September 28, 2011

Cinta Sehujung Kuku




Pada suatu masa, tinggal sepasang suami isteri yang saling menyayangi
Pada suatu hari, si isteri membuat satu permintaan kepada suaminya untuk hidup tanpa dirinya. Dia meminta kepada suaminya untuk tidak menghubungi dia langsung  selama sehari..
Si isteri berkata kepada suaminya, “Bila abang dapat melepasi syarat  itu, saya akan mencintai abang selamanya”. 
Si suami bersetuju. Seharian dia tidak sms dan menelefon isterinya tanpa dia mengetahui bahawa isterinya hanya memiliki 24 jam untuk hidup, kerana si isteri terkena kanser..
Keesokan harinya si suami itu pulang ke rumah.
Air matanya menitis  melihat isterinya sudah terbaring dengan surat di tangan yang bertulis“Kamu berjaya sayang, bolehkah kamu lakukan perkara itu setiap hari..? Saya mencintai kamu selamanya..”
Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….

September 23, 2011

Sumthing bad was happened =(





Bismillahirahmanirahim...


Im not in a good mood actually guys. every single things i did seems like wrong and not going smooth at all. *sigh*




--------------------------------------------------------------------------------------




Peristiwa ketika hendak menjawab soalan EXAM-Statistic






Pengawas : You must open the niqab in this hall during the exam conducted 
Saya : I've opened the hall door just in time review the student dress 
Pengawas : I know, but you must also open this niqab 
Saya : NoI do not want 
Pengawas : if you do not want to, I will not go away from the table and you are not allowed to answer the exam  
Saya : But ............   
Pengawas : All the friends you have already opened the niqab, and they hear me but you do not


Me: hopeless is my least worry...
today i feel sorrow and pain in my veins
today i felt death
it came by me earlier
it spoke 2 me
it left me
its gone
i can even make a new layer of sorrow and pain
and still it wont be over
becuz thats me
thats my lifestyle
is the life i bringggg
it wont get better
because then that means im doing something right
and i can never do anything right
everything makes me feel numb
:(



Nukilan untuk kakak pengawas yang PAKSA saya buka Niqob. semoga kakak baca ye ! 


My name’s Harlina . I’m 19 years old. I was wearing hijab since child ….which I can not remember one. I wear because I believed that my Creator wants from me and I also believed that it benefits to myself.  By covering my face, I’m honoring myself. I’m presenting myself to the world. As a some of my character, as a some of my personality, my contribution towards society. And it is a little bit that I’m doing to enable me to go through path of spiritual discovery. And it’s something that I feel glad and happy. I feel so wonderful to having done it. And it just spiritual choice…  It just…example for the fact that I’m hornor muslim women, who has her own opinion. She has her own voice. I have my own personality, I have my character, I have everything that wonderful about me. The way I contribute towards society.And.. my beauty is wonderful part of me as well. But I don’t feel that I have to display to all over the world.   You know, muslim women who choose to dress this way, do that because they feel…you know, covering this way…first of all because they believed that God said to them. They believed that God knows better for them than they know. 



If you open your eyes a bit wider, you will realise how deep is God's love towards you.

 I Jazak Allahu koll Khair - May Allah reward you abundantly you for your concern… if anybody concern it. But I fine



Kehidupan : Mengalir air mata ketika menaip luahan hati ini. Terkenang peristiwa tadi dan terngiang-ngiang suara akak pengawas ='(


Dari jenismu Sendiri



Selamat pengantin baru HARLINA & XXXXXXX =)




kringg kringgg...
lina : Assalamualaikum
jannah : Waalaikumsalam. barakallah Lina 
lina : *err ? ana masih terkedu apa maksudnya* 
jannah : macam mana persiapan diri ? dah bersedia untuk jadi ISTERI ? 
lina : *senyap. masih terperanjat* 
jannah : Semoga Harlina menjadi ISTERI SOLEHAH buat SUAMI. Penyeri buat suami. Sejuk mata memandang untuk Suami. insyallah walimah Lina, saya datang. insyallah  
lina : Baik.


Terima Kasih yang mampu ku ucapkan. masih terkedu dan terperanjat. huhu. biasa lah. tiba-tiba orang call ucap SELAMAT PENGATIN BARU. 


erk ! adeh. belum apa-apa lagi dah ada sahabiah yang dari jauh hubungi malam semalam.
terkedu dengan ucapannya pada diri ini yang terlalu awal rasanya.  


*sigh* rasa dah besar. yeayyyyy ! Ibuuuu Ayahhh.. Lina dah besar dah boleh tawen \^o^/



Final EXAM

Bismillahirahmanirahim...




tak sabar nak "MERDEKA" 
*sigh* cuti SEMESTER kena persiapkan diri dan persiapan untuk WALIMAH tidak lama lagi. 
Moga dipermudahkan urusan. biznillah 



Kalau rindu, boleh lah baca older post. =) Take care of yourself and take care of your iman too~



Jom Jadi CANTIK ^^


Bismillahirahmanirahim.. 

Semua manusia sukakan kecantikan, and itu tidak menjadi satu kesalahan pun. Hatta Tuhan yang kita sembah itu juga sangat cantik, kamil (sempurna), jamal (cantik), jalal (agung) merupakan sifat Allah. 


Allah juga cintakan keindahan, then thats why lah Islam yang Allah telah turunkan kepada kita juga saaangat indah. Jika ada orang mengatakan Islam itu tidak indah, bukan Islam itu yang tidak indah, sebenarnya jiwa orang itu yang tidak indah. Macam kelawar yang tak dapat melihat pada siang hari, bukan kerana siang itu gelap namun mata kelawar yang tidak mampu menatap terangnya siang. see? or macam matahari yang kita tak mampu lihat dengan mata kasar because of terlalu terang. 



Begitu jugalah dengan Allah, pencipta kita, tidak dapat dilihat kerana terlalu indah. =) Lihat saja ciptaan Allah dekat atas muka bumi ini, subhanallah, super indah bukan? 





i still remember, corak ni saya lukis merujuk kepada cawan saya dekat rumah ;)









Kalau bertanya persepsi cantik dekat semua orang, I believe they have different opinion. Sebagai seorang muslim, kita perlu mengukur kecantikan itu pada akhlak, ini lebih original. Kalau kata kita kecantikan terletak pada wajah, lama-lama berkedut juga, maka itu bukanlah kecantikan yang abadi lagi sejati.  Jangan sampai menyalahgunakan kecantikan ya wahai para muslimah, nasihat kepada diri saya terutamanya. Jom jadi cantik dan berakhlak, macam wanita pada zaman Rasulullah, ummahatul mukminin Siti Aisyah, Atikah binti Zaid dan ramai lagi. =)


So, macam mana nak dapatkan kecantikan yang sejati? Kecantikan bermula dari dalam ke luar and bukan sebaliknya. First, tanamkan iman yang sebenar-benarnya kemudian amalkan dan dibuktikan dengan perbuatan dan tingkahlaku yang baik. Apabila iman ditanam, syariat ditegakkan maka berbuahlah akhlak yang mulia. 



Anda tidak boleh mengubah wajah anda namun anda boleh mengubah kelakuan anda. dari buruk kepada baik, dari baik kepada yang leeebih baik. Harta, darjat, rupa dan agama (akhlak) merupakan 4 pandangan manusia dalam mencintai wanita. Tetapi Rasulullah s.a.w bersabda, pilih yang baik agamanya.




Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya -Bapak Hamka-



Eid Fitr


bismillahirahmanirahim....


MAJLIS JAMUAN HARI RAYA BERSAMA SAHABIAH TERSAYANG di TERATAK TICHER INA


















Moga Ukhuwah Fillah berkekalan hingga ke Syurga. Khair insyallah :)



September 17, 2011

Kerana Awak Saya Menangis

Ya Allah. ,

Berikanlah diri ini ketabahan dan kekuatan ='((((



crying without stop ='(((

sepanjang kewujudan ku di dunia ini, tidak pernah hati terluka seperti ini. Tiada daya dan kekuatan ku melainkan dengan bantuan mu Ya Allah.... 


* segera berwudhu', solat sunat 2 rakaat, istighfar, dengar ayat al-quran sehingga ketenangan dan tangisan dijiwa sudah terubat. insyallah




Nilai Sebuah Perasaan

Seorang ibu dapat merasai ketenangan dalam apa jua keadaan. Ketika ketiadaan anak-anak di sisi dan dihurung sunyi, mahupun di kelilingnya dipenuhi dengan riuh anak-anaknya, dia tetap beroleh ketenangan. Dia mampu tersenyum sewaktu duduk seorang diri, dia juga akan tersenyum apabila anak-anaknya pulang ke kampung halaman. 


Ternyata kedua-duanya menggambarkan ketenangan insan yang dinamai bonda.Ketenangan yang dirasai bonda redupnya akan berpanjangan dan kekal. Hingga ke akhir hayat pun, jiwa jua hatinya cukup serasi menjadi teman walaupun hanya bersama ketenangan. 


Makan minumnya adalah ketenangan jiwa dan kekayaan senang di hati.Selama ibu merasa tenang, selama itulah ibu tak perlukan sesiapa mendampingnya di sisi. Anak-anaknya pun akan tewas, lantas apabila anak bongsunya punyai masalah dan keserabutan jiwa, bonda dulu akan dicari dan didakap. Mengambil sedikit ketenangan dari bondanya.


 Ketenangan bonda tidak jua berkurang walaupun seberapa banyak tenang yang dikongsikan.Siapa pun tidak tahu apa rahsia ketenangan seorang bonda. Kalau hendak selalu melihat, ibu tidaklah selalu gembira, namun di wajah ibu tetap menggambarkan ketenangan yang mirip-mirip seorang sufi.


 Bonda persis di payungi malaikat yang sentiasa tenang.Ibu tiada harta yang menggunung-gunung untuk memikat hati agar senang, tetapi cukup hati yang satu untuk menggapai tenang.


Begitu juga dengan NILAI HATI dan PERASAAN SEORANG WANITA. Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,
Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..
Dia menangis bukan kerana dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya.



.Kaya yang Gelisah, Miskin yang Tenang


Kalau dihitung-hitung, semua yang mahu di hati, sudah ada di depan mata. Cuma satu yang dicari belum ketemui. Iaitu rasa. Iaitu fitrah dan Naluri.Mencari rasa damai.Mencari sesuatu yang boleh memberi senang dan tenang.
Dia mencarinya di tengah-tengah harta dan kekayaan yang dipunyai selama ini, tetapi tiada! Pada duitnya, sahamnya yang berjuta-juta, pada anak-anaknya yang berjaya, pada isterinya pula yang berpangkat Datin, semuanya tidak ada malah hati terasa lebih terasing dan gulana. 



Mungkin dia lupa bahawa nilai metarial itu tidak mampu menghasilkan sebuah spirit yang bernama ketenangan.Terhenti pencariannya.Sedari dulu, dia tidak pernah mengharapkan orang lain. Sepanjang hidup hanya ‘rasa cukup’ yang menjadi buah ketenangan menghadapi kesusahan. 

Bahkan ketika dilanda susah hatinya bertambah yakin dengan pemberian-Nya lalu ia bersyukur. Pantas dia memperoleh apa yang dimahukan iaitu ketenangan dalam kesusahan.

Dia miskin harta, tetapi tidak miskin jiwa dari rasa ketenangan.
Dia kaya dengan jiwa yang tenteram dan tenang, walaupun tidak kaya dengan harta.Baginya syarat mendapat ketenangan adalah rasa cukup dan biasa bersyukur. 

Syukur perolehannya selalu tidak pernah mengecewakannya daripada mendapat apa yang dihajati. Dia memperoleh ketenangan melalui jalan susah dan jalan senang. Kedua-dua jalan itu bisa memberikan ketenangan dalam diri.Dia yakin kepada-Nya yang memberikan ketenangan atas cariannya. 

Dia bahagia dengan kesusahan yang memberikan ketenangan kepadanya, tetapi dia akan gelisah bila kegembiraan yang tiada membuahkan ketenangan jiwanya.Pencariannya akan terus menerus sehingga menemui hakikinya jiwa yang tenang.



Bahagia dan Ketenangan Yang Hakiki

Kalaulah ketenangan itu letaknya pada kekayaan, nescaya Qorunlah manusia yang paling mendapat ketenangan kerana dia memilik segala kekayaan.Kalaulah kekuasaan itulah yang memberikan sebuah ketenangan yang abadi, nescaya Firaun layak diberikan nilai ketenangan itu, kerana segala kekuasaan ada pada kehendaknya.
Kalaulah sebuah kesihatan itu dapat menyarungkan ketenangan kepada pesakitnya, nescaya ubatlah yang layak memberi ketenangan itu, kerana dialah yang manusia sangkakan dapat menyembuh segala penyakit.Jikalaulah duit itu mampu membeli segalanya, namun ada satu yang abstrak belum bisa dibeli oleh si duit. Duit hanyalah nilai kebendaan, lalu ia tidak sesekali boleh memebeli nilai kejiwaan. 

Duit tidak akan mampu membeli walau secubit ketenangan.Jikalau sebuah ketenangan itu boleh dibeli oleh kejayaan manusia, nescaya ramai manusia yang berjaya (tetapi sesat) beroleh ketenangan. Tetapi kejayaan itu terlalu kecil nisbahnya untuk membeli sebuah ketenangan.
Ketenangan itu diberi pada nilai yang berkat, sisa yang bersih dan hati yang suci. Ketenangan itu diberi kepada yang mencari kebenaran. 

Biasanya ia ada dalam sebuah kesusahan kadangkala wujud jua dalam kesenangan. 



Jangan katakan kegembiraan itu sama dengan sebuah ketenangan, tetapi katakan ketenangan itu akan membuahkan kegembiraan. Jangan katakan kegembiraan itu adalah kegembiraan, tetapi katakan ketenangan itu ada gembira di dalamnya.

Kehidupan

yang hakiki adalah yang punyai jiwa ketenangan di sepanjang likunya. Kerana itu liku yang dilalui tidak semestinya senantiasa mudah. 

Apa jua kesulitan jika diberikan berkat oleh-Nya pasti akan ada ketenangan di situ.Kerna suatu hari nanti kita akan dipanggil, menuju ruang damai yang tenteram lagi hakiki selamanya. Bila tiba di teratak Mahsyar, TUHAN memanggil jiwa-jiwa itu:



‘WAHAI jiwa yang tenang, kembalilah kepada (Tuhan-mu) dengan hati yang redha yang diredha-Nyai masuklah ke dalam golongan hamba-hambamu, masuklah ke dalam taman syurga ini (syurga-Ku)’ (al-Fajr)


September 13, 2011

I'm okey :)




sometimes, when I say, "i'm okay",
i want someone to look me in the
eyes, hug me, and say, 
" i know you're not "


yes,im ok 
 ;)
off

Imtihan


Bismillahirrahmanirrahim…



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah puji dan syukur ke hadrat Allah, selawat dan salam buat Rasul junjungan, kekasih hati, penghibur jiwa dan pembakar semangat, pembawa risalah khalidah ke akhir zaman, para ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, para tabiin dan tabi' tabiin, mujahid dan mujahidah Islam yang sedang berjihad dan berjuang di medan. moga Islam terus bersinar  di setiap pelusuk dunia. khair insyaAllah .






اللهم إنا نسألك العفو والعافية في ديننا ودنيانا وأهلنا وأموالنا. اللهم استر عوراتنا وآمن روعاتنا. اللهم احفظنا من بين أيدينا ومن خلفنا وعن يميننا وعن شمالنا ومن فوقنا ونعوذ بعظمتك أن نغتال من تحتنا.. اللهم آمين



Aku memohon Ya Allah. Engkau berikanlah kejayaan kami dan seluruh pelajar Malaysia yang sedang tekun berjihad di medan ilmu ini agar kejayaan ini akan menjadikan Islam terus Izzah di muka bumi ini dan kami mampu menjadi kader2 yang istiqamah membawa dakwah di Malaysia.


Ya Allah.. Engkau rahmati guru2 ku dan para masyaikh yang tidak jemu mendidik kami...agar kebaikan yang ada pada mereka terus mengalir di dalam jiwa kami ini tanpa henti.. 


Ya Allah.. Rahmati al-Quran yang ada pada diri kami agar Quran ini akan terus menjadi sahabat kami yang setia di dunia dan akhirat, teman rapat di dalam kubur, syafaat yang bisa menyelamatkan kami, menjadi cahaya ketika titian siratul mustaqim..menjadi rafiq kami di syurga, menjad hijab kami dari api neraka yang panas. Jadikanlah al-Quran penyebab kebaikan, kemuliaannya kepada kami..wahai tuhan yang Mulia. Perkenankanlah. Ameen Ya Allah.



SALAM IMTIHAN DAN SELAMAT BERTEMPUR BUAT MUJAHID,MUJAHIDAH, SRIKANDI PEMBAWA AGAMA ALLAH....




"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu segala kebaikan, apa yang aku ketahui dan apa yang belum aku ketahui. Aku memohon kepada Engkau Syurga dan perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya sama ada perkataan atau perbuatan. Aku berlindung dengan Engkau dari Neraka dan dari perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya sama ada perkataan atau perbuatan.


Selamat Bertempur!