March 24, 2011

Khas Buatmu Ibu Tersayang




Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
Anak kecil itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapanya yang membentuknya
Sama ada menjadi Yahudi, Nasrani ataupun Majusi





~ WARKAH BUAT IBU ~

Tiada hadiah istimewa yang dihantar dari jauh. InsyaAllah mendoakan ibu dan ayah di setiap penghujung solat. Duhai Allah, ampunilah dosa-dosa 2 insan yang ku kasihi ini,sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu kecilku. Duhai Allah, ketika ana berada berdekatan dengan mereka,banyak sekali tingkah laku dan kata-kata yang menghiris hati mereka. Ampunilah hambaMu ini, duhai Allah.
Syukran jaziilan buat seorang ibu yang bernama Umi Kalthom Binti Salleh. Seperti maksud nama ibu , alhamdulillah anakmu ini dapat merasai nikmat cahaya islam dan sinaran iman. Doakanlah selalu,duhai ibu ,moga-moga anakmu ini sentiasa dibimbing dengan keredhoaan dari Allah swt. Seperti juga, ana bersyukur kerana namaku yang dipilih oleh ibu dan ayah sentiasa mendidik diriku untuk menjadi seorang hamba yang mencari keredhoaan Allah swt.
Ibu, jika dipenghujung kata-kata di telefon, selalu untuk anakmu ini mengatakan bahawa ibu, doakanlah semoga anakmu ini berjaya,tapi seringkali ibu akan balas bahawa ibu dan ayah sentiasa mendoakan selalu. Ibuku tidak ada apa-apa pangkat di dunia ini. Namun, ibu mempunyai tempat yang paling istimewa dihati ini.
Syukur kepada Allah swt kerana ana memiliki seorang ibu dan ayah yang cukup menitikberatkan pesanan agama buat anak-anak. Semoga ibu sentiasa mendoakan kami, anak-anak menjadi pembantu agama Allah, sekalipun melalui bidang pelajaran. Ibu, doakan juga semoga ada cucu-cucu ibu yang begelar ulama’ ,insyaAllah.
Selalu pesan ibu, untuk mecari seorang isteri , pilihlah dari kacamata agama. Bukankah ada 2 syarat yang ibu selalu sebutkan,jika ada kakak ku berhajat untuk dipersatukan. Ibu akan ajak untuk ke pasar beli ikan dan ibu nak uji dengan sifat 20 puluh. Begitu pesan ibu dalam gurauan. Jazakillah ibu.
Semoga ibu tetap beristiqomah mendidik kami, anak-anak dengan didikan islam. Tegurilah kami. Kerana melalui ibu dan ayah jugalah, anakmu ini mengenal kasih sayang Allah swt dan RasulNya. Antara ibu dan isteri , ibulah yang paling utama. Inilah pesanan nasihat buat diri. Begitu juga apa yang turut diimpi oleh seorang isteri, bilamana dia inginkan seorang anaknya yang dilahirkan mecintai dirinya, sebagai seorang ibu. Bukankah ini,pusingan kehidupan kasih sayang yang fitrah..


Ibu, kirim salam juga buat ayah yang turut banyak memberikan contoh melalui tindakannya. Ayah cukup sayangkan ibunya.Mampukah untuk diri ini, menjadi sebaik dan sesabar ayah dalam mengasihi nenekku. Maafkan anakmu ini,ayah atas setiap tingkah laku dan kata-kata. Banyak sekali, yang diri ini ingin pelajari dari seorang insan yang bernama ayah.
Insan yang kukasihi dan kucintai selepas Allah dan RasulNya, adalah ibu. Selepas itu, ibu. Kemudian ibu. Kemudian abiku. Kemudian, pejuang-pejuang islam. Hanya pada Allah, diri ini serahkan penjagaan ibu dan ayahku. Kerana Dialah yang mampu menjaga insan yang kusayangi,lebih baik dari diriku.



hai. nama saya Harlina.
umur saya 3 tahun . saya nak jadi anak yang solehah.
cian ibu dan ayah saya yang telah banyak berkorban untuk saya ^^


di sinilah tempat saya menuntut ilmu bersama teman teman seperjuangan.
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR ( KUIS )


Tak ternilai pengorbanan yang telah ibu berikan untukku…
ibu lah yang melahirkanku,
seterusnya, menjagaku, mendidikku sehingalah aku jadi seperti sekarang…
ya Allah, jagalah ibu untukku,
berilah ibu kebaikan yang paling baik..
letakkanlah ibu dan ayahku, bersama-sama mereka yang soleh

Akhir kalam :
"Didalam rahim ku, generasi pemimpin berperibadi Muslim. Ditanganku, generasi pemimpin berperibadi Muslim."

No comments:

Post a Comment