Kumulakan bicara ini kepada kamu dengan menyebut nama Allah yang Agung. Maha Suci Allah yang menjadikan ana dan akhy, lelaki dan perempuan. Sebenarnya ana agak canggung untuk menulis tinta ini buat akhy. Ya, siapa pun akhy yang telah ditakdirkan Allah untukku, ana bersyukur seadanya, mengurniakan akhy padaku pada suatu masa yang telah Allah tetapkan.
Ana sedang menjaga hati ini hanya untuk akhy. Ana sedang menjaga diri ini untuk yang sah memiliki. Ana juga berharap yang sama dari akhy. Maka, ana tidak akan seenak-enaknya memberi senyuman manis kepada lelaki-lelaki lain. Ana juga tidak mungkin menyerahkan cinta dalam hati ini yang masih tersimpan rapi untuk akhy.
Bakal Zaujku ,
Ana cuma menginginkan akhy sedang dalam persediaan. Ana tidak kisah siapa pun akhy, yang penting akhy belajar. Menambahkan ilmu pengetahuan di dada, agar suatu hari nanti akhy boleh mengajar anak-anak kita dengan ilmu akhy. Ana tidak suka lelaki yang membuang masanya, berhabis masa bermain game PS2, atau chit chat kosong semata, atau hobinya melepak di warung-warung kecil di tepian jalanan. Kerana ana mementingkan ilmu sebagaimana ana sedang berusaha untuk meraih ilmu kini.
Ana juga mahu akhy yang tidak ku ketahui siapa kuat untuk berjaga malam demi merebut kasih Allah. Ana ingin, setelah pernikahan kita nanti, malam-malam kita diisi dengan tahajud cinta kepada-Nya bersama. Ana sangat menginginkan detik ini kerana ana sangat sukar melakukannya sendirian. Dan ana sangat mahu akhy yang menjadi imam pada setiap solat-solatku. Tolong tunaikannya...
Ana pasti sangat bersedih andai ana bisa dibuka hijab untuk melihat perlakuanmu kini, pemakaianmu, dan akhlakmu. Entahlah, dari dulu sehingga sekarang, ana sukar menerima lelaki yang memakai seluar pendek sehingga menampakkan aurat mereka. Ana sedang menjaga auratku juga dari terlihat oleh orang yang tidak sepatutnya, yang bukan halal bagiku. Ana sangat dukacita andai akhy yang aku tidak tahu siapa mudah patah hati dalam perjuangan menegakkan syiar di jalan Allah. Ana tidak mahu akhy mudah berputus asa, kerana ana akan sentiasa mendoakan akhy yang ana sendiri tidak tahu siapa sentiasa bersemangat menjulang panji-panji agama. Semoga akhy bisa menjadi seperti Asadullah.
Maafkan ana, jika sebelum kita bertemu ini, akhlakku masih pincang, kata hati sering diikuti. Kerana itu Allah belum menemukan kita, kerana kita masih dalam perjuangan; perjuangan memburu cinta Illahi. Agar kasih kita suatu hari nanti bersandarkan kasih-Nya.
Bakal Zaujku,
Ana sangat takut untuk mengharungi dunia ini seorang diri. Ana takut melihat jatuhnya akhlak remaja kini, ana takut andai ana terjerumus dalam semua itu. Ana juga khuatir melihat dunia kini semakin usang untuk didiami kerana tandusnya akhlak muda-mudi. Dunia kita kini jauh beza, dunia kita tidak sama dengan dunia Islam dahulu. Tiada lagi pemuda seperti Sultan Muhammad al-Fateh yang menakluk Kota Konstantinopel pada usianya 22/23 tahun. Kiranya, ana pernah minta kepada Allah, agar Dia mengirimkan engkau secepatnya kepadaku agar ana dapat berlindung kepadamu tapi ana tahu akhy masih dalam proses membina diri, maka ana tidak mahu mengganggu fokusmu.
Yang paling penting, semoga akhy dapat menghormati kedua orang tuaku dan anggap mereka sebagai orang tuamu juga. Kasihilah mereka dan ana minta agar ana dapat berbakti untuk mereka walaupun tanggungjawabku akan beralih padamu suatu ketika.
Siapa pun akhy ana terima seadanya, cuma ana mohon semoga kamu punya iman dan agama untuk membimbingku suatu hari nanti apabila tiba masanya saat kita dipertemukan Allah. Maafkan segala keterlanjuranku sepanjang hayatku sebelum kita dipertemukan; iaitu saat ini.
Akhir kata, semoga Allah melindungi akhy dan ana walau di mana pun kita berada. Semoga Allah lah yang akan menjadi urusan utama kita pada setiap ketika, semoga syiarnya kita bisa perjuangkan walau di mana jua kita berada. Ana berharap agar imanmu sentiasa sihat. Insyaallah, ana akan cuba sedaya upaya untuk menjaga diriku sebaik mungkin. Hidupku cuma ada Allah, dan itu keyakinanku. Semoga kita dipertemukan oleh Allah pada masa yang telah Dia tetapkan untuk kita. =)
Aku tidak meminta kesempurnaan dari kamu, aku cuma meminta persediaan dari kamu untuk bersedia membimbing dan dibimbing, mentarbiyah dan ditarbiyah serta mendidik dan terdidik.
Yang benar; Harlina ~
salam...ihsanti,...citer dan impian yg baik..semoga Allah temukan seseorang suami yg sejati..yg bisa kalian merasai mahligai syurga...insyallah....barakallahuma fikum
ReplyDeleteAamiin aamiin aamiin Ya Rabbal'alamin...
ReplyDeleteAamiin Ya Allah..
Mudah mudahan..
ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما
Subhanallah..hari ni ukhti sudah pun berkahwin...Alhamdulillah... syukur ke hadrat Allah..rasa sedih pulak hati ni...~.~ tak mungkin saya dapat sebaik yg ukhti dpt...kerana ukhti benar2 baik orangnya....semoga bahagia rumahtangga ukhti..Amin...
ReplyDelete