November 15, 2011

Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih, Baru Teguh Peribadi


Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi





--> Dengarkan <3






Sungguh. Pertama kali lagu ini kedengaran di telinga saya, ia sebagai satu penyemangat buat saya. Segala ego , manja ! boleh luntur bila saya cuba untuk memahami lirik lagu yang pernah dinyanyikan oleh Allahyarham P.Ramlee dan Allahyarhamah Saloma. 


Saya kira, lagi ini sebagai satu suntikan buat saya. dan sangat sesuai buat suami isteri. Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri.


Walau bagaimana pun, bukan sengketa yang saya harapkan. Saya harapkan dan cuba untuk mencipta kebahagiaan dalam rumahtangga yang bakal dibina nanti. bersama suami yang tersayang. Moga Allah melimpahkan kasih sayang antara Suami Isteri .Saya ingat lagi kuliah yang saya pernah hadiri pada setiap hari ahad. Peringatan buat diriku bahawa kunci kebahagiaan dalam rumahtangga adalah di dalam genggaman si isteri. khair insyallah. 


Itulah impian ku dalam meraih keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat. Moga Allah melimpahkan kasih dan rahmat padaku. biznillah.







Archery Spots Game

Bismillahirrahmanirahim...




Perkongsian saya pada hari ini ialah ingin berkongsi cerita gembira serta pegalaman saya bersama para pembaca. Alhamdulillah. setelah sekian lama, akhirnya berkesempatan juga saya untuk merasai nikmat sukan memanah atau lebih dikenali sebagai Archery Game dalam Bahasa Inggeris. 


Aktiviti memanah dapat membantu individu terutama generasi muda membentuk emosi positif, membina konsentrasi, sabar dan berdisiplin tinggi selain membantu mengatasi rasa ketakutan dan membentuk keyakinan diri.

"Nabi Muhammad SAW pernah bersabda; 'Pelajarilah oleh kamu memanah maka sesungguhnya di antara dua jarak memanah itu (jarak pemanah dan sasarannya) adalah bandingannya seumpama satu taman dari taman-taman Syurga"




Walaupun pulang dengan lenguh dan rasa lebam di bahagian lengan kiri, namun saya tetap rasa gembira. Terasa manisnya dapat menyertai sukan memanah buat pertama kali bersama sahabiah-sahabiah yang saya sayangi. Secara tidak lansung ukhuwah persahabatan antara kami semakin erat antara satu sama lain. Saya berharap, ukhuwah yang dibina berkekalan hingga ke syurga.

Alhamdulillah buat sekali lagi. Walaupun banyak rintangan yang dilalui sepanjang perjalanan untuk ke destinasi, dengan rintangan hujan ais batu, petir kilat , pokok tumbang di jalanan yang membuatkan perjalanan kami tersekat sepanjang perjalanan. 




Allahu Akbar, Allahu Akhbar. Permudahkan perjalanan kami untuk merasai kenikmatan sukan memanah kegemaran Rasulullah, Ya Allah.




Bibir tidak henti-henti beristighfar. Takut. Juga peringatan buat diriku agar sentiasa ingat akan kematian. 


Setelah hampir tiga jam terperangkap dalam hujan, kami meneruskan perjalanan. Moga Allah permudahkan. Dalam pukul 6.00 petang, selamat kami tiba ke destinasi. Disebabkan masa sudah lewat, kami bersepakat untuk tunggu dahulu, menunggu masuk waktu Maghrib dahulu. Supaya kami tidak leka. Kewajipan WAJIB diutamakan dahulu. Selepas sudah sahaja selesai menunaikan solat fardhu maghrib, kami terus ke tempat permainan. 


Suka dan Resah.


Begitulah perasaan saya sepanjang berada di sana. Suka disebabkan kerana berkesempatan untuk bermain aktiviti sukan memanah pertama kali dalam sejarah kehidupan. Resah kerana terlalu merisaui keadaan ayahnda dan bonda ! Allah. Allah. Terbayang bayang wajah mereka berdua. Tidak henti-henti ibu ayah menghubingi dan memberikan pesanan mesej ringkas pada saya bertanyakan saya. merisaukan keadaan saya. 

Ya ! siapa tidak risau anak dara bongsu . lagi-lagi yang tak pernah berenggang dan berjauhan dengan keluarga ini. *sob sob*

Berbalik kepada pengalaman ketika bermain Sukan Memanah, disini saya ingin kongsikan bersama-sama aktiviti saya dan sahabiah-sahabiah sepanjang di sana.

























p/s : Harapan saya semoga saya berpeluang lagi untuk pergi ke sini bermain Sukan Memanah bersama Suami tesayang <3



November 3, 2011

Monolog kekecewaan






Entah kenapa dan mengapa hati ini sering kali merasa kesedihan. Suatu kesedihan tanpa sebab dan alasan. Apakah makna setitis air mata yang mengalir dalam kesedihan itu? Bercakap tentang kesedihan dan air mata, tergerak untuk saya kongsikan tentang makna setitis air mata. 

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan.


"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf ayat 87)


Hujan tanpa henti di luar. Membasahi bumi Tuhan. Deraian air yang turun hasil dari kondensasi dengan udara sejuk di atas menjadi bukti kekuasaan Yang Maha Mencipta.

Membuka facebook sebentar. Rasa nya tidak ingin lagi untuk membukanya. Tiada sesuatu yang menggembirakan. Akan saya deactive fb yang menjadi asbab pencetus saya dalam kesedihan.

Menjengah gelap malam.. 

Tiada satu bintang yang kelihatan. Semuanya larut dalam gelap. Tiada seorang yang menemani. Sendirian dalam gelap itu, Tapi saya yakin dalam kepekatan itu ada yang sentiasa menemani.

Malam ini...

seorang anak manja ini terasa ingin menitiskan air mata. Titisan air mata penenang hati. Terkenang akan saya secebis kehidupan. Teringat akan saya suatu destinasi yang diimpikan.


"Ya ALLAH, tidak ada yang mencegah jika Engkau memberi,,dan tidak ada yg memberi jika Engkau mencegah,,tidak ada yang dapat menolak apa yg Engkau takdirkan".


Saya yakin jalan ini yang ditakdirkan untuk saya. Suatu jalan yang di takdirkan dengan penuh hikmah.Saya di sini adalah atas kehendak Nya. Meskipun tidak pernah dilewati akal untuk saya di sini. Tetapi hanya Dia yg mengetahui apa yg terbaik untuk setiap hamba-Nya.


"Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendak ku dalam setiap bahagian hidupku".


Suatu malam penuh misteri. Mengungkap kesedihan hati. Tidak perlu ditafsir kesedihan itu.

"Ingatlah yang menulis ujian atasmu adalah yang menulis nikmat untukmu"



Ingin saya bersujud di gelap malam ini. Mengungkap semua kesedihan yang bersarang di lubuk hati. Saya perlukan ketabahan hati meneruskan langkah kaki ini. Langkah di tempat yang ditakdirkan. Ingin sekali saya untuk kedepan. Melupakan segenap kisah di belakang. Bergerak di atas takdir yang ditentukan-Nya.


"Dunia ini untuk kegembiraan. Akan tetapi kegembiraan itu di bungkus dengan kesusahan dan derita. Dunia adalah jambatan yg tidak kekal untuk di lalui ke negeri baqa"
(Imam As-Shafie)


Di bumi ini saya berpijak di sini saya berada. Jalan ini ialah jalan saya. Tidak mungkin saya berpaling. Jangan biarkan saya mengeluh.


Lebih setahun dahulu pernah diri ini berkata di sini bukan tempat saya tetapi kini takdir mengatakan  inilah tempat saya dan saya mengetahui bahawa yang di takdirkan itu adalah yang terbaik untuk saya.


Jujur saya katakan, hampir saya berputus asa ketika itu. Seorang anak bongsu yang belum pernah kenal apa itu erti kekecewaan dalam kamus hidupnya telah tersungkur dalam satu perjalanan yang panjang. Ketika itu diri menangis keseorangan tidak berkongsi dengan sesiapa pun hanya pada Illahi hati merintih.


Dalam kesedihan yang seolah-olah tidak berpenghujung itu, saya terbaca satu potongan ayat yang jelas maksudnya 


"Jika kau berasa lelah dan tidak berdaya dengan usaha yg sepertinya sia2, ALLAH tahu betapa keras engkau telah berusaha. Ketika kau menangis sekian lama dan hatimu masih berasa pedih, ALLAH sudah pun menghitung air matamu". 


Dari situ la terlahirnya ketenangan dengan bertemakan keinsafan, kedukaan, kegembiraan, kecelaruan. Perjalananku menyusuri liku kehidupan.


Disini lah tempat saya berbicara dengan hati saya. Mengubat satu kepiluan. Mencari penawar pada hati yang kian lemah. Mencari kembali sinar cahaya dalam satu kegelapan. Cuba keluar dari tempat ia terjatuh. Melupakan yang pahit, menguatkan sanubari dan mencari jawapan kepada satu pencarian. 

"Aku tidak yakin pada diriku sendiri, oleh itu hanya pada Mu lah aku bergantung harap, pada Mu lah aku menyerahkan segala pergantungan"... 



Di sini saya mula kan kembali pencarian mencari diri saya. Mulakan bicara yang masih dalam lingkungan kefahaman manusia tetapi tidak difahami sepenuhnya. Mula mengungkap segala monolog. Mendekatkan diri pada Penguasa Alam.


"Ingin ku bersujud kepada Pencipta ku..sujud yg tidak mahu ku angkat wajahku...ampuni aku atas segala kekhilafan ku..ajari aku menerima takdir Mu,.,,bimbingi hatiku dalam membuat keputusan,,temani aku dalam langkahku...jangan kau biarkan aku tersasar.." 


Tatkala bersendirian, tatkala bermuhasabah, monolog menjadi teman saya. Bukan untuk berfantasi dalam realiti, apatah lagi menyesatkan dalam dimensi. Monolog dalaman itu merupakan kata hati, Monolog itu bicara kalbu, monolog itu pencerita kedukaan, monolog itu pentafsir kegembiraan, monolog itu pengilham keinsafan. Kadang-kadang ia membina, seringkali pula ia merebahkan.

Setiap insan dilahirkan di dunia untuk menjadi khalifah. Walaupun tiada seorang pun yang meminta untuk di lahirkan, tetapi adalah menjadi kewajipan untuk memanjatkan kesyukuran terhadap Illahi atas nikmat kehidupan. Kehidupan saya adalah sebuah cerita. Saya lah yang memainkan watak kepada cerita itu. Saya lah yang menjalani penceritaan itu. Setiap helaan nafas adalah bersandarkan skrip-skrip yang telah tertulis sejak azali. Itulah yang dikatakan ketentuan.

Apakah pengakhiran kepada penceritaan itu? Ianya menjadi rahsia. Apa yang pasti, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itulah yang mengubahnya. Monolog membawa saya berfikir. Telah saya lalui sebahagian penceritaan hidup saya. Akan terus saya lalui perjalanan ini sehingga sampai ke penghujung. Akan saya lalui cebisan masa yang tinggal dengan sesuatu yang lebih bererti. 

Tidak dapat saya nafikan hidup ini penuh ranjau dan durinya. Kadang-kadang pada zahirnya saya bergembira tetapi di hati berkelana. Ada ketika nya di pandangan mereka saya tertawa, tetapi jauh di lubuk hati ada tangisan. Seringkali pula mereka melihat wajah keceriaan menyembunyikan hati tak keruan. Hanya sedikit moment di mana kedukaan di wajah menceritakan kesedihan di hati, keriangan di kalbu didefinasikan dengan senyuman di pipi.

Apapun halangan itu, apapun dugaan itu, walau berliku, walau berduri, terpaksa saya lalui. Tidak mampu untuk saya 'menclick button deny'. Hidup satu perjalanan. Tidak mungkin ianya berpatah. Semoga Allah menjadikan jiwa yang lemah ini sentiasa tabah menempuh ranjau kehidupan di bawah payungan keredhaan-Nya.

Kehidupan suatu perjuangan. Rintangan dan halangan menimbulkan kematangan. Tangis tawa penyeri kehidupan, jatuh bangun adat perjalanan diri yang lemah. Kesalahan harus diakhiri dengan keinsafan. Kebaikan harus sentiasa di istiqamah kan. Rantaian ukhuwah diwujudkan. Bukalah hati untuk sentiasa bersedia mentarbiyyah dan ditarbiyyah.

*menangis*