February 25, 2012

Kesunyian


Jam sekarang menunjukkan jam 3.00 pagi. Tiba-tiba saya rasa seperti ingin menulis tentang kesunyian pagi ini. 

Baiklah, sunyi, sepi, keseorangan, semuanya membawa maksud yang lebih kurang sama. Ia merupakan satu adunan perasaan yang membuatkan seseorang itu lemah. Bila terasa sepi, mulalah satu persatu kenangan menjengah ke minda. Bila kesunyian, rasa terpinggir dan tersisih.

Kita tidak boleh lari dari rasa sepi dan sunyi. Manusia tidak lengkap tanpa kedua-kedua perasaan itu. Kadangkala kesunyian dan kesepian mengajar kita menjadi lebih tabah. Tidak kurang juga membuatkan jiwa kita parah. Bergantung pada sejauh mana kita mampu mengawalnya.

Bila diterpa sunyi, ada rindu yang berputik. Bila dicengkam sepi, ada resah yang terbit. Natijahnya, kesunyian dan kesepian amat merimaskan. Apabila saya diterpa sunyi, saya akan pergi ke jendela (tingkap bilik) memandang ke arah langit yang terbentang luas, kerinduan saya terubat jua. Ketika sepi bertandang, saya selalu melihat bintang di langit. Perasaan saya akan jadi lega serta-merta.

Bergelumang dengan perasaan sunyi dan sepi benar-benar membuatkan hati gundah. Entahlah, sukar untuk dimengerti mengapa saya berasa sepi dan sunyi. Mungkin saya terlalu merindui suami saya. ye benar, saya terlalu rindukan abang :'(

*mengalir air mata*


Angin bayu membawa diriku
Sepintas lalu ku terkenangkanmu
Memori silam meresap malam
Kenangan bersama tersimpan selamanya

Walaupun kau pergi jauh dari diri ini
Cintaku masih bersemadi di hati
Keyakinan kita kan kembali
Menghidupkan semula janji bara cinta

Kita bersama mengejar mimpi
Terpisah sementara kupasti
Suatu hari nanti
Cinta kita bersemi
Kembali menerangi
Mekar di taman hati

Walaupun jauh pandangan mata
Kuyakin kau kan tetap setia
Begitulah ku jua
Keikhlasan di jiwa
Dan cintaku hanyalah
Untukmu

Saban hari diriku menuggu
Khabar berita darimu di sana
Gerimis senja kembali reda
Kerinduan di jiwa
Kau jadi penawar

Rinduku padamu tak dapat ku terkata
Setiap saat waktu bagai terlalu lama
Bila kita kembali bersama
Hiduplah semula
Janji bara cinta





February 7, 2012

Buat Suamiku Tersayang..


Rasanya baru sebentar tadi saya mencium tangan abang dan baru sebentar tadi abang mengucup dahi ini.

Suami ku.. Isteri abang akan tunggu sampai abang pulang. Isteri abang janji akan setia menanti kepulangan abang. Abang janji kan akan balik..

Kucupan penuh kasih sayang dapat saya rasa di dahi ini.Tangan abang yang lembut membelai wajah saya dengan penuh rasa cinta, saya juga dapat merasakan abang juga begitu berat meninggalkan diri ini, namun demi memperjuangkan agama Allah abang harus pergi.

Air mata saya mengalir. Hati ini berbicara sendirian..

”apa saya bisa merasakan kucupan dan belaian ini lagi ? atau ini adalah kucupan dan belaian yang terakhir dari suami yang saya cintai…?

Ku pandang wajah abang. Inilah suami saya insan yang teramat saya cintai.

Di saat saya amat menginginkan kami sentiasa bersama Allah telah memberikan amanah buat abang untuk berjuang di jalan-Nya. Sebagai seorang isteri, saya akan sentiasa berusaha memahami tanggungjawab seorang suami. Saya akan menjadi penyokong setia buat abang untuk tetap bersemangat berjuang demi agama Allah.

Saya  tidak ingin menjadi penghalang. Saya ingin dengan semangat yang saya berikan suami saya akan bertambah kuat dan di akhirat kelak usrah yang terbina ini akan sama-sama menikmati hikmahnya.

” UJIAN MASA INI YANG TERTIMPA KE ATAS KITA ADALAH CAGARAN BUAT KEBAHAGIAN BUAT MASA AKAN DATANG. INGATLAH WAHAI INSAN KEBAHAGIAAN ITU TIDAK PERCUMA 

Inilah kata-kata yang menyejukkan hati saya..

Ya Allah..
Semoga di sebalik ketentuan mu ini akan ada sinar kebahagiaan buat usrah saya dan suami.
Cinta saya terhadap suami telah bersemi sejak sekian lama. Rasa sayang terhadap abang tidak bisa di gambarkan dengan apa sekali pun di atas muka bumi ini.

Abang..
Berjuanglah dengan sesungguhnya..
Istri abang sentiasa menyokong abang..
Kembalilah nanti dengan kemenangan..

Air mata saya menitis sekali lagi. Suasana kamar yang selama ini penuh dengan senda gurau abang, tawa ceria penuh kasih sayang kini hanya tinggal bayangan yang di kenang. Adakalanya saya lemah tidak mampu rasanya melalui keadaan ini. Malam yang sunyi tanpa ciuman dan dakapan sebelum tidur. Dek kerana terbiasa tidur bersama dengan lena kini malam-malam saya begitu sunyi dan saya tidak dapat tidur.

 Wallahi... berat hati melepaskannya pergi kerana bila kita kasihkan seseorang, pastilah kita kalau boleh mahu sentiasa bersamanya, hanya yang pernah mengalaminya kan memahami rasa rindu itu. Terkadang air mata berguguran apabila rindu menjengah di kalbu. Walaupun berjauhan, suami  sentiasa bertanya khabar dan memberi kata semangat supaya dikuatkan hati. Sampai suatu ketika, saya rinduuuuuuu sangat-sangat kat dia, sebab kebiasaannya waktu saya tension @ stress, dia sentiasa ada disisi, tempat saya mengadu, tenang apabila bersamanya, semangat yang hilang kembali membara selepas mendengar kata-kata hikmah darinya. 

Walaupun hati ini terusik kerana berjauhan dengan suami tercinta, menangis hiba tatkala rindu menjengah, suami saya tak pernah henti memberi semangat.


Bercucuran airmata mendengar kata-kata darinya. Walaupun perginya hanya beberapa bulan, tapi hanya Allah yang Tahu, sehari bagaikan setahun lamanya. Mendengar kata-katanya, sungguh hati ini merasa tenang kerana sedarlah diri ini akan janji-janji Allah. 




Suami Ku..
Syg titip rasa cinta yang mendalam buat diri mu..
Ketahuilah..
Isteri abang akan tunggu abang pulang..
Isteri abang akan tunggu sehingga isteri abang bisa salam dan peluk abang lagi..
SAYANG TUNGGU ABANG KEMBALI..
KERANA..
SAYA MERINDUI MU,SUAMI KU..

Teringat suatu kisah pada zaman Rasulullah SAW.

Al- Bazzar dan At Thabrani meriwayatkan bahwa seorang wanita pernah datang kepada Rasullullah SAW lalu berkata :
Aku adalah utusan para wanita kepada engkau untuk menanyakan : Jihad ini telah diwajibkan Allah kepada kaum lelaki, Jika memang mereka diberi pahala dan jika terbunuh mereka tetap diberi rezeki oleh Rabb mereka, tetapi kami kaum wanita yang membantu mereka , pahala apa yang kami dapatkan? 

Nabi SAW menjawab :” Sampaikan kepada wanita yang engkau jumpai bahwa taat kepada suami dan mengakui haknya itu adalah sama dengan pahala jihad di jalan Allah, tetapi sedikit sekali di antara kamu yang melakukanya."

Ya Allah, rupa-rupanya Allah sedang mengujiku dan mungkin juga mahu mengurniakanku pahala jika redha dengan pemergian suamiku untuk menuntut ilmu. Syukurlah, sewaktu hati rasa rindu, tetapi bila teringatkan janji Allah dan ganjaran pahala untuk setiap yang sabar dengan ujian, hati ini kembali tenang. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi, walaupun pada mulanya kita tidak suka, benarlah kata-kata Allah Yang Maha Suci. Allah SWT telah mengingatkan kita agar tidak membenci atau menyukai sesuatu padahal kita tidak tahu rahsia di sebalik sesuatu, dalam Surah Al Baqoroh ayat 216  

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”

Semoga di penghujung penantian ini Allah kurniakan kemanisan sebuah pertemuan. 
Berterima kasihlah kerana jika tidak kerana perpisahan, kita tidak akan merasai manisnya sebuah pertemuan. Jangan pernah ingin bertemu jika takut untuk berpisah, kerana setiap pertemuan itu pasti akan merasai perpisahan.

Terima kasih Ya Allah atas ujian yang Engkau berikan kerana ia mengajarku erti ketabahan. Dan daku masih menghitung waktu menanti kepulangan suami tercinta.. Oh angin, sampaikan salam rinduku padanya, katakan padanya aku terlalu rindu padanya, rindu akan senyum dan gelak tawanya, rindu akan kata-kata hikmah darinya, doaku agar dia baik-baik sahaja.
Abang, isterimu kan terus setia menanti kepulanganmu dengan penuh sabar