" cuba teka, cuba teka. ini siapa ? "
" LINA a.k.a HARLINA AL-HAMRA kan ?? "
" eh, alaaa. mana akak tahu ni ? "
" mesti la akak tahu. siapa lagi kalau bukan harlina al-hamra yang kecik, putih dan halus kulitnya tu ! "
Begitulah mainan tekaan antara saya dan niqabis dalam meraikan kehadiran mereka.
Allah. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberi kesempatan dan nikmat kesihatan untuk berjumpa dan mengeratkan ukhuwah antara kami. Alhamdulillah.
" Lina, buka la niqab. Akak nak tengok wajah kamu "
*senyap membisu*
" Si Al-Hamra ni memang susah nak buka niqab nya kak "
okey. tidak dapat dinafikan. saya lah diantara kawan-kawan niqabis yang paling SUSAH nak buka niqab. Ye ! saya tahu wajah bukannya aurat. Dan salah satu asbab saya berniqab adalah untuk mengelakkan fitnah.
Kalau dengan wanita tak kan nak berniqab juga kut ?
err. ye. sangat-sangat dibenarkan. lagi-lagi sekiranya dalam satu kumpulan. hanya wanita sahaja. seperti ketika berusrah, bergathering sesama muslimah dan sebagainya. sebenarnya di antara asbab saya malu untuk membuka niqab saya di hadapan sahabiah2 adalah kerana tarbiyah. saya sudah ditarbiyah untuk kekal kan berniqab ke mana sahaja saya pergi. insyallah saya akan cuba untuk beristiqamah. jadi, sahabiah yang saya sayangi semua, terima kasih kerana memahami keadaan saya. saya perlu kan masa dan waktu yang tenang sekiranya ingin membuka niqab di hadapan antunna sekalian. Percayalah, jika antunna tidak memaksa saya, sabar menanti, antunna akan dapat juga lihat wajah saya secara live. yeaahaaa ! \^o^/
Syukran jiddan buat sahabiah yang saya sayangi kerana memberi ruang pada diri ini untuk bersahabat dengan antunna.
Memilih Kawan
Hadith Nabi : "Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad).
Tukang Besi dan Penjual Minyak Wangi
Hadith Nabi : "Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)
Cermin
Hadith Nabi : "Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud).
Rasa Sayang
Hadith Nabi : “Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)
Bermanis Muka
Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
عن أبي ذر قال قال لي النبي صلى اللهم عليه وسلم لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق
“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat” (Riwayat Muslim)
Hadiah
Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan persanggitan hati.” (Riwayat Thabrani)
Dalam hadith yang lain Baginda bersabda: تهادوا تحابوا
“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.” (Riwayat Malik).
Syukran Ticher Ina, Ain, Ticher Nur, Kak Tengku Anita, Kak Hajar, Kak Insyirah, Kak Zarizah, Kak Mawar, Husna dll.
No comments:
Post a Comment