August 24, 2012

Cinta Yang Tersembunyi


SUAMI

“Abang cuba usahakan ya,”

Kamarul terus memandu kereta demi mencari bekalan makanan buat isterinya sepanjang ketiadaannya di Madinah nanti. Dahinya berkerut memikirkan permintaan isterinya. Dia tahu, isteri memerlukan bekalan makanan tersebut. 

" Syg nak anggur ya ? "

Saya mengangguk

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memberhentikan keretanya, dan terus keluar beli sekotak anggur buat isteri yang tersayang

Namun, hatinya belum pudar dari rasa bimbang, memikirkan keadaan isterinya yang akan bersendirian tinggal di rumah selama seminggu kerana di akan pulang ke Malaysia menziarahi Mak Abah dan Ibu Ayah. Dia memujuk hatinya, sekurang-kurangnya dia yakin mampu untuk menyediakan bekalan makanan buat isterinya selama seminggu.

Kamarul mulai pulang lewat ke rumah demi menguruskan bekalan minuman buat isterinya. Padanya, apalah sangat titik peluh yang dikorbankan untuk isterinya berbanding rasa cinta yang harus dibayar. 

CINTA YANG TERSEMBUNYI

Orang yang mencintai kamu pasti ada cara tersendiri bagaimana dia menyatakan rasa cinta dan kasihnya kepada kamu. Barangkali dia tidak berkemampuan, tetapi dia aka cuba sedaya upaya untuk mengadakan sesuatu untuk kamu. Sekiranya makanan di dapur sudah kehabisan, dia mungkin tidak mampu untuk memberi wang untuk membeli makanan di kedai tetapi mungkin dia akan meninggalkan sedikit makanan di dalam peti ais sebagai alas perut kamu. Dalam erti kata lain, dia tidak akan membiarkan kamu lapar pada hari itu.

Ya, orang yang mencintai kamu akan lakukan apa saja demi kamu walaupun kamu tidak nampak akan nilainya.

Sekiranya kereta kamu rosak di tengah jalan, dia mungkin tiada wang untuk mengupah mekanik membaiki kereta kamu tetapi dia mungkin akan memanggil kenalannya untuk menolak kereta kamu ke tepi jalan, menumpangkan kamu ke tempat kerja sehinggalah dia dapat fikirkan bagaimana dia dapat membaiki kereta kamu.

Jika kamu tidak mampu melakukan sesuatu, mungkin orang yang mencintai kamu tidak mampu untuk menyelesaikan pertolongannya kepada kamu secara menyeluruh, sekurang-kurangnya dia membantu sedaya-upayanya untuk melihat kamu tersenyum. Menyara orang yang dicintai dan disayangi dengan cara memberi sesuatu atau mengeluarkan peluh dan tenaga adalah sebahagian cara dia membuktikan sebuah rasa yang dipanggil cinta, mungkin dia tidak melafazkan ‘Aku mencintai-mu’ atau ‘I love you’ tetapi tindakannya sudah memadai untuk menyatakan seluruh hasratnya itu kepadamu.

Jika dia benar-benar mencintai kamu, dia sentiasa mengambil berat akan dirimu sekalipun dirinya tidak mampu.

Mungkin seorang ibu tidak mampu menyediakan makanan yang lazat untuk anak-anaknya, tetapi atas rasa cintanya, dia takkan membiarkan anak-anaknya lapar dan sakit.

Barangkali kekasih hatimu tidak mampu untuk menunaikan kehendakmu, tetapi dia akan berusaha dan segera memuaskan hatimu dengan jalan yang lain yang dia mampu, apa yang dia inginkan daripadamu adalah melihat kamu tersenyum. Penat lelahnya agar terbayar dengan senyuman atau ucapan terima kasih.

Begitulah cinta, adakala ia terlindung dibalik sepinggan nasi dan lauk, adakala ia terlindung dibalik setitis peluh dan keringat, adakala ia terlindung dibalik air mata yang gugur. Sekalipun lafaz cinta tidak pernah diungkapkan, tetapi nilai cinta tetap ada.

Orang yang mencintai kamu mungkin tidak tahu mengapa dia mencintai dirimu, tetapi pengorbanan yang dibuktikan cukup untuk menyatakan rasa cinta itu kepadamu. Barangkali kamu tidak perasan dan menyedari curahan kasih dan cinta itu, kerana cinta itu terlindung dibalik pengorbanan.

Hargailah orang yang mencintai kamu sebelum mereka hilang untuk mencurahkan cinta!

--------------------------------------------------------

" Abg pergi dulu ya. Syg jaga diri baik-baik. Bekalan makanan dan minuman semua abg dah sediakan buat syg. Abg cintakan syg selamanya "

Tanpa berkata apa-apa, mencurah air mata ku berjujuran. Tak sanggup lagi untuk berpisah dengan abg. Setengah hari pun, aku gelisah, inikan pula seminggu !

Aku mengenggam erat tangan abg. Tak sanggup hendak dilepaskannya. Tetapi, abg harus pergi. Tanggungjawab abg bukan hanya pada ku sahaja. Tapi, juga pada Mak Abah serta keluarga nya di Malaysia. Sebagai isteri, aku harus kuat.
Kata abg, "Syg kuat !"

Khair insyallah.

Aku memohon, semoga Allah melindungi dan merahmati abg.. Selamat perjalanan pergi dan balik abg.

Sungguh, Allah sebaik-baik pelindung. 

No comments:

Post a Comment