Hari ni saya belajar tentang satu perkara yang sangat penting. Percaya pada Allah dan you will never regret. upset. Percaya dengan sepenuh keyakinan dan kerendahan hati. Dengan syarat..kita meminta kepada Dia dan bukan manusia. Contohnya apabila saya berdepan dengan pelbagai masalah. Memang sedih. stress. But saya akan mengelak mengadu pada manusia kecuali pada sahabat tertentu yang telah mendapat sepenuh kepercayaan saya. Justeru. Saya mohon pada Allah..tolong beri saya peluang kedua. Supaya saya boleh selesaikan persoalan dunia ini dengan sebaiknya. sebatas kemampuan diri. Tiada desakan pada masa. Tiada tekanan pada perasaan. Melainkan..berusaha perbetulkan kesilapan..berdoa. Yakin. dan Redha dengan ketentuan Allah dengan penuh kesabaran. The result..Alhamdulillah.
Hati saya sudah kembali lapang. Sebab Allah telah beri saya peluang kedua.
Percaya kepada Allah. Walaupun siapa kita. Seorang yang masih dan sentiasa berdosa.Jangan underestimate kemampuan diri untuk ada rasa percaya pada Allah. Pernah saya suarakan dalam hati..’Ya Allah..aku yakin. Engkau tidak mahu aku masuk ke dalam nerakaMu. Maka bimbinglah kerana aku sudah memutuskan kebergantunganku untuk dibimbing oleh manusia..
No comments:
Post a Comment