"Matlamat kita hanya satu, inilah usaha atau jalan-jalan dalam menuju atau mencari redha Allah. InsyaAllah, perancangan kita jika baik urusannya di sisi Allah, DIA akan permudahkan melalui cara yang kita tidak sangka-sangka. Tetaplah keyakinan dan kepercayaan hanya padaNya, biiznillah, semuanya akan baik-baik belaka. Cuma ingat satu pesan penting, Tempoh Pertunangan adalah tempoh pasangan akan diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan sebelum memasuki alam perkahwinan. Ujian yang paling halus akan menjangkiti hati. Tempoh ini sememangnya untuk kita mengenali bakal pasangan kita, keluarganya, namun, gunakanlah pendekatan terbaik, dengan mengurangkan ruang-ruang untuk syaitan mencucuk virusnya pada hati kita ini. Jagalah hubungan pertunangan sebaiknya, demi keberkatan sebuah perkahwinan yang suci.Dugaan yang paling HEBAT adalah bagi mereka yang belajar atau mengaji dalam aliran agama. Hanya orang tertentu sahaja dipilih oleh Allah"
susah hati. sebak. sedih. keliru. buntu.
Badan rasa berat sekali, kepala tepu. Sebak sendiri, saya rasa seperti mahu menangis. Terpandang Al-Quran hijau milik ibu, dan saya mencapainya. Saya selak malas lembar kuning pucat Al Quran itu, tiba-tiba saya terpandang ayat ini. Terasa Allah menampar saya dengan sekuat-kuatnya, dan saya menggigil kesakitan.
“Dan Dia telah memberikan kepadamu segala yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nesacaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah.” (Surah Ibrahim 14:34)
Saya tambah sebak. Kesalahan apa yang telah saya perbuat hari ini? Hak siapa yang saya tidak tunaikan hari ini? Bahagian siapa yang saya terambil hari ini? Tunjukkan ya Allah, hamba khilaf selalu! Istighfar gegar di dalam hati. Allah. Saya akui bahawa saya telah mencuri hak "mereka" untuk bersuara tanpa disangka. Saya tetap dengan keputusan saya. Terus saya menanggalkan cincin pertunangan yang telah disarungkan oleh bakal mertua pada 24 Julai yang lalu dan saya letakkannya di atas meja secara kasar. Itu cara saya melayani perasaan dan hasutan pada waktu itu. Allah. Saya dilekakan dengan beremosi selama 1 jam, solat masih belum saya kerja kan ! Ya Allah. ampunilah daku.Terus saya berlari untuk mengambil wudhu' untuk mengerjakan solat fardhu Asar.
Ya Allah..Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah.. Permudahkan dan percepatkanlah urusan perkahwinan ku ya Allah.. Aku memohon pada mu Ya Allah.. Satu kan lah hati kami seperti mana Engkau satu kan hati Adam dan Hawa.. Lahirkanlah kasih sayang yang berkekalan antara kami Ya Allah.. Lahirkanlah ketenangan dalam hubungan kami Ya Allah.. Lahirkanlah kegembiraan dalam hubungan kami Ya Allah.. Kekal kan lah hubungan kami hingga ke Syurga mu Ya Allah.. Sesungguhnya hubungan yang kami bina ini untuk menggapai redha dari-Mu..Permudahkanlah Ya Allah.. Permudahkan lah.. Permudahkan lah urusan kami dunia akhirat..Amiin Ya Rabbal Alamin...
berdoa agar Allah berikan saya kekuatan dalam menempuh segala ujian dan dugaan yang DIA berikan. Benarlah hikmah itu diminta dan dicari. Barulah kemudian ia diberi. Hak Allah mahu menunjukkan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Terus saya berlari menuju ke arah meja kecil yang terletak di sebelah katil untuk menyarungkan cincin pertunanganku di jari manis saya semula. Sambil mengalir air mata. Ya Allah. Apa yang telah ku lakukan ini. Saya bersandar seketika. Berfikir sejenak, muhasabah diri semula. Ya, kelakuan saya tadi tanda saya seorang yang tidak bersyukur dengan segala ujian dan dugaan yang Allah kirim kan. Hendak sahaja lari dari masalah tanpa terus berjalan ke hadapan mengharungi NIKMAT ujian itu.
Allah tidak akan memberatkan kita dengan kesakitan diluar kemampuan kita menanggungnya. Bila diberi uji, bermakna kekuatan untuk menerimanya ada di dalam diri. Janganlah mengaku tewas sebelum usai ujian. Bukankah kalian sudah mengishtihar cinta kepada Allah? Sudah berjanji beriman denganNya? Di situlah letaknya sebab ujian. Benarkah cinta, tapi tak pernah teruji? Benarkah iman, tapi belum didatangkan cubaan? Janji Allah, bersama kesusahan, ada bersamanya jalan kemudahan.
Saya percaya kalian meminta sabar di atas ujian. Kami yang di sekeliling ini juga sangat mendoakan kamu agar di beri kesabaran. Tetapi bagaimana sebenarnya hakikat sabar itu? Sabar tidak lahir bersama dengan lahirnya seorang manusia. Sabar itu tidak diberi dengan di angkat semua kesusahan dan diganti kesenangan. Sabar juga tidak akan datang dalam satu dos suntikan. Sabar itu sifat yang dipupuk. Kita semua meminta sabar, maka Allah datangkan ujian demi ujian lagi, tambah berat, tambah susah. Mengapa? Kerana setiap takah ujianNya yang kita berjaya lepasi, di situlah dos sabar yang kita perolehi. Semakin banyak yang kita lepasi, semakin besar sabar yang kita kumpul. Sehinggalah, pada satu ketika kita tidak terasa beratnya ujian Allah, malah bersama kesakitan itu, lebih dekat kita dengan Allah. Nah, saat itu sudah cukup pakej sabar yang ada pada diri kita. Sudah termakbul doa kita yang meminta-minta supaya diberikan kesabaran.
Terfikir pula tentang Rasulullah SAW, betapa beratnya ujian untuk baginda, dipaksakan kehilangan demi kehilangan, di suakan kesusahan di jalan dakwah, sedangkan baginda itu kecintaan Allah. Rupanya, ujian-ujian itulah yang membentuk kesabaran yang sangat hebat. Sabarnya baginda menjadi kamus rujukan untuk segala bentuk kesusahan kita pada hari ini.
Bersyukurlah dengan ujian, memintalah diberikan kesabaran. Ramainya manusia yang di ‘dera’ di zon selesa, tiada mereka menambah apa-apa dari kehidupan. Melainkan mereka menyangka sangat disayangi Tuhan, sedang nikmat di sekeliling itu hanyalah istidraj yang kelak di akhirat akan sangat menyiksakan.
Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran. (Al-’Asr 103:1-3)
Jika di universiti, apabila ujian menimpa, saya akan beriktikaf di Masjid Al-Azhar. mengerjakan solat sunat, membaca al-quran, membaca al-mathurat dan tidur sebagai kerehatan. Bukan untuk mengelak dari mengharungi dugaan , tetapi untuk mengadu kepada Allah swt supaya kurniakan saya sebuah kekuatan yang tiada tandingannya. Tetapi disebabkan sekarang sedang cuti semester, apabila ujian menimpa, saya akan terus mengambil wudhu', mengerjakan solat sunat dan memasang ayat suci al-quran dengan kuat. memang TENANG selepas itu ! Percayalah. Selepas terasa tenang, terus saya akan berblogging untuk meluahkan serta dalam masa yang sama muhasabah diri semula dan sebagai pengajaran buat sahabat2 yang saya kasihi..
Windows Media Player sedang mengalunkan sebuah Nasyeed yang bertajuk keinsafan diri oleh Fursan..
Ya Allah..saya memang teringin sangat nak share sebuah lagu nasyid yang mempunyai melodi serta bait lirik yang cukup indah. kamu tahu..lagu ni mampu membuat saya mahupun sesiapa sahaja yang sedang leka dengan dunia ketika itu. terus terdiam. terpaku. speechless. menggeletar seluruh badan bila fikirkan kealpaan diri..memang menangis.
Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari ilahi
Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari tuhan yang esa
Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali
Ku tidak layak kesyurgamu
Namun tak sanggup ke nerakamu
Kutunduk sujud merendah diri
Kembali padamu
Ku tetap setia
Padamu oh tuhanku
Akan ku patuhi segala
Suruhanmu
Akan ku jauhi
Segala laranganmu
Itulah tanda cinta
Cinta ilahi
Bersangka baik dengan ribut dan taufan yang datang. Tak mengapa jika langkah mesti terhenti. Lihat kembali, kamu sebenarnya dipaksakan selamat. Dan jika kamu di suruh menelan kepahitan dan kesusahan, tak mengapa juga, kerana itulah masa kamu akan semakin mengenaliNya. Saya berjalan mengikuti jejak cinta sejati. Kamu juga, marilah serta bersama. Ikutlah ini, jalan cinta sejati. Adakah kamu?
Damai sepertiga malam. Saya memandang pada satu jalan. Saya memanggil Kamu, si Pemilik jalan. Kamu datang. Bisik saya, jangan menjauh, saya takut sendiri. Kamu balas kembali, “Aku tidak pernah menjauh, hanya hambaKu yang selalu begitu.”Kamu dan saya. Rasa gembira. Rasa cinta. Rasa kehilangan. Rasa rindu. Rasa susah. Mahu meluah. Di sini, Allah ada mendengarkan. Sangat halus pengetahuanNya. Lebih belas pula kepada hambaNya. Mari, jangan pernah putus harapan. Jangan hilang pergantungan. Kerana kita punya Tuhan.Terduduk sendiri. Dia menangis. Dalam rintih dia mengadu, “Allah, lihatlah kepada aku yang telah kembali berbuat dosa kepadamu. Allah, hambaMu ini tidak berlaku taat kepadaMu..” Silau cahaya entah dari mana, terang dan memberikan damai kepadanya. Tidak mengapa berbuat silap, asalkan insan segera bertaubat. Syurga itu bukan kerana kaya amal kebaikan. Bahkan syurga itu kerana rahmat Tuhan. Kemaafan insan dengan separuh hati pemberian, sedang keampunan Tuhan melupuskan kesalahan. Lihat, di sana, Allah ada untukmu. Melangkahlah. Jangan menunggu lagi.
salam3alaik.
ReplyDeletekak lina, semoga terus sabar :)
Allah tetap akan memandang hamba-hamba yang sabar itu lebih dari segalanya. Allah akan tetap memandang dengan pandangan yang penuh kasih sayang melalui pandangan rahmat-Nya. Malah, para malaikat juga akan turut mendoakan hamba yang sabar, Insyaallah. :)
sentiasalah berdoa supaya dengan ujian yang oleh berikan itu, kita tidak tersasar dari jalanNya. ameen.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT,
airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
semoga sabar sentiasa bersama kak lina. inshaAllah! jaga diri! <3<3 :)
-fiqah-
*sentiasalah berdoa supaya dengan ujian yang Allah berikan itu, kita tidak tersasar dari jalanNya. ameen.
ReplyDeleteAmiin Ya Allah. syukran jiddan adik fiqa sayang :')
ReplyDeleteJAVA - Casino - JTM Hub
ReplyDeleteJAVA.com, LLC. JAVA, 안양 출장안마 Inc. is one of the best casinos in the 김해 출장안마 world, 강원도 출장샵 and we operate it all 밀양 출장마사지 in 전라남도 출장샵 the highest quality. JAVA.com is operated by