October 29, 2011

Kini, saya cuba membawa diri. Berjalan berseorang diri , Hanya ALLAH peneman hati.



Bismillahirahmanirahim...








Penulisan saya pada malam ini adalah ingin berkongsi cerita saya bersama-sama dengan blog. 
Pasti ada yang berasa hairan dan mula mempersoalkan, kenapa saya jadikan blog sebagai tempat perkongsian. Pada dasarnya penulisan saya bukan la jenis cerita peribadi tetapi ia lebih mengisahkan kehidupan yang saya lalui secara "sendiri".


Terkenang.


Teringat peristiwa lalu yang telah saya lalui dan sedang lalui. Pengorbanan Ibu dan Ayah yang bertungkus lumus untuk mempersiapkan majlis perkahwinan puteri bongsu yang tercinta. Untuk siapa ? Ya ! Untuk saya dan juga bakal suami.Gembira, Terharu, Sebak disatukan apabila saya mula mencari-cari seseorang untuk meluahkan kegembiraan, dan cerita saya untuk berkongsi bersama-sama.


Tetapi.....


Tiada siapa yang sudi. Mungkin kali ini saya perlu untuk belajar berhusnudzon lagi. Demi meraih ketenangan dalam diri. Walaupun pada hakikatnya, saya mula mengerti apa yang terjadi. Mencari dan terus mencari.
Kali ini saya gagal. Gagal dalam mencari "teman" untuk bersama-sama mendengar cerita saya.



Sangkaan saya mungkin mereka :
1. Sedang fokus belajar
2. Sedang memberi komitmen dalam program2 universiti
3. Sedang kepenatan
4. Sedang solat
5. Sedang tidur (kerehatan)
6. Sedang berstudy muka buka

dan sebagainya....


Saya belajar untuk memahami. Walaupun pada fitrahnya, manusia memerlukan teman untuk berkongsi cerita tidak kira berbentuk gembira ataupun sedih. Kini, saya cuba membawa diri. Berjalan berseorang diri , Hanya blog peneman hati. Terima Kasih, Teman ! kerana dirimu begitu berharga.


[ terkenang jasa ibu ayah . Sanggup meredah hujan untuk mencari cat bilik tidurku ! ]



mengetahui Allah itu sentiasa menemani, terasa ringan beban ujian...




5 comments:

  1. salam alaik ya ukhti..ana suka bce blog enti..rse gmbira enti da nak kawen..mabruk..:)

    ReplyDelete
  2. wassalam habibati.

    Terima kasih kerana sudi ziarah blog ana yang serba kekurangan ini.

    Alhamdulillah. Terima Kasih banyak2. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Tidak kira apa jua bentuk urusan. Moga Allah redha insyallah.

    Salam ukhuwah fillah :)

    ReplyDelete
  3. amin3 ya rabb...
    enti student kuis kan..
    ana student kuis..tp xpna nmpk enti area kuis :)

    salam ukhwah fillah aidhon:)

    ReplyDelete
  4. na'am.
    ana student KUIS. ana tak tinggal di marhalah mungkin agak sukar untuk berjumpa / terserempak.

    fb enti nama apa ya ? insyallah kita lebihkan ukhuwah fillah kita di situ.

    ReplyDelete
  5. owh patutla xnmpk enti..

    ana xda fb g..xda kekuatan nak wat fb g..tp da jg ana menjengah fb adik ana hnya k urusan bli niqab n baju muslimah..

    xpa..enti add sja ym ana..rinako_konoe@yahoo.com

    ReplyDelete