Perkongsian saya pada hari ini ialah ingin berkongsi cerita gembira serta pegalaman saya bersama para pembaca. Alhamdulillah. setelah sekian lama, akhirnya berkesempatan juga saya untuk merasai nikmat sukan memanah atau lebih dikenali sebagai Archery Game dalam Bahasa Inggeris.
Aktiviti memanah dapat membantu individu terutama generasi muda membentuk emosi positif, membina konsentrasi, sabar dan berdisiplin tinggi selain membantu mengatasi rasa ketakutan dan membentuk keyakinan diri.
"Nabi Muhammad SAW pernah bersabda; 'Pelajarilah oleh kamu memanah maka sesungguhnya di antara dua jarak memanah itu (jarak pemanah dan sasarannya) adalah bandingannya seumpama satu taman dari taman-taman Syurga"
Walaupun pulang dengan lenguh dan rasa lebam di bahagian lengan kiri, namun saya tetap rasa gembira. Terasa manisnya dapat menyertai sukan memanah buat pertama kali bersama sahabiah-sahabiah yang saya sayangi. Secara tidak lansung ukhuwah persahabatan antara kami semakin erat antara satu sama lain. Saya berharap, ukhuwah yang dibina berkekalan hingga ke syurga.
Alhamdulillah buat sekali lagi. Walaupun banyak rintangan yang dilalui sepanjang perjalanan untuk ke destinasi, dengan rintangan hujan ais batu, petir kilat , pokok tumbang di jalanan yang membuatkan perjalanan kami tersekat sepanjang perjalanan.
Allahu Akbar, Allahu Akhbar. Permudahkan perjalanan kami untuk merasai kenikmatan sukan memanah kegemaran Rasulullah, Ya Allah.
Bibir tidak henti-henti beristighfar. Takut. Juga peringatan buat diriku agar sentiasa ingat akan kematian.
Setelah hampir tiga jam terperangkap dalam hujan, kami meneruskan perjalanan. Moga Allah permudahkan. Dalam pukul 6.00 petang, selamat kami tiba ke destinasi. Disebabkan masa sudah lewat, kami bersepakat untuk tunggu dahulu, menunggu masuk waktu Maghrib dahulu. Supaya kami tidak leka. Kewajipan WAJIB diutamakan dahulu. Selepas sudah sahaja selesai menunaikan solat fardhu maghrib, kami terus ke tempat permainan.
Begitulah perasaan saya sepanjang berada di sana. Suka disebabkan kerana berkesempatan untuk bermain aktiviti sukan memanah pertama kali dalam sejarah kehidupan. Resah kerana terlalu merisaui keadaan ayahnda dan bonda ! Allah. Allah. Terbayang bayang wajah mereka berdua. Tidak henti-henti ibu ayah menghubingi dan memberikan pesanan mesej ringkas pada saya bertanyakan saya. merisaukan keadaan saya.
Ya ! siapa tidak risau anak dara bongsu . lagi-lagi yang tak pernah berenggang dan berjauhan dengan keluarga ini. *sob sob*
Berbalik kepada pengalaman ketika bermain Sukan Memanah, disini saya ingin kongsikan bersama-sama aktiviti saya dan sahabiah-sahabiah sepanjang di sana.
p/s : Harapan saya semoga saya berpeluang lagi untuk pergi ke sini bermain Sukan Memanah bersama Suami tesayang <3
No comments:
Post a Comment