Bismillahirrahmanirrahim~
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Semakin masa berlalu, semakin hati bertambah-tambah bimbangnya’
Resah, sampai ke waktu ini diriku masih belum ‘menjadi sah’ oleh bakal Encik Zauj !
* * * * *
Resah, sampai ke waktu ini diriku masih belum ‘menjadi sah’ oleh bakal Encik Zauj !
* * * * *
OH MUSLIMAH ! OH HARLINA !
Wanita mula memikirkan soal kehidupan mereka apabila usia mereka mulai mencecah awal 20-an. Ia adalah fitrah. Kalaupun mereka buat-buat lupa, rasa itu tetap akan datang dengan sendirinya. Anda (muslimah) mungkin akan merasakan lebih resah dan bimbang apabila anda adalah salah seorang seorang muslimah yang saya nyatakan di atas.
Siapa yang tahu, betapa peritnya ingin menghadapi situasi sebegini. Perasaan ingin berkahwin dan mempunyai pasangan yang halal sudah pasti ada pada hati kecil seorang wanita sebagaimana seorang lelaki. Tetapi banyak sungguh halangan yang membantutkan hasrat itu. Hati wanita mana yang tidak cemburu melihat rakan-rakan seusianya ketika sama-sama menuntut di sekolah sudahpun berkahwin, ada juga yang telah beranak-pinak memiliki cahaya mata.
Kalau sakit, ada tempat untuk merintih, Kalau rindu ada hati untuk mengadu. Kalau cinta, ada insan sudi bermanja.
Begitulah hakikatnya seorang muslimah, soal jodoh sememangnya terlalu berat bagi mereka. Segala-galanya serba tidak kena jika urusan yang satu ini tidak selesai. Paling-paling kurangpun, diusia-usia 25 tahun ini, sudah ada ‘teman tapi mesra’ di sisi walaupun belum comfirm si dia untuk menjadi bakal suami. ITetapi tu lebih baik daripada tiada langsung, kuranglah sedikit kadar keresahan yang bersarang, rezeki masing-masing siapa yang tahu?
Ada satu risiko yang sering menghantui seorang wanita mahupun muslimah, yang tidak ada pada seorang lelaki dalam soal jodoh, iaitu ‘siapa mahu mencari siapa?’
Bagi seorang lelaki, mencari jodoh itu bukanlah masalah 'umat' yang terbesar untuk diri mereka, kalau terasa mahu berkahwin, bila-bila masa sahaja mereka boleh berusaha. Kena reject tu biasalah, kata lelaki? Namun, pernahkan anda terfikir ianya suatu yang sukar bagi seorang wanita? bukan mudah-mudah mahu mencari jodoh, nanti akan disindir sebagai wanita murahan yang terhegeh-hegeh.
Pepatah ‘Ketuanan’ Melayu ada menyebut: ‘Jangan menjadi perigi yang mencari timba’
Adakah seorang lelaki pernah sesekali memikirkan kondisi tersebut? Lelakikan ego!
Ketika itu, barulah lelaki tahu betapa mahalnya harga wanita yang bernama muslimah. Jangan terkejut kalau ada lelaki yang sanggup menangis-nangis hanya untuk memiliki wanita biasa. Menyesal tak sudah!
WAHAI LELAKI, HILANGKAN RESAH MEREKA (WANITA)
Ah! Mustahil dan janggal. Kerja ini seharusnya dimulakan oleh seorang lelaki.
Dalam masa yang sama, lelaki tidak harus bersikap memilih dalam usaha mencari bakal muslimah yang diinginkan. Apa salahnya jika anda menurunkan sedikit kadar kecerewetan anda dalam soal jodoh jika muslimah yang sudah ada di depan mata itu telah memiliki sedikit-sebanyak ciri-ciri yang dikehendaki oleh agama. Apa kurangnya wanita yang tidak berkaca mata, tidak mancung hidungnya, tidak ramping tubuhnya, tidak putih kulitnya, jika akhlaknya seindah pekerti Saidatina Aisyah r.ha.
Jika anda memilih wanita kerana cantiknya, bahawasanya rupa itu akan pergi apabila tiba usia tua, yang tinggal hanyalah agamanya (akhlaknya) untuk membahagiakan anda.
Kalaulah lelaki memahami ini semua, saya percaya wanita adalah manusia yang paling bahagia jika dikurniakan anugerah seperti ini.
YAKINLAH!
Ana sering memikirkan, mengapakah diciptakan seorang wanita itu dalam keadaan yang lemah dan di samping mereka didatangkan dengan pelbagai ujian yang kadangkala seorang lelaki sendiri tidak mampu untuk menghadapinya. Rupanya, disebalik kesusahan itu ada ikhtibar dan kurniaan lain untuk kegembiraan mereka, iaitu jalan mereka untuk ke syurga sangat mudah.
Muslimah jangan terus bersedih dengan keresahan apabila memikirkan soal jodoh yang tidak kunjung tiba. Jangan pula terlalu merendah diri, jika tidak mempunyai paras rupa cantik untuk terus berputus-asa dalam kehidupan. Perjalanan jodoh ini terlalu jauh dan luar biasa.
Muslimah tidak harus kalah dengan akhlak dan budi pekertinya walaupun pada diri anda memiliki sedikit kekurangan fizikal. Sebagaimana anda yakin dengan janji ALLAH yang lain, percayalah kata Tuhan pada ayat‘At-Thoiyibuna litthoiyibaat’ akan berpihak kepada anda suatu hari nanti. Anda cuma perlu berkorban dengan budi yang baik, pastinya pulangan untuk anda adalah seorang lelaki yang soleh sebagai ganjaran.
Ana terlalu yakin, tiada seorang muslimah yang molek pekertinya (akhlak) dibenci oleh seorang lelaki.
dik...akak nk share..=)
ReplyDeletesilakan kak :)
ReplyDeletesalam..mohon share kat fb...sweet article..=)
ReplyDelete