Amat menyedihkan ketika saya melihat kaum wanita merokok ketika ‘melepak’ di kedai-kedai makan, apakah begitu nikmat menyedut asap yang diperbuat dari segala benda racun ini?. Statistik menunjukkan bahawa jumlah perokok wanita berumur di bawah 18 tahun semakin meningkat daripada lima peratus pada 1996 kepada lapan peratus daripada jumlah keseluruhan perokok di Malaysia sebanyak 3.6 juta pada 2000. Lebih membimbangkan ialah perokok wanita dewasa dijangka meliputi 10 peratus jumlah perokok di Malaysia menjelang 2025.
Lebih malang lagi ada juga sang ustaz dengan syoknya membuat pelbagai versi bentuk asap keluar dari muncung mulut bibirnya yang semakin hari semakin hitam. Ustaz yang merupakan “simbol” mewakili Islam telah mencemarkan Islam itu sendiri. Inilah fenomena barangkali dunia semakin penghujungnya?
Dari sudut environmentalist, perokok merupakan salah satu punca pencemaran udara global. Bayangkan sejuta manusia merokok dalam satu masa. Mereka bukan saja menyusahkan manusia yang lain, tetapi ‘menyakit’kan alam sekitar yang sedia ada.
Fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa sudah terang lagi bersuluh keharaman merokok. sehinggakan saya melihat kebanyakan masjid di kawasan sekitar ini sudah dipasang dengan sign board larangan merokok berserta dengan dalilnya. Sudah tentu saya menyokng inisiatif ini. Walaugaimanapun adakah pengharaman ini ditujukan kepada perokok semata-mata? bagaimana dengan penjualnya?.
Saya bukanlah seorang yang berautoriti untuk memberi fatwa, tetapi sekadar memberikan pandangan peribadi dan persoalan barangkali tidak ada salahnya. Untuk menghapuskan pencemaran, puncanya mestilah dicarigali terlebih dahulu. Inilah kaedah berkesan. Samada point source atau non-point source adalah perkara yang kedua.
Saya terfikir, apakah hukum menjual rokok? jika merokok itu haram, sudah tentu menjual benda haram turut menjadi haram. Menjual rokok tidak sama dengan menjual racun. Kerana racun sudah tentu bukan untuk diminum oleh orang yang waras otaknya. Tetapi rokok sudah tentu mahu dihisap oleh manusia yang waras untuk mengelakkan supaya menjadi tidak waras (mind setting perokok). Sebenarnya ketagihan merokok menyebabkan manusia menjadi tidak waras.
Apakah para peniaga muslim khususnya tidak pernah memikirkan sumber “rezekinya” bercampur aduk hasil jualan rokok? Adakah benda haram ini yang ingin disuapkan kepada anak-anak mereka? Orang kita sibuk tentang halal-haram sama ada bercampur babi atau tidak, atau kewangan terkena debu-debu riba. Bagaimana pula duit hasil jualan rokok?.
Salahnya orang kita bilamana larangan merokok dikhususkan kepada 18 tahun kebawah. Inilah barangkali pemikiran songsang yang pelik abad ini. Apabila rokok itu haram dengan sendirinya akan wujud dosa bagi pelakunya. Apakah mereka yang lebih 18 tahun “dibenarkan” berdosa?.
Sudah tiba masanya kempen tak nak merokok ditransformasikan kepada kempen “haram rokok”. Barangkali paklah mengikut kronologi pengharaman arak pada Zaman Nabi s.a.w, step by step. Cukai dinaikkan berserta dengan kompaun kepada perokok, tetapi sampai bila? Jika ada yang menjual sudah tentu ada yang membeli.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-maa’idah ayat 2 : “…Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuham”
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment