February 7, 2012

Buat Suamiku Tersayang..


Rasanya baru sebentar tadi saya mencium tangan abang dan baru sebentar tadi abang mengucup dahi ini.

Suami ku.. Isteri abang akan tunggu sampai abang pulang. Isteri abang janji akan setia menanti kepulangan abang. Abang janji kan akan balik..

Kucupan penuh kasih sayang dapat saya rasa di dahi ini.Tangan abang yang lembut membelai wajah saya dengan penuh rasa cinta, saya juga dapat merasakan abang juga begitu berat meninggalkan diri ini, namun demi memperjuangkan agama Allah abang harus pergi.

Air mata saya mengalir. Hati ini berbicara sendirian..

”apa saya bisa merasakan kucupan dan belaian ini lagi ? atau ini adalah kucupan dan belaian yang terakhir dari suami yang saya cintai…?

Ku pandang wajah abang. Inilah suami saya insan yang teramat saya cintai.

Di saat saya amat menginginkan kami sentiasa bersama Allah telah memberikan amanah buat abang untuk berjuang di jalan-Nya. Sebagai seorang isteri, saya akan sentiasa berusaha memahami tanggungjawab seorang suami. Saya akan menjadi penyokong setia buat abang untuk tetap bersemangat berjuang demi agama Allah.

Saya  tidak ingin menjadi penghalang. Saya ingin dengan semangat yang saya berikan suami saya akan bertambah kuat dan di akhirat kelak usrah yang terbina ini akan sama-sama menikmati hikmahnya.

” UJIAN MASA INI YANG TERTIMPA KE ATAS KITA ADALAH CAGARAN BUAT KEBAHAGIAN BUAT MASA AKAN DATANG. INGATLAH WAHAI INSAN KEBAHAGIAAN ITU TIDAK PERCUMA 

Inilah kata-kata yang menyejukkan hati saya..

Ya Allah..
Semoga di sebalik ketentuan mu ini akan ada sinar kebahagiaan buat usrah saya dan suami.
Cinta saya terhadap suami telah bersemi sejak sekian lama. Rasa sayang terhadap abang tidak bisa di gambarkan dengan apa sekali pun di atas muka bumi ini.

Abang..
Berjuanglah dengan sesungguhnya..
Istri abang sentiasa menyokong abang..
Kembalilah nanti dengan kemenangan..

Air mata saya menitis sekali lagi. Suasana kamar yang selama ini penuh dengan senda gurau abang, tawa ceria penuh kasih sayang kini hanya tinggal bayangan yang di kenang. Adakalanya saya lemah tidak mampu rasanya melalui keadaan ini. Malam yang sunyi tanpa ciuman dan dakapan sebelum tidur. Dek kerana terbiasa tidur bersama dengan lena kini malam-malam saya begitu sunyi dan saya tidak dapat tidur.

 Wallahi... berat hati melepaskannya pergi kerana bila kita kasihkan seseorang, pastilah kita kalau boleh mahu sentiasa bersamanya, hanya yang pernah mengalaminya kan memahami rasa rindu itu. Terkadang air mata berguguran apabila rindu menjengah di kalbu. Walaupun berjauhan, suami  sentiasa bertanya khabar dan memberi kata semangat supaya dikuatkan hati. Sampai suatu ketika, saya rinduuuuuuu sangat-sangat kat dia, sebab kebiasaannya waktu saya tension @ stress, dia sentiasa ada disisi, tempat saya mengadu, tenang apabila bersamanya, semangat yang hilang kembali membara selepas mendengar kata-kata hikmah darinya. 

Walaupun hati ini terusik kerana berjauhan dengan suami tercinta, menangis hiba tatkala rindu menjengah, suami saya tak pernah henti memberi semangat.


Bercucuran airmata mendengar kata-kata darinya. Walaupun perginya hanya beberapa bulan, tapi hanya Allah yang Tahu, sehari bagaikan setahun lamanya. Mendengar kata-katanya, sungguh hati ini merasa tenang kerana sedarlah diri ini akan janji-janji Allah. 




Suami Ku..
Syg titip rasa cinta yang mendalam buat diri mu..
Ketahuilah..
Isteri abang akan tunggu abang pulang..
Isteri abang akan tunggu sehingga isteri abang bisa salam dan peluk abang lagi..
SAYANG TUNGGU ABANG KEMBALI..
KERANA..
SAYA MERINDUI MU,SUAMI KU..

Teringat suatu kisah pada zaman Rasulullah SAW.

Al- Bazzar dan At Thabrani meriwayatkan bahwa seorang wanita pernah datang kepada Rasullullah SAW lalu berkata :
Aku adalah utusan para wanita kepada engkau untuk menanyakan : Jihad ini telah diwajibkan Allah kepada kaum lelaki, Jika memang mereka diberi pahala dan jika terbunuh mereka tetap diberi rezeki oleh Rabb mereka, tetapi kami kaum wanita yang membantu mereka , pahala apa yang kami dapatkan? 

Nabi SAW menjawab :” Sampaikan kepada wanita yang engkau jumpai bahwa taat kepada suami dan mengakui haknya itu adalah sama dengan pahala jihad di jalan Allah, tetapi sedikit sekali di antara kamu yang melakukanya."

Ya Allah, rupa-rupanya Allah sedang mengujiku dan mungkin juga mahu mengurniakanku pahala jika redha dengan pemergian suamiku untuk menuntut ilmu. Syukurlah, sewaktu hati rasa rindu, tetapi bila teringatkan janji Allah dan ganjaran pahala untuk setiap yang sabar dengan ujian, hati ini kembali tenang. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi, walaupun pada mulanya kita tidak suka, benarlah kata-kata Allah Yang Maha Suci. Allah SWT telah mengingatkan kita agar tidak membenci atau menyukai sesuatu padahal kita tidak tahu rahsia di sebalik sesuatu, dalam Surah Al Baqoroh ayat 216  

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”

Semoga di penghujung penantian ini Allah kurniakan kemanisan sebuah pertemuan. 
Berterima kasihlah kerana jika tidak kerana perpisahan, kita tidak akan merasai manisnya sebuah pertemuan. Jangan pernah ingin bertemu jika takut untuk berpisah, kerana setiap pertemuan itu pasti akan merasai perpisahan.

Terima kasih Ya Allah atas ujian yang Engkau berikan kerana ia mengajarku erti ketabahan. Dan daku masih menghitung waktu menanti kepulangan suami tercinta.. Oh angin, sampaikan salam rinduku padanya, katakan padanya aku terlalu rindu padanya, rindu akan senyum dan gelak tawanya, rindu akan kata-kata hikmah darinya, doaku agar dia baik-baik sahaja.
Abang, isterimu kan terus setia menanti kepulanganmu dengan penuh sabar





January 4, 2012

"Tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur?"

STREES SANGAT :'((


*nangis semahu-mahunya*

Nak tahu kenapa ? Saya stress dengan kulit saya. saya tension dengan kulit saya. Saya sedih dengan kulit saya. *sambil beristighfar panjang*. Lihat ? Betapa tidak bersyukurnya saya . Seringkali saya sedih dengan sikap saya. Saya perlu belajar lebih tentang erti syukur. Harlina, seharusnya kamu bersyukur. Allah masih kurniakan kamu kesihatan yang sempurna. Sihat tubuh badan. Sungguh Cantik dan Halus ciptaanya buat kamu.

Habistu, kenapa mesti kamu mengeluh ??
jawapan ringkas : sebab KAMU TIDAK BERSYUKUR !

Ya Allah. Allahu Allah. Ampunilah aku ya Allah. Jadikan lah aku hamba yang sentiasa mengucapkan syukur terhadap nikmat yang Engkau anugerahkan padaku. 

Harlina, cuba kamu lihat di sana. Mereka diluar sana berebut-rebut mahukan kulit cerah seperti kamu. Tidakkah kamu perlu bersyukur sebab kamu dianugerahkan apa yang orang lain harapkan. Cuba kamu lihat lagi, mereka di luar sana berebut mahukan kulit yang halus. Tetapi nikmat itu dianugerahkan kepada kamu. Kenapa kamu masih mahu merungut ? Hanya ujian kecil yang Allah berikan pada kamu dengan ujian "kulit sensitif" kamu sudah merungut , menangis, tension dan sebagainya . Kamu jangan nak MANJA sangat lah wahai Harlina !

Saya benar-benar kecewa dengan sikap diri ini.


Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya yang ditanyakan pertama kali kepada hamba di hari kiamat - maksudnya tentang nikmat - adalah dikatakan, 'Bukankah Aku telah menyihatkan tubuhmu dan menyegarkanmu dengan air yang dingin." (Hadis riwayat Tirmizi)

Mereka yang menghargai kesihatan sentiasa ingat dan mengucap syukur kepada Allah. Nikmat sihat yang Allah kurniakan kepadanya itu tambah menguatkan lagi perasaan cinta dan takwa terhadap Allah. Nabi Muhammad mengerjakan solat tahajud di waktu malam bagi melahirkan rasa syukur kepada Allah.

Apabila ditanya Aisyah r.a. kepada baginda kenapa melakukan perbuatan itu padahal Allah telah mengampuni dosa baginda yang telah lalu dan akan datang, maka jawab baginda: 


"Tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur?"


Wahai Harlina, wahai diri ini, wahai daie, wahai wanita, "Tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur?"

Harlina Binti Mohd Nor..
Laksana tidak semudah bicara, hakikat hati cukup payah untuk mengubah diri walaupun tekad beribu kali.Jelitawan mengungkapkan kecantikan adalah satu anugerah, namun ramai yang tidak menyedari bahawa kecantikan adalah musibah di sebalik anugerah.Berapa ramai wanita yang akhlaknya seindah rupa?berapa ramai wanita yang hatinya selembut bicara?nisbahnya hanya seorang daripada seribu sahaja.Yang gelap ingin menjadi cerah, yang gemuk ingin menjadi ramping, pendek kata, kecantikan adalah misi dalam mengejar visi kesempurnaan hidup.
 
Andaikata pembaca adalah wanita, anda mahu atau tidak memiliki wajah cantik?, mungkin ada menjawab "cukuplah dengan apa yang Allah kurniakan".Ya,tapi, andaikata semua lelaki mahukan teman hidupnya wanita cantik, apakah ada sanggup hidup keseorangan?anda perlu terima kenyataan, bahawa lelaki akan rebah cintanya bilamana rupa tidak seindah hati.
 
Sabda Nabi s.a.w : Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras dan harta kamu, tetapi ia melihat hati dan amalan kamu"(HR Muslim)
 
Dalam hadis ini diperbandingkan antara kecantikan rupa paras dan kecantikan hati, antara kekayaan harta dan kekayaan amalan.Kenapa Nabi s.a.w membandingkan kecantikan rupa paras dengan hati, kenapa tidak dikatakan pangkat dan sebagainya, kerana fitrah alam kecantikan adalah tumpuan manusia.Tidak ada manusia yang tidak mahu berwajah cantik.Manusia yang cantik tidak semestinya berusaha untuk mendapat pangkat yang tinggi, tetapi manusia yang berpangkat tinggi akan berusaha untuk berwajah seayu bidadari.Ini menunjukkan kecantikan lebih diutamankan daripada jawatan.Renungi, betapa ramai gadis jelita yang musnah dalam kehidupannya, kerana mereka tidak punyai cita-cita, hanyut dibawa arus cinta dengan jejaka yang tidak seberapa.
 
Umpama semut, semut yang bersayap lebih cantik daripada semut yang tidak bersayap, semut yang tidak bersayap hanya mampu bersiar-siar di atas lantai simen yang disinari cahaya lampu.Sebaliknya semut yang bersayap akan terbang dan mengelilingi cahaya lampu, kerana sedikit kelebihan yang diberi tuhan ia terbang keriangan tanpa memikirkan bahawa kelebihan itu kadangkala musibah, akhirnya badan yang cantik dengan sayap nan indah terhinggap di mentol lampu akhirya ia mati kepanasan.Begitulah perumpaan wanita yang cantik dengan yang biasa, kecantikan menyebabkan anda akan dicari manusia dan mungkin di persinggahan itu anda rebah dan musnah segala-galanya.Seandainya anda diberikan wajah yang cantik, binalah hati secantik wajah agar Allah kurniakan teman hidup yang berhati jernih.
 
Sesungguhnya Allah akan menyatukan wanita yang baik untuk lelaki yang baik,dan wanita yang buruk untuk lelaki yang buruk.Bukanlah baik buruk persamaan pasangan dinilai pada wajah, tapi ianya pada hati lelaki dan wanita itu.Pandanglah sekeliling, anda akan dapati sepasang kekasih bagai ratu dengan pengemis, kecantikan pada pasangan wanita jauh lebih cantik daripada pasangan lelaki, namun itulah hakikatnya bahawa sekufu itu adalah pada hati bukanlah pada wajah.Wanita solehah pada padangan lelaki soleh adalah cukup berharga, walau wajah tidak semanis jiwa.Wanita yang menghiasi dunia dengan kesolehannya adalah penghuni syurga, dan wanita yang menghias dirinya dengan dunia adalah penghuni neraka.
 
Kerana itulah saya mengatakan kecantikan itu musibah, kecuali bagi insan yang mengerti bahawa anugerah itu ujian padanya lantas membalaskan kesyukuran kepada sang pencipta dengan sebenar-benarnya.Syukur pula tidak dengan kata-kata, tapi dibuktikan dengan mendekatkan diri pada Allah, memelihara anugerah yang dikurniakan sehingga tiada siapa yang mengetahuinya, apatah lagi untuk dilihat sang lelaki walaupun seinci dari auratnya.
 
Sabda Rasulullah s.a.w "Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik -baik perhiasan adalah wanita solehah".(HR Muslim).


January 1, 2012

Kad Kahwin







Masyallah. Cantik kan ? Tapi kan.. kan..
Ada yang lagi cantik. Nak tengok ?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-

Kan saya dah kataaa, mesti yang ini lagi cantik. Betul tak ? hehe

p/s : Ilham nak berblogging tiada. Kerana sangat-sangat sibuk dengan persiapan. Dapat online pun sekejap-sekejap je. *sigh*


December 18, 2011

Saya Merindui Kalian


"Nikmat paling manis apabila ALLAH TAALA mentarbiah kita dengan pelbagai ujian.. Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan suntikan semangat perjuangan. Alirkan Halawatul Ukhuwah kesungguhan dalam perjuangan melalui RABITAH HATI.."

UKHUWAH.. Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan... Ukhuwah... Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersebut... kekadang..kerana sebuah ukhuwah,air mata sering menitis kerananya.. Ukhuwah... ukhuwah itu terlalu bererti buatku YA ALLAH...... Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami...

Coretan ini kutujukan khas buat insan yang bergelar sahabat-teman-kawan-rakan.... terutama sahabat yang saya sayangi dunia akhirat, Ain .. Juga buat sahabat yang banyak membantu diri ini dikala diriku susah, Ina ..

mengalir air mata ketika mencoret luahan hati ini..

sahabat.. coretan ini dari hati yang ingin mengerti..untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak diambil peduli.. sahabat... ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-NYA..diratib juga kerana-NYA.

Ukhuwah itu terlalu indahkan?? Titik pertemuan ukhuwah yang sebenarnya adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI.. sahabat.. Demi ALLAH,saya menyayangi kamu semua.. bukankah mengasihi temannya lebih dari diri sendiri dan hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman (kemanisan iman) juga... sahabat....


sabda Rasullulah S.A.w.."umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim.."

Tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH.. Mengertikah kamu tentang erti menyayangi?? Erti menyayangi diri itu menyayanginya dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping taat dan ikhlas,manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak menyakiti seorang muslim..

sahabat.. Bila berbicara tentang ukhuwah,kasih cinta dan sayang.. kita sering mempersoalkan apakah makna disebalik perkataan tersebut dan pentingnya dalam kehidupan kita.Dan semua perkataan tersebut dimajmukkan dalam UKHUWAH.. Ukhuwah merupakan satu pemberian daripada ALLAH TAALA kepada hambaNYA yang ikhlas dan Auliya'nya yang suci dan bersih.

Ukhuwah merupakan kekuatan iman. Tiada ukhuwah tanpa iman dan tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhuwah islamiyah sepertimana firman ALLAH S.W.T yang bermaksud."sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.."(AL-HUJARAT:10)

Sahabat... Nilaian ukhuwah sangat tinggi menyebabkan ianya tidak dapat dibeli dengan harta ataupun diwariskan. Ianya merupakan roh yang ALLAH hidupkan ke dalam hati orang-orang yang beriman bila-bila masa sahaja yang dikehendaki-NYA supaya mereka bersatu..

Tahukah ukhuwah itu dibina bagaimana?? ukhuwah...perlulah ikhlas kerana ALLAH dan mestilah disertai dengan iman dan taqwa. ukhuwah juga perlulah berlandaskan manhaj islam iaitu bersama-sama berjanji untuk menegakkan syariat ALLAH dan menjadikan RASULULLAH sebagai rujukan dalam setiap keadaan.

Sahabat, ukhuwah didirikan atas dasar nasihat menasihati kerana ALLAH DAN tidak lupa juga ukhuwah dalam keadaan susah dan senang. Sahabat... ukhuwah merupakan pemberian RABBANI yang dianugerahkan ALLAH ke dalam hati hamba-hambaNYA yang ikhlas menerima dan beriman.

Sahabat. Saya mengasihimu kerana ALLAH dan ku pinta kasihiku kerana ALLAH juga. ku garapkan coretan ini khas buat yang bergelar sahabat.. yang mengenaliku sebagai sahabat teman kawan dan rakan. Moga indah ukhuwah kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH TAALA RABBUL IZZATI YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG…..



***p/s : hati merindui ukhuwah yang pernah terbina satu ketika dahulu..sangat-sangat merindui antunna semua...hanya sebahagian yang masih berukhuwah...masih berdiskusi...manisnya saat itu...hati ini akan terus merindui kenangan bersama antunna semua...nama kalian sentiasa dalam doa saya.. semoga Allah memberkati pertemuan dan perpisahan kami.. ..aminnn....


December 15, 2011

Jangan lupa jemput kami ya !

Situasi 1 : 


" Dengar cerita 'orang itu' dah nak kahwin. Betul ke ? Nanti jangan lupa jemput kami ya ! "


" Err, khair insyallah. Antunna semua memang di jemput ke majlis perkahwinan ana bulan hadapan. Insyallah nanti ana akan beri kad pada antunna semua "


Situasi 2 :


" Linaaaaaa... lama akak tak jumpa lina. Susah betul akak nak jumpa lina tau " kata seorang kakak senior seuniversiti sambil menarik tanganku duduk di bangku yang terdapat di situ.


" Itu lah akak, kenapa lama menyepi lansung tak contact orang di sini "


" Tahniah lina. Akak tumpang gembira dengan perkahwinan lina. Agak doakan semoga dipermudahkan. Nanti jangan lupa jemput akak ya !"


" Amiin Ya Allah. Terima Kasih akak. Insyallah akak akan dijemput nanti. Jangan lupa datang ya !"


Situasi 3 :


" Harlina, mabruk mabruk ! Bertuah enti. Doakan ana ketemu jodoh awal macam enti juga ya. Nanti jangan lupa jemput ana tau ! "


" Syukran Jiddan ukhty, insyallah enti dijemput ke majlis anan tidak lama lagi "


Saya mula terfikir. Dimanakah bertuah nya saya sehingga mereka mula mempersoalkan "bertuahnya enti".
Ya. Alhamdulillah. Saya mengaminkan doa kalian. Saya sungguh bertuah dan bersyukur kerana di beri nikmat untuk berkahwin di usia yang muda di mana peluang saya untuk mendapat extra pahala apabila digelar ISTERI nanti. Berkhidmat untuk suami tercinta, berkhidmat sebagai seorang ibu kepada anak-anak nanti, berkhidmat sebagai menantu pertama dalam keluarga bakal suami nanti. Bertuahnya saya berkahwin ketika diri ini digelar pelajar kerana perlu untuk meguruskan masa dengan sebaiknya. Masa sebagai seorang isteri dan pelajar. 


Alangkah manisnya jika bertuah itu dicampurkan apabila saya berjaya menjadi isteri solahah. Apabila di mana saya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ISTERI dengan baik sekali. Allah Allah. Itu yang saya takutkan dalam kehidupan ini. Takut menjadi seorang isteri yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Tidak dapat memuaskan kehendak suami. Allah. Saya berdoa dan terus berdoa supaya Allah membantu saya demi mencapai cita-cita saya untuk menjadi isteri yang solehah buat suami. 








Situasi 4 : 


" Harlina, nanti jangan lupa jemput ke majlis perkahwinan kamu ya ! em, boleh saya bertanya sesuatu mengenai soal rezeki kamu nanti ? yela, kamu dan suami kan masing-masing sedang belajar. Ada ke pendapatan ? "


Terkedu saya apabila soal rezeki ketetapan Allah manusia mula mempersoalkan.


"Bila sudah ada rezeki tetap , baru lah senang nak buat apa-apa Harlina", tambah nya lagi. 


" Ukhty, rezeki itu kan soal Allah, tidak perlu rasanya kita nak pertikaikan".
"Insya-Allah, makin banyak Taqwa kita makin banyak rezeki yang Allah akan curahkan pada saya dan suami , ukhty, tambah saya lagi.
"Banyak atau sedikit itu Urusan DIA Ukhty, bukan urusan dia (kerajaan)". sambil menunjukkan jari 1.

"And for every nation is a [specified] term. So when their time has come, they will not remain behind an hour, nor will they precede" [it].

Percayalah, jika rezeki itu milik kita pasti akan datang jua pada kita. Lambat atau cepat itu persoalan kedua
Saya hanya mampu mengukir senyuman. Yang pastinya rezeki itu semuanya dari DIA bukan dari dia. Jangan gusar.

And there is no creature on earth but that upon Allah is its provision, and He knows its place of dwelling and place of storage. All is in a clear register. - Surah Al-Hud (Ayat 6)


Ingin saya kongsikan ulasan oleh:
Syeikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan -hafizahullah-, Anggota Lajnah Tetap Utk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi.



أما أن يقال : الزواج المبكر يشغل عن التحصيل العلمي وعن الدراسة ؛ فليس هذا بمسلم ، بل الصحيح العكس ، لأنه ما دام أن الزواج تحصل به المزايا

التي ذكرناها ومنها السكون والطمأنينة ، وراحة الضمير وقرة العين فهذا مما يساعد الطالب على التحصيل ، لأنه إذا ارتاح ضميره وصفا فكره من القلق فهذا يساعده على التحصيل ، أما عدم الزواج فإنه في الحقيقة هو الذي يحول بينه وبين ما يريد من التحصيل العلمي ، لأن مشوش الفكر مضطرب الضمير لا يتمكن من التحصيل العلمي ، لكن إذا تزوج وهدأ باله وارتاحت نفسه وحصل على بيت يأوي إليه وزوجة تؤنسه وتساعده ، فإن ذلك مما يساعده على التحصيل ، فالزواج المبكر إذا يسر الله وصار هذا الزواج مناسبًا ، فإن هذا مما يسهل على الطالب السير في التحصيل العلمي ، لا كما تصور أنه يعوقه .



Maksudnya:



"Adapun jika dikatakan: Perkahwinan awal akan menyibukkan (pelajar) daripada menghasilkan ilmu dan belajar; (pernyataan) ini TIDAK boleh diterima bahkan yang sebetulnya adalah SEBALIKNYA, kerana selama mana perkahwinan itu akan memberikan kelebihan-kelebihan yang kami sebutkan di antaranya ketenangan dan ketenteraman, kestabilan jiwa dan pencerahan mata, maka ini antara perkara yang dapat  membantu pelajar untuk mendapat ilmu kerana jika jiwanya stabil, fikirannya bersih daripada kerunsingan maka ini membantunya mendapat ilmu, adapun jika tidak berkahwin maka inilah sebenarnya menghalang dia dengan apa yang dia kehendaki daripada mendapat ilmu kerana dia berada dalam keadaan fikiran yang terganggu, jiwa tidak stabil, tidak berupaya untuk menuntut ilmu, tetapi jika dia berkahwin dan tenang fikirannya, stabil jiwanya, mendapat rumah yang boleh dia berlindung dalamnya,dan mempunyai isteri yang melunakkannya dan membantunya maka ini membantunya memperoleh ilmu, maka perkahwinan awal jika dimudahkan Allah dan menjadi perkahwinan yang sesuai maka ini antara perkara yang memudahkan seorang pelajar menuju ke arah memperoleh ilmu bukan seperti mana yang digambarkan bahawa perkahwinan menghalangnya"


December 9, 2011

Merindui Kenangan Semalam


Merindui kenangan sesi bergambar bersama sahabiah-sahabiah di 
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor pada akhir tahun 2010

 Tema Baju : Biru
Sponsor : Jubah Biru yang saya gayakan ialah hasil pemberian jubah dari Arwah Nenek




November 15, 2011

Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih, Baru Teguh Peribadi


Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi





--> Dengarkan <3






Sungguh. Pertama kali lagu ini kedengaran di telinga saya, ia sebagai satu penyemangat buat saya. Segala ego , manja ! boleh luntur bila saya cuba untuk memahami lirik lagu yang pernah dinyanyikan oleh Allahyarham P.Ramlee dan Allahyarhamah Saloma. 


Saya kira, lagi ini sebagai satu suntikan buat saya. dan sangat sesuai buat suami isteri. Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri.


Walau bagaimana pun, bukan sengketa yang saya harapkan. Saya harapkan dan cuba untuk mencipta kebahagiaan dalam rumahtangga yang bakal dibina nanti. bersama suami yang tersayang. Moga Allah melimpahkan kasih sayang antara Suami Isteri .Saya ingat lagi kuliah yang saya pernah hadiri pada setiap hari ahad. Peringatan buat diriku bahawa kunci kebahagiaan dalam rumahtangga adalah di dalam genggaman si isteri. khair insyallah. 


Itulah impian ku dalam meraih keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat. Moga Allah melimpahkan kasih dan rahmat padaku. biznillah.