Bismillahirrahmanirrahim~
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Apa khabar jodohku ? Sihatkah ? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu ? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir di malam hari?
Jujur saya rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya saya tak mahu, atau saya tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi sayang... Kadang – kadang saya berfikir, apa nanti saat subuh tiba kamu akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kamu selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kamu akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau saya berada disamping mu saat ini, mungkin saya akan merawatmu dengan penuh kasih sayang..
Jodohku sabar dan tenanglah..
Saya disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana saya yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini saya berharap kamu baik-baik saja..
Jodohku, saya rindu..
Bilakah kita akan bertemu ? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku…
Adakah kamu juga rindu padaku ? Bagaimana dengan Quran mu ? Sudahkah kamu baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kamu fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Saya sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, saya sedia mendengarnya..
Apa perubahan yang kamu lakukan dari hari ke hari sayang ? semakin baikkah ?
Saya berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kamu selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kamu tersalah jalan sayang..
Jodohku..
nantilah saya, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana saya mencintaimu secara tulus & ikhlas kerana ALLAH
Jodohku..
Bersiaplah kamu untuk mencintaiku secara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala saya salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Saya yakin kamu adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kita kelak.. Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana saya disini masih setia menantimu..
Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…
Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
Saya selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu..
Salam hormatku dan sayangku untukmu….
nota kehidupan 1 : adik, kakak, sahabat yang disayangi sekalian, maaf ya sekiranya kelewatan ku membalas/menjawab segala persoalan yang telah diajukan padaku.. insyaAllah, Harlina akan membalasnya.. bagi Harlina masa ya sayang..
nota kehidupan 2 : kecil betul dunia ini ya.. jumpa "kawan" lama . Harlina doakan moga dia bahagia dengan kehidupannya sekarang ini. insyaAllah ~
No comments:
Post a Comment