August 27, 2011

Sakit Itu Kafarah Dosa



Sakit itu kifarah dosa buat hambanya.

Ada mesej yang ingin disampaikan melalui sakit itu.

Sakit itu akan mengajar erti kesihatan.

Sakit akan menyebabkan kita menghargai nikmat kesihatan.

Sakit mengajar kita supaya bersifat qanaah.

Sakit menginsafkan kita sebagai seorang hamba Allah.

Moga terus tabah menghadapinya....



Sakit apa pun yang saya lalui biarlah antara saya dengan Allah yang mengetahui. Apa yang sentiasa diharapkan ialah DOA-DOA kalian. Alfun syukran kepada mereka yang mendoakan kesihatan saya.
Buat keluarga yang bersusah payah untuk mencari penawar untuk mengubati sakit yang saya lalui tempoh hari.
Buat Ina, terima kasih kerana menemani saya ketika saya sakit. sanggup bermalam di rumah kerana risaukan kesihatan saya. Buat Awak, terima kasih kerana sentiasa memberi semangat buat diri ini di saat jasad mula rebah. berkali2 diri ini rebah, tetapi ku gagahkan semula.
insyallah. Harlina kena kuat kan \^o^/

*sigh* 1 minggu tidak hadir ke kuliah dan kelas.
.................................
Antara PENAWAR nya ialah :
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-











~ PULLMAN PUTRAJAYA LAKESIDE ~
30 JULAI 2011
nak pergi lagi tau ! :)

Terima kaseh teman, kerna mengingatkan. Terima kaseh Allah, atas ujian penguji kesabaran jua sebagai kifarah dosaku.


" Ya Allah! Aku ini hambaMu yang kerdil dan lemah. Sungguh terkadang aku lupa dan merintih, merungut dan mengeluh dengan ujianMu. Sedangkan ujianMu itu tanda kasih sayangMu terhadapku. Aku risau andai keluhan kesahku, rungutan dan rintihanku mengundang murkaMu.Aku takut andai keluhan kesahku, rungutan dan rintihanku membawa aku jauh dariMu, ya Allah! Lalu, dengan RahmatMu kupohon keberkatan insan-insan bernama teman dan sahabat sebagai penyeri hidupku dan pengingat aku kepadaMu di kala aku lupa."



1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt
    Hidup ini mesti kena banyak bersabar menerima musibah dan mehnah hidup manusia. Gangguan2 ini hanyalah bersifat sementara jika kita terus bersabar sebagaimana para Rasul pernah menghadapinya. Surah Alahqaf:35 فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُولُو الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِل لَّهُمْ ۚMaka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu).
    Sabar banyak2 dan teruskan mentyadabbur AlQuran. InsyaAllah.

    ReplyDelete