February 16, 2011

Anakku, Adikkau, Permataku

Assamualaikum w.b.t



Entah kenapa saya rasa macam nak tulis saja pada kali ini, pasal kanak-kanak zaman sekarang. Kanak-kanak zaman sekarang bukannlah seperti kanak-kanak zaman dahulu. Kanak-kanak zaman sekarang lebih bijak. Ini adalah disebabkan oleh pendedahan media massa yang dahsyat. Proses berfikir mereka juga sudah pun bermula. Bermacam-macam persoalan akan timbul di benak fikiran mereka dan kita sebagai orang dewasa tidak boleh menyekat proses ini kerana proses ini merupakan sebahagian daripada proses tumbesaran mental mereka..

Masyarakat terutamanya ibu bapa kena la sedar apa yang sedang dialami oleh kanak-kanak era ini. Mereka sekarang sedang terdedah dengan pelbagai unsur-unsur negatif luar tidak kira lah daripada barat ataupun daripada negara kita sendiri, bukannya macam zaman dahulu, tv pon tak ada.

Contoh yang paling dekat ialah mengenai sambutan Hari Krismas yang mempunyai kaitan dengan kewujudan Santa Claus, yang merupakan cerita dongeng atau tahyul. Melalui tv lah mereka percaya akan kewujudan Santa claus.

Contohnya, ada la seorang makcik ni, dia cerita mengenai anaknya yang dalam lingkungan darjah tiga. Beliau menceritakan betapa anaknya ingin sekali melihat santa di supermarket kerana nak dapat hadiah sehingga menangis-menangis. Dalam situasi yang lain, anaknya yang seorang lagi bertanya kepada maknya kenapa salji tak turun lagi? Sekarangkan dah bulan Disember, "nak sambut krismas" katanya.

Situasi-situasi ini saya ingin kongsikan kepada anda sekalian untuk menunjukkan betapa anak-anak ini telah terdedah dengan cerita-cerita tahyul ini. Memanglah dalam cerita-cerita santa atau krismas itu juga ada menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang dalam keluarga, kawan-kawan, dan membela nasib kanak-kanak. Tetapi sudah terang lagi bersuluh, cerita-cerita dalam tv atau movie tersebut bukannlah bersifat islami.

Kerana ada unsur-unsur percampuran bebas antara lelaki dan perempuan dan juga minum arak. Bukan itu sahaja, cerita-cerita seram yang makin banyak juga mempunyai pengaruh yang besar kepada kanak-kanak ini....terutamanya akidah mereka......

Ayuh semua abang, kakak, ayah, mak ambil peranan. Lengkapkan ilmu pengetahuan dalam diri. Lengkapkan ilmu pengetahuan untuk menerangkan dan membimbing anak-anak atau adik-adik kalian ke jalan yang lurus...lillahitaala....

Terapkan gaya hidup islam dalam usrah/keluarga kalian...agar diberkati bukan sahaja di dunia, bahkan juga di akhirat. Jadikan Al-quran dan As-sunah sebagai rujukan utama. Seiringkan urusan dunia dan akhirat....

No comments:

Post a Comment