Bismillahirahmanirahim....
" Jaga diri baik-baik ye... "" Belajar sungguh-sungguh"" Nanti jangan lupa berbincang semula dengan ibu ayah ye..""KITA JUMPA LAGI PADA HARI AHAD AKAN DATANG. INSYALLAH"
Meski mulut mengatakan sebaliknya, ia bukanlah kenyataan yang sebenarnya. Selama ini sering kali saya menafikan segala perasaan saya. Bagaikan membina penghadang yang melindungi hati dari disakiti, penghadang itu bagaikan semakin rapuh, hari demi hari.
Dari satu sudut pandangan, ia menunjukkan saya sudah mula dapat membuka hati ini untuk orang-orang di sekeliling saya. Belajar untuk mempercayai. Belajar untuk berkongsi. Belajar untuk menunjukkan perasaan diri sendiri (di alam nyata). Namun, di suatu sudut yang berbeza, saya sangat takut dilukai. Takut hati ini dicalar, dilukakan, ataupun dirobek. Dan pabila itu terjadi, bukan mudah untuk kunyembuhkannya.
Kini saya mula mempersoalkan. Apa itu tabah yang sebenar?
TABAH.. apa maksud tabah yang sebenarnya? Ramai orang mengatakan saya sangat tabah menghadapi ujian "itu". Kebelakangan ini saya agak tertanya-tanya tentang konsep tabah yang sebenarnya. Tabahkah saya? Adakah dengan saya memendamkan rasa, menunjukkan diri kuat di hadapan semua orang itu menunjukkan saya benar-benar seorang yang tabah? Padahal di dalam hati mungkin masih ada lagi perasaan tak cukup redha dan tidak 100% menerima atas suratanNya itu dikatakan tabah? atau mungkin hanya boleh dikatakan pura-pura tabah. Padahal setiap masa hati masih merungut tentang apa yang telah berlaku, dan masih menyalahkan orang lain atas semua yang berlaku ??
Tabah ialah KUAT untuk menghadapi sebarang cabaran dengan 'relate'kan segalanya kepada Allah. Apa yang saya dapat simpulkan ialah kuat menghadapi sebarang ujian dan dugaan daripada Allah, dan yakin bahawa setiap yang berlaku datangnya daripada Allah dan pasti ada hikmah di sebaliknya.
Sahabat kepada salah seorang sahabat saya pula berkata bahawa orang yang tabah tu adalah orang yang tidak menceritakan kesusahan, penderitaan dan kesakitan yang dihadapi kepada orang lain. Seperti ikhlas dan tulus hati dalam perjuangan. Ikhlas dan tulus hati dalam berjuang saya dapat simpulkan adalah menerima segala yang berlaku sepanjang jalan dakwah dengan sabar, dengan niat ikhlas kerana Allah.
Alangkah beruntungnya saya punyai sahabat-sahabat yang sentiasa menasihati kepada kebaikan. kalaulah selama ini saya mungkin berpura-pura tabah, maka saya mengambil apa yang diucapkan oleh sahabat-sahabat saya bahawa saya seorang yang tabah sebagai suatu doa. Semoga suatu masa saya berhasil untuk menjadi seorang yang benar-benar tabah. TABAH dalam definisi baru yang saya dapat simpulkan iaitu menerima dengan redha dan sabar atas setiap ujian Allah ke atas kita, dan meyakini bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Juga meyakini bahawa setiap musibah yang berlaku telah tetapkan oleh Allah dan tidak akan terjadi melainkan atas kehendaknya. Tabah juga menambah erti bahawa setiap ujian takkan menggugat gerak kerja dakwah di mana di situlah pengorbanan perasaan mengambil peranan.
at-taubah: 51" Katakanlah (Muhammad), " tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman bertawakal".
Kita sering memaksa kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. Janganlah sekali-kali kita berputus asa terhadap apa yang didoakan. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.Jangan putus asa. yakinlah Allah bersama kita (at-taubah:40). semoga dipermudahkan segala urusan. khair insyallah
"Allah nak tarbiyyah untuk menyerahkan pergantungan semata-matakepada Allah, hanya kepada Allah segala harapan disandarkan dan hanya kepada Allah segalanya diserahkan. Pendek kata, tawakkal alaLLAH.""Khair, insya Allah. Allah kan ada, Allah tahu apa yang terbaik buat hamba Nya. Allah yang beri ujian, biarlah Dia memujuk dengan cara dan kehendak Nya."Itu sajalah yang dicakapkan pada hati. Allah dah beri macam-macam bentuk tarbiyyah, hanya untuk mengajar saya menggantung tawakkal kepada Dia tapi hati ni je keras sangat sampai tak tertarbiyyah meskipun dah banyak yang Dia 'tunjukkan'. Ma'rifat aqli saja belum ma'rifat qalbi. Ye la, nama pun manusia akhir zaman kan? T__TAgar berpisah tidak gelisah, kerana perpisahan tidak sesekali menghadirkan resah, perpisahan adalah penantian, menanti saat kembali bergandingan.
Jadi, untuk kamu yang sedang berduka... Lets the time healing your feeling! Wake up and please tight your cloth :) Bila menyibukkan fikiran dengan kerja-kerja dakwah (mendidik anak bangsa) maka kamu akan terlupa dengan kesakitan kamu, meski ia mencengkam namun kamu akan menggagahkan fizikal kamu untuk memberi dan terus memberi manfaat kepada orang lain. Allah sudah berjanji di dalam al-Quran.
Apabila kamu membantu agama Allah, Allah pasti akan membantu kamu.
Bahkan, anugerah terindah... Setidak-tidaknya, kamu 'dikembalikan' kepada fitrah manusia iaitu merasa adanya Tuhan. Ramai manusia yang beragama (hatta Islam) tetapi tidak rasa adanya Tuhan, maka ambillah peluang ini untuk merasai nikmatnya perasaan berTuhan. Merasa lemah dan mengharapkan Allah, itulah sebenarnya yang seorang hamba perlukan.Setiap manusia, ujiannya berbeza. Tidak penting sebanyak mana ujian yang menghempap kepala, yang penting bagaimana kita mengambil 'ibrah dari ujian tersebut dan bagaimana kita belajar melalui ujian itu. Insya Allah ^__~
~ Innallah hama'ana ~ Allah yang memberi ujian, biarlah Dia memujuk dengan cara dan kehendak Nya
No comments:
Post a Comment