*nangis semahu-mahunya*
Nak tahu kenapa ? Saya stress dengan kulit saya. saya tension dengan kulit saya. Saya sedih dengan kulit saya. *sambil beristighfar panjang*. Lihat ? Betapa tidak bersyukurnya saya . Seringkali saya sedih dengan sikap saya. Saya perlu belajar lebih tentang erti syukur. Harlina, seharusnya kamu bersyukur. Allah masih kurniakan kamu kesihatan yang sempurna. Sihat tubuh badan. Sungguh Cantik dan Halus ciptaanya buat kamu.
Habistu, kenapa mesti kamu mengeluh ??
jawapan ringkas : sebab KAMU TIDAK BERSYUKUR !
Ya Allah. Allahu Allah. Ampunilah aku ya Allah. Jadikan lah aku hamba yang sentiasa mengucapkan syukur terhadap nikmat yang Engkau anugerahkan padaku.
Harlina, cuba kamu lihat di sana. Mereka diluar sana berebut-rebut mahukan kulit cerah seperti kamu. Tidakkah kamu perlu bersyukur sebab kamu dianugerahkan apa yang orang lain harapkan. Cuba kamu lihat lagi, mereka di luar sana berebut mahukan kulit yang halus. Tetapi nikmat itu dianugerahkan kepada kamu. Kenapa kamu masih mahu merungut ? Hanya ujian kecil yang Allah berikan pada kamu dengan ujian "kulit sensitif" kamu sudah merungut , menangis, tension dan sebagainya . Kamu jangan nak MANJA sangat lah wahai Harlina !
Saya benar-benar kecewa dengan sikap diri ini.
Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya yang ditanyakan pertama kali kepada hamba di hari kiamat - maksudnya tentang nikmat - adalah dikatakan, 'Bukankah Aku telah menyihatkan tubuhmu dan menyegarkanmu dengan air yang dingin." (Hadis riwayat Tirmizi)
Mereka yang menghargai kesihatan sentiasa ingat dan mengucap syukur kepada Allah. Nikmat sihat yang Allah kurniakan kepadanya itu tambah menguatkan lagi perasaan cinta dan takwa terhadap Allah. Nabi Muhammad mengerjakan solat tahajud di waktu malam bagi melahirkan rasa syukur kepada Allah.
Apabila ditanya Aisyah r.a. kepada baginda kenapa melakukan perbuatan itu padahal Allah telah mengampuni dosa baginda yang telah lalu dan akan datang, maka jawab baginda:
"Tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur?"
Wahai Harlina, wahai diri ini, wahai daie, wahai wanita, "Tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur?"
Harlina Binti Mohd Nor..
Laksana tidak semudah bicara, hakikat hati cukup payah untuk mengubah diri walaupun tekad beribu kali.Jelitawan mengungkapkan kecantikan adalah satu anugerah, namun ramai yang tidak menyedari bahawa kecantikan adalah musibah di sebalik anugerah.Berapa ramai wanita yang akhlaknya seindah rupa?berapa ramai wanita yang hatinya selembut bicara?nisbahnya hanya seorang daripada seribu sahaja.Yang gelap ingin menjadi cerah, yang gemuk ingin menjadi ramping, pendek kata, kecantikan adalah misi dalam mengejar visi kesempurnaan hidup.
Andaikata pembaca adalah wanita, anda mahu atau tidak memiliki wajah cantik?, mungkin ada menjawab "cukuplah dengan apa yang Allah kurniakan".Ya,tapi, andaikata semua lelaki mahukan teman hidupnya wanita cantik, apakah ada sanggup hidup keseorangan?anda perlu terima kenyataan, bahawa lelaki akan rebah cintanya bilamana rupa tidak seindah hati.
Sabda Nabi s.a.w : Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras dan harta kamu, tetapi ia melihat hati dan amalan kamu"(HR Muslim)
Dalam hadis ini diperbandingkan antara kecantikan rupa paras dan kecantikan hati, antara kekayaan harta dan kekayaan amalan.Kenapa Nabi s.a.w membandingkan kecantikan rupa paras dengan hati, kenapa tidak dikatakan pangkat dan sebagainya, kerana fitrah alam kecantikan adalah tumpuan manusia.Tidak ada manusia yang tidak mahu berwajah cantik.Manusia yang cantik tidak semestinya berusaha untuk mendapat pangkat yang tinggi, tetapi manusia yang berpangkat tinggi akan berusaha untuk berwajah seayu bidadari.Ini menunjukkan kecantikan lebih diutamankan daripada jawatan.Renungi, betapa ramai gadis jelita yang musnah dalam kehidupannya, kerana mereka tidak punyai cita-cita, hanyut dibawa arus cinta dengan jejaka yang tidak seberapa.
Umpama semut, semut yang bersayap lebih cantik daripada semut yang tidak bersayap, semut yang tidak bersayap hanya mampu bersiar-siar di atas lantai simen yang disinari cahaya lampu.Sebaliknya semut yang bersayap akan terbang dan mengelilingi cahaya lampu, kerana sedikit kelebihan yang diberi tuhan ia terbang keriangan tanpa memikirkan bahawa kelebihan itu kadangkala musibah, akhirnya badan yang cantik dengan sayap nan indah terhinggap di mentol lampu akhirya ia mati kepanasan.Begitulah perumpaan wanita yang cantik dengan yang biasa, kecantikan menyebabkan anda akan dicari manusia dan mungkin di persinggahan itu anda rebah dan musnah segala-galanya.Seandainya anda diberikan wajah yang cantik, binalah hati secantik wajah agar Allah kurniakan teman hidup yang berhati jernih.
Sesungguhnya Allah akan menyatukan wanita yang baik untuk lelaki yang baik,dan wanita yang buruk untuk lelaki yang buruk.Bukanlah baik buruk persamaan pasangan dinilai pada wajah, tapi ianya pada hati lelaki dan wanita itu.Pandanglah sekeliling, anda akan dapati sepasang kekasih bagai ratu dengan pengemis, kecantikan pada pasangan wanita jauh lebih cantik daripada pasangan lelaki, namun itulah hakikatnya bahawa sekufu itu adalah pada hati bukanlah pada wajah.Wanita solehah pada padangan lelaki soleh adalah cukup berharga, walau wajah tidak semanis jiwa.Wanita yang menghiasi dunia dengan kesolehannya adalah penghuni syurga, dan wanita yang menghias dirinya dengan dunia adalah penghuni neraka.
Kerana itulah saya mengatakan kecantikan itu musibah, kecuali bagi insan yang mengerti bahawa anugerah itu ujian padanya lantas membalaskan kesyukuran kepada sang pencipta dengan sebenar-benarnya.Syukur pula tidak dengan kata-kata, tapi dibuktikan dengan mendekatkan diri pada Allah, memelihara anugerah yang dikurniakan sehingga tiada siapa yang mengetahuinya, apatah lagi untuk dilihat sang lelaki walaupun seinci dari auratnya.
Sabda Rasulullah s.a.w "Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik -baik perhiasan adalah wanita solehah".(HR Muslim).
salam alaik adik harlina..
ReplyDeleteadik da skit kulit ke..la tahzan :)
skit akk lae xda ubt hnya ble dikaawal :)
syg adik