
Buat rawatan ummah ini.
Dan ini adalah satu janji.
~HARLINA~
03hb April 2012
Bersama sahabat-sahabat tercinta
Puisi MENTARI
Penutup: Usia mungkin tua. Tetapi bukan sesekali ukhuwwah
Makan-makan sambil sempat lagi bercanda sedas dua, selepas habis mereka bangun dan pulang. Berpisah kami dengan pelukan, lagaan pipi penuh kecintaan.
“Jumpa lagi, jumpa lagi”
“Kalau rindu, boleh sms”
“Ramadhan nanti kita kumpul, BBQ”
MasyaAllah. MasyaAllah. MasyaAllah.
Hei, siapa kata ukhuwwahfillah itu kelas rendah?
Boleh menembus syurga tahu. Bahkan sedari dunia lagi jiwa bahagia dengannya. Moga Allah redha dengan sahabiah-sahabiah ana itu. Sahabiah-sahabiah, terima kasih kerana membahagiakan jiwa ini. Ya Allah, terima kasih kerana menghadiahkan mereka dalam kehidupanku. Wahai Rasulullah dan para sahabat, terima kasih kerana memberikan contoh kepada kami dalam mendidik kami berhubungan sesama kami penuh cinta.Moga reunion akhirnya nanti di Syurga.
subhanallah,indahnya kalian berukhuwah...sy pernah mengecapi ini satu ketika dahulu..ada antara kami yg sudah pergi dijemput ilahi pd usia yg amat muda..tp,ingatan dan doa utknya tetap utuh wpun kini sudah berkahwin dan mempunyai anak..
ReplyDeletemaysaAllah bersahabat itu sggh indah dan manis..^__^
ReplyDelete