August 27, 2011

Majlis Pertunanganku

Bismillahirahmanirahim..


Setelah sekian lama meninggalkan "PONDOK HATI" ini. dah bersawang ler nampaknya.
makanya, kena QADA' kan semula segala penulisan, pengalaman, luahan hati, serta memori terindah yang telah saya lalui sepanjang berkurun lama nya tidak dikongsikan bersama.

Alhamdulillah. hari ini sudah masuk 57 hari saya "diikat" menjadi tunangan si dia. Tarikh pertunangan kami di adakan pada 24 Julai 2011 yang lalu. Majlis pertunangan di hadiri oleh saudara mara dan jiran-jiran yang terdekat. Tidak lupa juga kepada sahabiah saya yang sentiasa menemani iaitu Azleena (Ina), Hurul Ain (Ain) dan Farhana (Nana). Alfun syukran kepada semua yang membantu dalam menjayakan majlis yang mudah dan ringkas. Alhamdulillah.

Syukur Ya Allah.
Kerana memudahkan majlis pertunangan kami. Moga majlis itu dipenuhi dengan keberkatan Illahi.

Antara perbincangan yang diadakan oleh kedua belah pihak lelaki dan perempuan ialah TARIKH PERNIKAHAN, JUMLAH WANG HANTARAN serta MAS KAHWIN. insyallah. semuanya telah dibincangkan serta disepakati oleh keluarga belah pihak.

buat pesanan untuk si dia :
Moga kita sama-sama tabah dalam menempuh segala liku-liku serta dugaan sepanjang tempoh pertunangan kita . Semoga hubungan ini diakhiri dengan sebuah pernikahan suatu hari ini. Khair insyallah.
JAGA DIRI, JAGA IMAN, JAGA PANDANGAN ya :)








3 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Alhamdulillah segalanya dlm takdir kekuasaan Allah SWT. Selamat Menempuh Alam Pertunangan. Siapa pun calon pilihan bukanlah menjadi persoalan besar namun jangan lupa, asas perkahwinan dlm Islam adalah kedua2nya mesti menegakkan hukum (hudud) Allah. Surah AlBaqarah:230 أَن يَتَرَاجَعَا إِن ظَنَّا أَن يُقِيمَا حُدُودَ اللَّـهِ ۗSekiranya kedua2nya ingin berkahwin, sesungguhnya `beratsangka` Kami bahawa kedua2nya dapat menegakkan hukum Allah`.
    Dari segi usul AlFiqh, w/pun ayat ini mengenai perkahwinan kali kedua tetapi itulah `istidlal` yang menjadi dalil mengenai penetapan (istinbat) perkahwinan oleh para Imam Mazhab. Sekiranya mampu kedua2nya terus menghidupkan dibawah petunjuk AlQuran, Alhamdulillah teruskanlah. Jika tidak, itulah yang menjadi masalah diakhirat kelak seperti yang dijelaskan dlm Surah Al`Araaf:172-173 أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ ﴿١٧٢﴾ أَوْ تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَكَ آبَاؤُنَا مِن قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِّن بَعْدِهِمْ ۖ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ Wallahualam

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam wbt.

    Khair insyallah. Syukran kathir

    ReplyDelete