October 29, 2011

Kini, saya cuba membawa diri. Berjalan berseorang diri , Hanya ALLAH peneman hati.



Bismillahirahmanirahim...








Penulisan saya pada malam ini adalah ingin berkongsi cerita saya bersama-sama dengan blog. 
Pasti ada yang berasa hairan dan mula mempersoalkan, kenapa saya jadikan blog sebagai tempat perkongsian. Pada dasarnya penulisan saya bukan la jenis cerita peribadi tetapi ia lebih mengisahkan kehidupan yang saya lalui secara "sendiri".


Terkenang.


Teringat peristiwa lalu yang telah saya lalui dan sedang lalui. Pengorbanan Ibu dan Ayah yang bertungkus lumus untuk mempersiapkan majlis perkahwinan puteri bongsu yang tercinta. Untuk siapa ? Ya ! Untuk saya dan juga bakal suami.Gembira, Terharu, Sebak disatukan apabila saya mula mencari-cari seseorang untuk meluahkan kegembiraan, dan cerita saya untuk berkongsi bersama-sama.


Tetapi.....


Tiada siapa yang sudi. Mungkin kali ini saya perlu untuk belajar berhusnudzon lagi. Demi meraih ketenangan dalam diri. Walaupun pada hakikatnya, saya mula mengerti apa yang terjadi. Mencari dan terus mencari.
Kali ini saya gagal. Gagal dalam mencari "teman" untuk bersama-sama mendengar cerita saya.



Sangkaan saya mungkin mereka :
1. Sedang fokus belajar
2. Sedang memberi komitmen dalam program2 universiti
3. Sedang kepenatan
4. Sedang solat
5. Sedang tidur (kerehatan)
6. Sedang berstudy muka buka

dan sebagainya....


Saya belajar untuk memahami. Walaupun pada fitrahnya, manusia memerlukan teman untuk berkongsi cerita tidak kira berbentuk gembira ataupun sedih. Kini, saya cuba membawa diri. Berjalan berseorang diri , Hanya blog peneman hati. Terima Kasih, Teman ! kerana dirimu begitu berharga.


[ terkenang jasa ibu ayah . Sanggup meredah hujan untuk mencari cat bilik tidurku ! ]



mengetahui Allah itu sentiasa menemani, terasa ringan beban ujian...




October 23, 2011

saya sayang kamu, Sahabat !




Apabila berbicara soal keluarga, ibu bapa, orang yang dicintai dan dikasihi, sahabat-sahabat, pelajaran , saya lah orang yang paling mudah "sensitif" tentang hal itu. Bagi saya itulah pendorong saya untuk terus melangkah dan melangkah. Coretan serta luahan hati saya pada hari ini adalah berkenaan sahabat. 

*mengalir air mata*

Berbicara soal sahabat, saya teringat sebuah nasyeed kegemaran saya yang dinyanyikan oleh kumpulan Brothers yang bertajuk "Sahabat Sejati". Tidak jemu-jemu saya dalam menghayati cebisan lirik-lirik yang sungguh bermakna dalam erti sebuah persahabatan.

sememangnya manusia memang sangat mudah lupa daratan. kata ringkasnya seperti kacang lupakan kulit. Kalau dulu waktu susah kita lah segalanya. kita lah tempat untuk mengadu domba. kitalah tempat untuk bergantung. kitalah segala-galanya. ibarat seperti dunia tak lengkap tanpa diri kita.segala-galanya kita.

tapi,


bila dah jumpa kesenangan bersama orang lain, kita dibuang jauh-jauh. Ibarat kita dibuang ketengah laut. Dibiarkan lemas dan terkapai-kapai seorang diri. Tanpa menoleh walau sekali pun. Langsung tidak pernah terfikir dan ingat bahawa  kita lah yang membantu dia untuk bernafas dan terus hidup sebelum ni. mudahnya kamu lupakan jasa orang ya. Bukan untuk mengungkit, tetapi cukuplah sekadar untuk ingat yang hidup ini ibarat roda..

Terima kasih wahai insan sahabat yang saya sayangi <3 

       


Entah mana silapnya.

Mungkin pada kata-kata yang berbaur lain rasa dan 
cenderung tersilap sangka, mungkin juga perlakuan 
yang menuntun akal menafsirkannya dengan lain makna, 
mungkin dan mungkin dan terlalu banyak mungkin. 
Saya dah penat. Penat memikirkan mana silapnya dan 
silapnya dari siapa. Sebab makin difikir, makin saya 
tak jumpa tepiannya..





Entah apa khabar sahabat itu sekarang.. 






Harapan saya, doa saya, semoga sentiasa bahagia, 
selalu berada dalam lindunganNYA, walau kita mungkin 
mampu lagi jadi sahabat seakrab seperti dulu-dulu kala, 
saya tetap berdoa agar kamu beroleh kejayaan yang 
diingininya selama hidup ini. Ibu pesan tak baik 
gaduh-gaduh. 


Pengajaran yang saya dapat dari kesilapan kita,
 berterus teranglah walau kejujuran dan kebenaran itu 
kadang-kadang sangat pahit.. 




Dan jujurnya saya berterus terang, saya SAYANG kan kamu sahabat.. =)






p/s : Semoga kita bertemu di syurga ya sayang

October 21, 2011

Percaya pada Allah dan kamu tidak akan kecewa



Hari ni saya belajar tentang satu perkara yang sangat penting. Percaya pada Allah dan you will never regret. upset. Percaya dengan sepenuh keyakinan dan kerendahan hati. Dengan syarat..kita meminta kepada Dia dan bukan manusia. Contohnya apabila saya berdepan dengan pelbagai masalah. Memang sedih. stress. But saya akan mengelak mengadu pada manusia kecuali pada sahabat tertentu yang telah mendapat sepenuh kepercayaan saya. Justeru. Saya mohon pada Allah..tolong beri saya peluang kedua. Supaya saya boleh selesaikan persoalan dunia ini dengan sebaiknya. sebatas kemampuan diri. Tiada desakan pada masa. Tiada tekanan pada perasaan. Melainkan..berusaha perbetulkan kesilapan..berdoa. Yakin. dan Redha dengan ketentuan Allah dengan penuh kesabaran. The result..Alhamdulillah.


Hati saya sudah kembali lapang. Sebab Allah telah beri saya peluang kedua.


Percaya kepada Allah. Walaupun siapa kita. Seorang yang masih dan sentiasa berdosa.Jangan underestimate kemampuan diri untuk ada rasa percaya pada Allah. Pernah saya suarakan dalam hati..’Ya Allah..aku yakin. Engkau tidak mahu aku masuk ke dalam nerakaMu. Maka bimbinglah kerana aku sudah memutuskan kebergantunganku untuk dibimbing oleh manusia..

Redha




Sesuatu yang telah ditakdirkan untukku, pasti akan saya dapat meskipun saya lari darinya, dan sesuatu yang ditakdirkan bukan untukku, pasti saya tidak akan dapat walau saya mahu mendapatkannya



Ujian Illahi

Masih segar diingatan saya, pesanan yang penuh bermakna dari sahabat saya,


 "Matlamat kita hanya satu, inilah usaha atau jalan-jalan dalam menuju atau mencari redha Allah. InsyaAllah, perancangan kita jika baik urusannya di sisi Allah, DIA akan permudahkan melalui cara yang kita tidak sangka-sangka. Tetaplah keyakinan dan kepercayaan hanya padaNya, biiznillah, semuanya akan baik-baik belaka. Cuma ingat satu pesan penting, Tempoh Pertunangan adalah tempoh pasangan akan diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan sebelum memasuki alam perkahwinan. Ujian yang paling halus akan menjangkiti hati. Tempoh ini sememangnya untuk kita mengenali bakal pasangan kita, keluarganya, namun, gunakanlah pendekatan terbaik, dengan mengurangkan ruang-ruang untuk syaitan mencucuk virusnya pada hati kita ini. Jagalah hubungan pertunangan sebaiknya, demi keberkatan sebuah perkahwinan yang suci.Dugaan yang paling HEBAT adalah bagi mereka yang belajar atau mengaji dalam aliran agama. Hanya orang tertentu sahaja dipilih oleh Allah"


susah hati. sebak. sedih. keliru. buntu. 



Badan rasa berat sekali, kepala tepu. Sebak sendiri, saya rasa seperti mahu menangis. Terpandang Al-Quran hijau milik ibu, dan saya mencapainya. Saya selak malas lembar kuning pucat Al Quran itu, tiba-tiba saya terpandang ayat ini. Terasa Allah menampar saya dengan sekuat-kuatnya, dan saya menggigil kesakitan.
“Dan Dia telah memberikan kepadamu segala yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nesacaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah.” (Surah Ibrahim 14:34)
Saya tambah sebak. Kesalahan apa yang telah saya perbuat hari ini? Hak siapa yang saya tidak tunaikan hari ini? Bahagian siapa yang saya terambil hari ini? Tunjukkan ya Allah, hamba khilaf selalu! Istighfar gegar di dalam hati. Allah. Saya akui bahawa saya telah mencuri hak "mereka" untuk bersuara tanpa disangka. Saya tetap dengan keputusan saya. Terus saya menanggalkan cincin pertunangan yang telah disarungkan oleh bakal mertua pada 24 Julai yang lalu dan saya letakkannya di atas meja secara kasar. Itu cara saya melayani perasaan dan hasutan pada waktu itu. Allah. Saya dilekakan dengan beremosi selama 1 jam, solat masih belum saya kerja kan ! Ya Allah. ampunilah daku.




Terus saya berlari untuk mengambil wudhu' untuk mengerjakan solat fardhu Asar. 

Ya Allah..
Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah.. Permudahkan dan percepatkanlah urusan perkahwinan ku ya Allah.. Aku memohon pada mu Ya Allah.. Satu kan lah hati kami seperti mana Engkau satu kan hati Adam dan Hawa.. Lahirkanlah kasih sayang yang berkekalan antara kami Ya Allah.. Lahirkanlah ketenangan dalam hubungan kami Ya Allah.. Lahirkanlah kegembiraan dalam hubungan kami Ya Allah.. Kekal kan lah hubungan kami hingga ke Syurga mu Ya Allah.. Sesungguhnya hubungan yang kami bina ini untuk menggapai redha dari-Mu..Permudahkanlah Ya Allah.. Permudahkan lah.. Permudahkan lah urusan kami dunia akhirat..Amiin Ya Rabbal Alamin...



menangis.. air mata saya membasahi tikar sejadah. Allah. Hanya pada-Mu ku berserah..
berdoa agar Allah berikan saya kekuatan dalam menempuh segala ujian dan dugaan yang DIA berikan. Benarlah hikmah itu diminta dan dicari. Barulah kemudian ia diberi.  Hak Allah mahu menunjukkan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. 




Terus saya berlari menuju ke arah meja kecil yang terletak di sebelah katil untuk menyarungkan cincin pertunanganku di jari manis saya semula. Sambil mengalir air mata. Ya Allah. Apa yang telah ku lakukan ini. Saya bersandar seketika. Berfikir sejenak, muhasabah diri semula. Ya, kelakuan saya tadi tanda saya seorang yang tidak bersyukur dengan segala ujian dan dugaan yang Allah kirim kan. Hendak sahaja lari dari masalah tanpa terus berjalan ke hadapan mengharungi NIKMAT ujian itu.




Allah tidak akan memberatkan kita dengan kesakitan diluar kemampuan kita menanggungnya. Bila diberi uji, bermakna kekuatan untuk menerimanya ada di dalam diri. Janganlah mengaku tewas sebelum usai ujian. Bukankah kalian sudah mengishtihar cinta kepada Allah? Sudah berjanji beriman denganNya? Di situlah letaknya sebab ujian. Benarkah cinta, tapi tak pernah teruji? Benarkah iman, tapi belum didatangkan cubaan? Janji Allah, bersama kesusahan, ada bersamanya jalan kemudahan.




Saya percaya kalian meminta sabar di atas ujian. Kami yang di sekeliling ini juga sangat mendoakan kamu agar di beri kesabaran. Tetapi bagaimana sebenarnya hakikat sabar itu? Sabar tidak lahir bersama dengan lahirnya seorang manusia. Sabar itu tidak diberi dengan di angkat semua kesusahan dan diganti kesenangan. Sabar juga tidak akan datang dalam satu dos suntikan. Sabar itu sifat yang dipupuk. Kita semua meminta sabar, maka Allah datangkan ujian demi ujian lagi, tambah berat, tambah susah. Mengapa? Kerana setiap takah ujianNya yang kita berjaya lepasi, di situlah dos sabar yang kita perolehi. Semakin banyak yang kita lepasi, semakin besar sabar yang kita kumpul. Sehinggalah, pada satu ketika kita tidak terasa beratnya ujian Allah, malah bersama kesakitan itu, lebih dekat kita dengan Allah. Nah, saat itu sudah cukup pakej sabar yang ada pada diri kita. Sudah termakbul doa kita yang meminta-minta supaya diberikan kesabaran.





Terfikir pula tentang Rasulullah SAW, betapa beratnya ujian untuk baginda, dipaksakan kehilangan demi kehilangan, di suakan kesusahan di jalan dakwah, sedangkan baginda itu kecintaan Allah. Rupanya, ujian-ujian itulah yang membentuk kesabaran yang sangat hebat. Sabarnya baginda menjadi kamus rujukan untuk segala bentuk kesusahan kita pada hari ini.

Bersyukurlah dengan ujian, memintalah diberikan kesabaran. Ramainya manusia yang di ‘dera’ di zon selesa, tiada mereka menambah apa-apa dari kehidupan. Melainkan mereka menyangka sangat disayangi Tuhan, sedang nikmat di sekeliling itu hanyalah istidraj yang kelak di akhirat akan sangat menyiksakan.

Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran. (Al-’Asr 103:1-3)

Jika di universiti, apabila ujian menimpa, saya akan beriktikaf di Masjid Al-Azhar. mengerjakan solat sunat, membaca al-quran, membaca al-mathurat dan tidur sebagai kerehatan. Bukan untuk mengelak dari mengharungi dugaan , tetapi untuk mengadu kepada Allah swt supaya kurniakan saya sebuah kekuatan yang tiada tandingannya. Tetapi disebabkan sekarang sedang cuti semester, apabila ujian menimpa, saya akan terus mengambil wudhu', mengerjakan solat sunat dan memasang ayat suci al-quran dengan kuat. memang TENANG selepas itu ! Percayalah. Selepas terasa tenang, terus saya akan berblogging untuk meluahkan serta dalam masa yang sama muhasabah diri semula dan sebagai pengajaran buat sahabat2 yang saya kasihi..

Windows Media Player sedang mengalunkan sebuah Nasyeed yang bertajuk keinsafan diri oleh Fursan..

Ya Allah..saya memang teringin sangat nak share sebuah lagu nasyid yang mempunyai melodi serta bait lirik yang cukup indah. kamu tahu..lagu ni mampu membuat saya mahupun sesiapa sahaja yang sedang leka dengan dunia ketika itu.  terus terdiam. terpaku. speechless. menggeletar seluruh badan bila fikirkan kealpaan diri..memang menangis.







Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari ilahi

Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari tuhan yang esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali

Ku tidak layak kesyurgamu
Namun tak sanggup ke nerakamu
Kutunduk sujud merendah diri
Kembali padamu

Ku tetap setia
Padamu oh tuhanku
Akan ku patuhi segala
Suruhanmu

Akan ku jauhi
Segala laranganmu
Itulah tanda cinta
Cinta ilahi




Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sesekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali jangan syaitan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), kerana sesungguhya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongan supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala. Orang-orang yang kafir bagi mereka azab yang keras. Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh bagi mereka ampunan dan pahala yang besar. (Fathir 35:5-7)




Bersangka baik dengan ribut dan taufan yang datang. Tak mengapa jika langkah mesti terhenti. Lihat kembali, kamu sebenarnya dipaksakan selamat. Dan jika kamu di suruh menelan kepahitan dan kesusahan, tak mengapa juga, kerana itulah masa kamu akan semakin mengenaliNya. Saya berjalan mengikuti jejak cinta sejati. Kamu juga, marilah serta bersama. Ikutlah ini, jalan cinta sejati. Adakah kamu?
Damai sepertiga malam. Saya memandang pada satu jalan. Saya memanggil Kamu, si Pemilik jalan. Kamu datang. Bisik saya, jangan menjauh, saya takut sendiri. Kamu balas kembali, “Aku tidak pernah menjauh, hanya hambaKu yang selalu begitu.”Kamu dan saya. Rasa gembira. Rasa cinta. Rasa kehilangan. Rasa rindu. Rasa susah. Mahu meluah. Di sini, Allah ada mendengarkan. Sangat halus pengetahuanNya. Lebih belas pula kepada hambaNya. Mari, jangan pernah putus harapan. Jangan hilang pergantungan. Kerana kita punya Tuhan.




Terduduk sendiri. Dia menangis. Dalam rintih dia mengadu, “Allah, lihatlah kepada aku yang telah kembali berbuat dosa kepadamu. Allah, hambaMu ini tidak berlaku taat kepadaMu..” Silau cahaya entah dari mana, terang dan memberikan damai kepadanya. Tidak mengapa berbuat silap, asalkan insan segera bertaubat. Syurga itu bukan kerana kaya amal kebaikan. Bahkan syurga itu kerana rahmat Tuhan. Kemaafan insan dengan separuh hati pemberian, sedang keampunan Tuhan melupuskan kesalahan. Lihat, di sana, Allah ada untukmu. Melangkahlah. Jangan menunggu lagi.





October 15, 2011

Menenangkan Hati




Anda mungkin boleh jadi cantik, mungkin boleh jadi lawa dan seantaranya tetapi mampukah anda jadi someone yang menenangkan? Dalam pencarian pasangan, kita biasa lihat pasangan yang tak hensem dapat yang lawa, yang hensem dapat yang tak lawa dan sebaliknya. Agak2 kenapa terjadi begitu? Kerana yang dicari dalam sesuatu perkahwinan adalah ketenangan. Tak cantik takpe, tak hensem takpe, asalkan si dia menenangkan hati dan dengan ketenangan itu boleh menyebabkan ibadah kita pun seronok :) ♥






       P/S: semoga saya menjadi penyejuknya :'D






Kenapa Berusrah ?


Bersembang dengan teman, saya ditanya, “Kenapa berusrah?” . Saya gelak dahulu baru menjawab.
“Sebab syurga itu subjektif.” kata saya.
“ Ah, kamu dengan falsafah kamu. Sudah, tolong ringankan untuk saya, untuk apa usrah itu?” Saya mengekek kecil, lucu melihatkannya serabut.
Manusia selalu memberi definisi syurga berdasarkan sempit rasa keseronokan yang mereka rasa. Contohnya, ada golongan mendapat kejayaan yang tidak putus-putus, maka mereka mengatakan bahawa mereka di dalam syurga kejayaan. Tapi nanti bila mereka dipaksakan gagal? Bagaimana? Masih adakah syurga mereka?
Bagi ahli muzik, ahlia perniagaan, ahli cinta dan apa jenis ahli sekali pun, akan mendifinisikan syurga mengikut ilmu dan rasa mereka. Nah, bukankah syurga itu subjektif?
Kita yang muslim, bagaimana pendapat kita tentang syurga?
Muslim yang beriman dengan kehidupan akhirat, harus memandang syurga dari perspektif  yang kekal.
Dunia ini seperti permainan, olok-olok sahaja. Syurga sepatutnya kekal, tidak ada lagi kesakitan dan kesusahan sesudahnya. Syurga itu kemenangan akhir yang dekat sebenarnya. Bagaimana indahnya syurga? Oh tidak terbayangkan walau dikerah seluruh akal manusia. Karanglah hikayat tentang indahnya syurga, syurga itu lebih indah dan tidak pernah terdengarkan oleh manusia.
Sekali lagi syurga itu subjektif. Untuk memasukinya, terpulanglah kepada manusia.
Jika kamu meletakkan syurga sebagai kewajipan ke atas diri kamu untuk memasukinya nanti, maka kamu akan mewajibkan diri kamu untuk berada di dalam kebaikan. Sentiasa.
Tetapi jika kamu mensasarkan syurga itu hanya sebagai pilihan, maka kamu akan memilih-milih untuk berbuat kebaikan. Hati jadi berbolak balik samada mahu duduk dalam kebaikan yang membosankan atau bebas dalam kejahatan yang menyeronokkan. Tapi kamu perlu simpan fakta ini kemas-kemas di dalam kepala, bahawa kamu boleh meneruskan kehidupan di akhirat samada dengan memasuki pintu syurga atau diheret ke neraka. Tiada tempat lain di antara kedua-duanya. Syurga itu sebaik-baik tempat kembali, neraka pula tempat untuk mereka yang dahulu di dunia memilih untuk merugi.
Saya, beratur di barisan kumpulan yang pertama. Meletakkan syurga itu wajib ke atas diri saya, maka saya wajib meletakkan diri saya sentiasa di dalam kebaikan. Saya tidak nampak cara lain untuk kekal di dalam kebaikan kecuali berada di dalam kumpulan manusia yang saling mengingatkan. Dan usrah menawarkan suasana solehah itu. Allah jelas memberitahu bahawa dunia ini hanya permainan, dijadikan indah dan melalaikan seperti di dalam surah Al Hadid 57:20.
 Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan (hiburan), perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.
Tiada apa yang boleh dibanggakan di dunia ini sebenarnya. Bila keluar roh dari jasad, badan yang segak, rupa yang molek jadi santapan ulat. Tiada harta, tiada karier, tiada anugerah atau apa sahaja yang boleh membuatkan malaikat Mungkar dan Nakir tersenyum nanti. Melainkan amal soleh yang di kumpul semasa hayat.
Dan Allah juga telah bersumpah atas nama masa, bahawa manusia itu rugi, kecuali yang berpesan-pesan untuk mentaati kebenaran dan menetapi kesabaran seperti di dalam surah Al-Asr 103:1-3.
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan nasihat menasihati kepada kebenaran dan kesabaran.
Untung atau rugi, syurga atau neraka, terpulang kepada kamu sebenarnya.
Saya kulum senyum, hurai jawapan satu-satu di dalam hati. Si teman jadi kurang sabar, menarik muncung. Saya ketawa lagi, sengaja beri si teman kerja. Mahu dia baca sendiri tulisan saya di laman ini. Hihi.
Pesan: Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. Tidak akan tertipu melainkan orang yang tidak berfikir. Jadi, jangan tertipu ya!

Kasih Sayang


Saya menulis dengan cinta dan bermaksud memaknakan cinta. Saya mahu berkongsi sedikit kisah hidup saya juga orang yang berhampiran saya. Saya percaya dalam setiap perkara yan berlaku ada hikmah yang sarat. Saya mahu sesiapa yang membaca juga melihat suka dan derita mereka sebagai hikmah yang berat dengan kasih sayang Allah. Bukankah kita mengakui Allah sebagai kekasih yang utama? Kita juga maklum bahawa Allah amat belas dan kasih kepada kita. Sayangnya Tuhan kepada kita tidak terlawan ‘cinta omong kosong’  kita hambaNya. Jadi bagaimana pantas seorang kekasih (Allah) menyakiti kekasihnya?
Allah itu Maha Halus. Kasih sayangnya juga halus, sangat rahsia. Bagaimana pula mahu menembusi rahsia kasih sayang Allah? Mudah saja, bersangka baiklah selalu dengan Allah, diberi suka atau dipaksa sakit, semuanya dengan maksud menghampirkan kita kepadaNya.

October 14, 2011

Sendiri



Hampir setiap hari sebenarnya saya menaip sesuatu untuk laman ini tetapi sudahnya saya padam semua. Janji saya dahulu laman ini mahu berkongsi hikmah. Saya bimbang sekali jika saya sasar dari janji awal. Saya bimbang jika laman ini saya jadikan seperti diari biasa. Tidak pernah ada maksud untuk saya menyumbang cebis remeh dari hidup saya untuk dibaca orang. Kerana itu saya padam semua tulisan lewat ini. Risau kalau laman ini nanti mencipta kebergantungan saya terhadap manusia. Berkongsi hikmah memerlukan saya mencipta emosi di dalam tulisan. Tetapi, menulis dalam keadaan yang beremosi bukanlah satu perkara yang bijak.

Kosong. Rapuh. Sendiri. Mungkin itu kata terbaik untuk menghurai keadaan saya. Ada rasa takut yang tiada  punca. Tidak sedap hati yang tidak berasas. Mungkin kesan dari pil penahan sakit juga. Jarang menelan ubat dengan alasan tidak toleren dengan dadah. Terdesak begini, terpaksalah juga. Sebulan ini rasanya seperti sedang dihukum berat oleh Allah. Seolah-olah diabaikan Allah, diserahkan kepada yang sama tidak berdaya.  Mudahnya memberi kata semangat kepada orang. Susahnya bila terpaksa memujuk diri sendiri. Mudahnya untuk melakukan pembetulan teknikal atas kesilapan luaran. Bila hati yang berlebihan menuntut begitu begini, adakah penyelesaian bukan-teknikal yang mungkin? Uh..

Seboleh-bolehnya saya memaksa diri mencari sudut positif dari kejatuhan ini. Diikutkan rasa hati, saya mahu menjauh dari semua. Tinggal tugasan, tinggallah kawan. Semakin saya meminta diberi kekuatan, semakin Allah hantarkan manusia-manusia yang meminta nasihat untuk kebangkitan. Paksa senyum, paksa berkongsi. Tidak mengapalah,bukankah kebaikan selalunya bermula dengan paksa.

Saat rasa sungguh-sungguh berat, alam sangat memujuk. Allah izinkan hujan yang kerap dalam sebulan ini walaupun bahang cuaca cukup panas untuk membakar baran. Hujan kegembiraan saya. Alhamdulillah. Ada pokok besar di sebelah bilik. Seronok sekali ‘membunuh masa’ sambil memerhati kejadian pokok yang gagah ini. Aneh benar penciptaan Tuhan. Indah sungguh kejadian. Melihat langit, burung yang sangat bising bercerita sesama sendiri, manusia yang sibuk dengan yang tiada dan merasakan hujan yang tidak dapat diramal kemesraannya, saya rasa senang sekali. Saya kirim Fatihah, zikir dan doa untuk semua yang saya kenali dan sayangi. Mudah-mudahan dimudahkan urusan semua. Mudah-mudahan diberikan kesabaran atas ujian. Diganti kesusahan dengan kebaikan akhirat. Mudah-mudahan takdir kita tidak terlepas dari pemeliharaan Allah. Ada takdir terbaik, yakinlah!

Alhamdulillah, minggu ini usai separuh daripada persiapan walimah saya yang akan berlansung tidak lama lagi. Tugasan berat juga sudah disempurnakan. Berhenti seketika, saya memandang kebelakang.  Rupanya kekosongan itu kerehatan buat saya. Selalu saya merasakan sendiri, tidak berhak meminta-minta untuk didengar oleh orang lain, hidup saya adalah untuk orang lain. Benar, Allah sangat mendengarkan. Tetapi akal selalu mencabar. Hati meminta diadakan seseorang dihadapan buat lawan bercerita. Benarkah saya begitu ter ‘isolasi’ ? Melihat jauh di dalam diri, saya temukan seorang sahabat sejati. Maafkan saya teman, kerana selalu mengambil mudah keberadaan kamu untuk saya. Maafkan hak-hak yang tidak terjaga. Setianya kamu bersama saya, walaupun kamu diri yang  selalu saya abaikan. Kamu cermin saya, diri saya. 

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (Aali Imran 3:133 )

Sudah semakin stabil. Alhamdulillah.  Selalu manusia merasakan kekosongan ini. Sendiri dan tiada erti.  Bagi yang muslim, bersyukurlah, kerana Allah sebenarnya sangat merindukan kamu. Bonusnya, kerana kamu punya rasa bertuhan. Tidak salah berhenti seketika. Kamu manusia biasa. Tetapi jangan terlalu lama. Jangan bertangguh-tangguh mencapai kebaikan baru. Sudah lama kamu hilang di tengah sibuk dunia yang tidak ada apa. Kamu lupa untuk berlama-lama dengan Allah. Jadi Allah rindu untuk mendengar kamu merayu dan meminta-minta kepadaNya. DiletakkanNya rasa kosong di hati, rasa sempit di tengah-tengah dunia yang luas ini. Dipaksakan kamu sendiri, seolah-olah tiada siapa yang peduli.  Sebenarnya Allah menarik kamu kembali supaya tidak jauh sasar dari syurga. Sebenarnya, Allah membetulkan tali tawakal kamu yang semakin kendur kepadaNya.

Alangkah mudahnya hidup, bila selalu bersangka baik dengan Tuhan. Percayalah!

[Kehidupan] : Saya mula RISAU kan keadaan dia di sana setelah mendapat khabar berita tentang itu. Allah. Semoga keadaan kamu dan rakan-rakan baik-baik sahaja . Jaga Diri ya ! Itulah pesan ku padanya tidak putus-putus. Hanya kiriman doa yang mampu saya kirimkan dari jauh. Semoga Allah memelihara kamu. Khair insyallah.





Hei hei..


“Hei..”
“Hei.”
“Lama tak berkongsi di blog?”
“Oh..hm..”
“Kenapa?”
“Tak ada apa-apa.”
“Sibuk?”
“Ada ke orang yang tak sibuk?”
“Haha..Kenapa?”
“Haha.. sebab aku kata nak kongsi hikmah..”
“Ok..”
“Jarang manusia nampak hikmah masa ujian tu datang..Selalunya hilang mendung barulah kita sedar Allah nak berikan hujan dengan kebaikannya. Ujian selesai barulah nak sangka baik dengan Allah.”
“Kau ni cakap pasal kau ke? Ada masalah ke?”
“Aku cakap pasal manusia. Aku bukan manusia ke?”
“Pergh.. kene smash balik..”
“Haha..”
“Hm..kenapa mesti tentang hikmah?”
“Hikmah tu apa?”
“Erk..”
“Ha.. tulah.. main tebak je. Cakap dengan aku mesti pegang satu kamus lain kali tau.”
“Yela.. yela.. aku carik satu kamus poket nanti..”
“Haha..guraula..Hikmah tu kebijaksanaan Allah. Bukan kepandaian manusia. Kerja kita, cari kebijaksanaan Allah dalam setiap kejadian.Bukan memandai-mandai menghukum tak tahu hujung pangkal.”
“Aku ingat dah. Orang yang mencari hikmah akan diberi hikmah juga!”
“Yup.Markah penuh!”
“Laparnye.. jom makan pizza?”
“Pizza Hut ke? TAK BOLEH!!”
“Aiseh lupe pulak aku.. cari penyakit ajak engkau..”
“Jom kita cari kamus poket?”
“Serius? Taknak…”
“Haha..”


Orang yang mencari hikmah ialah orang yang tidak pernah dan tidak akan kalah. Kerana sangka baik hamba kepada Tuhannya itu kekuatan yang mendorongnya jauh dari dalam. Tak terkalahkan, tak terpesongkan, dengan apa, dan siapa pun.

- off -


Usia Muda

Setiap kesusahan, saya mintakan  Allah beri ganjaran baik yang banyak sekali.
Alhmdulillah, Allah izinkan saya ‘basah’ dengan majlis ilmu sepanjang berada di rumah.
Perkongsian ini mungkin sudah ‘sejuk’ kerana tempoh yang lama dari hari program. Tak mengapalah, saya mahu berkongsi juga.
matlamat utama musuh Islam ialah menghilangkan akidah Islamiah dari hati-hati umat Islam. Macamana caranya? Mereka merosak akidah umat Islam kemudian memadamkan roh jihad. Maka hasilnya, jadilah iman individu muslim itu di dalam keadaan  syak kepada dirinya sendiri, berubah prinsip muslim itu daripada kewajipan bekerja kepada muslim yang tawakul sahaja. Akhlak mulia muslim juga di ‘jenamakan’ semula kepada muslim berakhlak buruk.
Butakah mata kita untuk melihat bahawa tersusunnya agenda sang musuh? Kufar menyediakan barisan tenteranya yang  mahir dalam semua bidang untuk menyerang kita dari segenap ruang dan peluang. Ini hanya musuh zahir, belum lagi musuh yang ada di dalam diri kita, luaran dan dalaman. Kalaulah kita memikirkan semua ini sungguh-sungguh, sebenarnya kita di serang bertubi-tubi. Mungkin boleh dimetaforakan begini. Pokok yang asalnya dari induk yang baik, selepas berada di tanah dan sedang mahu tumbuh subur, kemudian di suakan kepada matahari yang terlampau terik, usai itu bah pula, dan bila tumbuh sahaja pucuk muda, ada  tangan-tangan jahat yang mahu memetik atau menuangkan racun, kumbang dan beluncas datang mencari makan, merosak batang dan daun. Kemudian di akarnya pula, racun mematikan fungsi serapan air, di dalam pokok yang baru mahu besar itu pula ada virus yang datang dari entah mana. Agak-agak bolehkah pokok itu tumbuh subur seperti induknya? Bolehkah? Kalau tak ada perisai yang benar kuat, saya membayangkan pokok itu menyambung kitar alam sebagai humus kepada tanah. Mati.




Begitulah kita, andai serangan-serangan musuh itu seperti batu, kita dibalingkan dengan batu-batu itu 24 jam tanpa henti. Kita luka dengan teruk sekali sebenarnya. Parahnya mungkin boleh menyebabkan kematian.
Namakan apa sahaja, dalam bidang apa sahaja, musuh kita menunggu dengan ‘senyum mesra’ memujuk kita mula mengatakan “Tak apa..” . Apabila kita jinak dan mula mengatakan ‘tak apa’ maka kita telah mula terdedah kepada bahaya meringankan syariat dan aqidah seterusnya. Hiburan tanpa henti, teknologi terkini, wanita, fesyen, makanan dan minuman, keperluan harian, kenderaan, sistem pendidikan, kewangan dan segalanya pada hari adalah dalam acuan musuh. Sedarkah?
Semasa senggang rehat di daurah tempohari, saya termenung sendiri. Saya maklum dengan agenda musuh. Saya faham selok belok kasar strategi mereka. Tapi dari titik mana saya harus bermula? Di mana saya boleh muntahkan kesedaran saya dan kebencian kepada musuh agama saya? Ah, mestinya bermula dari faham. Mengenali potensi diri saya, mengenali agama saya, mendalami segala anasir yang boleh menggugat langkah saya, dan mula melangkah. Dengan membina faham, bermaksud membina perisai untuk menangkis serangan yang makin lebat. Di mana pasak kekuatan perisai saya? Pada kuatnya hubungan saya dengan Allah.
Saya orang muda. Semangat di dalam diri saya besar dan menyala-nyala. Tetapi saya tahan di hujung jari, saya tahan juga di hujung lidah. Supaya saya tidak salah menyalurkan semangat muda ini. Supaya saya tidak sasar menyakiti sesiapa, juga. saya rendahkan diri dengan serendah-rendahnya menadah ilmu dari halaqah. Saya paksakan diri saya melalui disipilin ilmu dari halaqah. Dikit-dikit saya catumkan ilmu yang saya tadah, bentuk kefahaman dan saya keluarkan di hujung jari dan lidah dengan semangat yang sudah terbentuk.
Semangat terbentuk? Tak pernah dengar? Begini, lihat anak muda hari ini berhibur di konsert-konsert atau semasa mereka mengamuk? Itu contoh semangat yang sasar dan samar matlamatnya.  Kekuatan semangat mereka yang terbentuk boleh membuatkan dunia ketawa atau meruntuhkan satu negara. Kalaulah semangat anak-anak muda dapat dilentur, mashaAllah, saya membayangkan manusia seperti Solehuddin Al-Ayyubi, Umar Abdul Aziz, Ibnu Sina, di mana-mana sahaja.

Sabda Nabi, “Berlaku baiklah pada pemuda. Kerana mereka adalah yang paling lembut hatinya. Allah mengutusku dengan agama yang lembut, lalu pemuda membantuku. Sedang orang-orang tua menyanggahiku.”

 Jangan dilentur besi yang baik dengan kuatnya semangat. Bimbang nanti ia patah. Lenturlah perlahan-lahan dengan faham ilmu dan hikmah. Kelak kamu menjadi besi yang membantu dengan kekuatannya. Tidak patah kerana rapuh karat yang sia-sia.