" Dengar cerita 'orang itu' dah nak kahwin. Betul ke ? Nanti jangan lupa jemput kami ya ! "
" Err, khair insyallah. Antunna semua memang di jemput ke majlis perkahwinan ana bulan hadapan. Insyallah nanti ana akan beri kad pada antunna semua "
Situasi 2 :
" Linaaaaaa... lama akak tak jumpa lina. Susah betul akak nak jumpa lina tau " kata seorang kakak senior seuniversiti sambil menarik tanganku duduk di bangku yang terdapat di situ.
" Itu lah akak, kenapa lama menyepi lansung tak contact orang di sini "
" Tahniah lina. Akak tumpang gembira dengan perkahwinan lina. Agak doakan semoga dipermudahkan. Nanti jangan lupa jemput akak ya !"
" Amiin Ya Allah. Terima Kasih akak. Insyallah akak akan dijemput nanti. Jangan lupa datang ya !"
Situasi 3 :
" Harlina, mabruk mabruk ! Bertuah enti. Doakan ana ketemu jodoh awal macam enti juga ya. Nanti jangan lupa jemput ana tau ! "
" Syukran Jiddan ukhty, insyallah enti dijemput ke majlis anan tidak lama lagi "
Saya mula terfikir. Dimanakah bertuah nya saya sehingga mereka mula mempersoalkan "bertuahnya enti".
Ya. Alhamdulillah. Saya mengaminkan doa kalian. Saya sungguh bertuah dan bersyukur kerana di beri nikmat untuk berkahwin di usia yang muda di mana peluang saya untuk mendapat extra pahala apabila digelar ISTERI nanti. Berkhidmat untuk suami tercinta, berkhidmat sebagai seorang ibu kepada anak-anak nanti, berkhidmat sebagai menantu pertama dalam keluarga bakal suami nanti. Bertuahnya saya berkahwin ketika diri ini digelar pelajar kerana perlu untuk meguruskan masa dengan sebaiknya. Masa sebagai seorang isteri dan pelajar.
Alangkah manisnya jika bertuah itu dicampurkan apabila saya berjaya menjadi isteri solahah. Apabila di mana saya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ISTERI dengan baik sekali. Allah Allah. Itu yang saya takutkan dalam kehidupan ini. Takut menjadi seorang isteri yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Tidak dapat memuaskan kehendak suami. Allah. Saya berdoa dan terus berdoa supaya Allah membantu saya demi mencapai cita-cita saya untuk menjadi isteri yang solehah buat suami.
Situasi 4 :
" Harlina, nanti jangan lupa jemput ke majlis perkahwinan kamu ya ! em, boleh saya bertanya sesuatu mengenai soal rezeki kamu nanti ? yela, kamu dan suami kan masing-masing sedang belajar. Ada ke pendapatan ? "
Terkedu saya apabila soal rezeki ketetapan Allah manusia mula mempersoalkan.
"Bila sudah ada rezeki tetap , baru lah senang nak buat apa-apa Harlina", tambah nya lagi.
" Ukhty, rezeki itu kan soal Allah, tidak perlu rasanya kita nak pertikaikan".
"Insya-Allah, makin banyak Taqwa kita makin banyak rezeki yang Allah akan curahkan pada saya dan suami , ukhty, tambah saya lagi.
"Banyak atau sedikit itu Urusan DIA Ukhty, bukan urusan dia (kerajaan)". sambil menunjukkan jari 1.
"And for every nation is a [specified] term. So when their time has come, they will not remain behind an hour, nor will they precede" [it].
Percayalah, jika rezeki itu milik kita pasti akan datang jua pada kita. Lambat atau cepat itu persoalan kedua
Saya hanya mampu mengukir senyuman. Yang pastinya rezeki itu semuanya dari DIA bukan dari dia. Jangan gusar.
And there is no creature on earth but that upon Allah is its provision, and He knows its place of dwelling and place of storage. All is in a clear register. - Surah Al-Hud (Ayat 6)
Ingin saya kongsikan ulasan oleh:
Syeikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan -hafizahullah-, Anggota Lajnah Tetap Utk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi.
أما أن يقال : الزواج المبكر يشغل عن التحصيل العلمي وعن الدراسة ؛ فليس هذا بمسلم ، بل الصحيح العكس ، لأنه ما دام أن الزواج تحصل به المزايا
التي ذكرناها ومنها السكون والطمأنينة ، وراحة الضمير وقرة العين فهذا مما يساعد الطالب على التحصيل ، لأنه إذا ارتاح ضميره وصفا فكره من القلق فهذا يساعده على التحصيل ، أما عدم الزواج فإنه في الحقيقة هو الذي يحول بينه وبين ما يريد من التحصيل العلمي ، لأن مشوش الفكر مضطرب الضمير لا يتمكن من التحصيل العلمي ، لكن إذا تزوج وهدأ باله وارتاحت نفسه وحصل على بيت يأوي إليه وزوجة تؤنسه وتساعده ، فإن ذلك مما يساعده على التحصيل ، فالزواج المبكر إذا يسر الله وصار هذا الزواج مناسبًا ، فإن هذا مما يسهل على الطالب السير في التحصيل العلمي ، لا كما تصور أنه يعوقه .
Maksudnya:
"Adapun jika dikatakan: Perkahwinan awal akan menyibukkan (pelajar) daripada menghasilkan ilmu dan belajar; (pernyataan) ini TIDAK boleh diterima bahkan yang sebetulnya adalah SEBALIKNYA, kerana selama mana perkahwinan itu akan memberikan kelebihan-kelebihan yang kami sebutkan di antaranya ketenangan dan ketenteraman, kestabilan jiwa dan pencerahan mata, maka ini antara perkara yang dapat membantu pelajar untuk mendapat ilmu kerana jika jiwanya stabil, fikirannya bersih daripada kerunsingan maka ini membantunya mendapat ilmu, adapun jika tidak berkahwin maka inilah sebenarnya menghalang dia dengan apa yang dia kehendaki daripada mendapat ilmu kerana dia berada dalam keadaan fikiran yang terganggu, jiwa tidak stabil, tidak berupaya untuk menuntut ilmu, tetapi jika dia berkahwin dan tenang fikirannya, stabil jiwanya, mendapat rumah yang boleh dia berlindung dalamnya,dan mempunyai isteri yang melunakkannya dan membantunya maka ini membantunya memperoleh ilmu, maka perkahwinan awal jika dimudahkan Allah dan menjadi perkahwinan yang sesuai maka ini antara perkara yang memudahkan seorang pelajar menuju ke arah memperoleh ilmu bukan seperti mana yang digambarkan bahawa perkahwinan menghalangnya".
No comments:
Post a Comment